Ring~Ring~
Ketikan pada keyboard laptop terhenti seketika apabila keyphone di sebelah berbunyi. Tak melengahkan masa, segera di angkatnya panggilan itu.
"Hello, Pejabat Menteri Kerajaan Ares disini. Boleh saya bantu?"
"Hello, yes. Can you put me through to Dato Adam?" pinta pemanggil di hujung talian. Anna berkerut kening. Suara ini macam kenal sahaja.
"One moment, Mr..."
"Mr Iman"
Anna menyedapkan hatinya walaupun sebenarnya dia sudah berasa lain.
"Alright one moment ya, Mr Iman."
Butang bernombor satu pula ditekannya.
"Yes, Anna?"
Suara Dato Adam kedengaran.
"There are phone call from Mr Iman that's want to talk directly with Dato right now."
Sesaat Dato Adam memberi keizinan.
"Mr Iman, I will connect you to Dato Adam."
"Yeah, sure. Thank you Azul."
Kali ini Anna tercengang. Sudah dia agak siapa yang baru sahaja hubungi tadi. Hatinya berdebar tidak sekata. Entah memainkan melodi yang tidak dia sendiri tahu iramanya apa.
"Anna, masuk pejabat saya sekarang."
Suara Dato Adam yang berbunyi dari keyphone mengejutkan dirinya dari termenung. Buku nota dan pen serta telefon di angkut sekali bersamanya untuk masuk ke dalam bilik Dato Adam.
Tok! Tok!
"Come in, Anna." Setelah mendapat keizinan untuk masuk, Anna melangkahkan diri masuk. Dato Adam tersenyum menanti. Orang tua ini jarang sekali tidak menyambut dirinya dengan senyuman. Memang mesra sekali dirinya terhadap Anna.
"Anything, Dato?"
"TIAJ ingin berjumpa dengan saya waktu minum petang nanti. Kosongkan jadual saya waktu tu dan kamu ikut saya sekali ya. Itu sahaja kamu boleh keluar."
Anna kelu. Melihatkan Dato Adam yang tidak memandang ke arah dia sebaliknya menyambung kerja semak fail semula.
"Oh satu lagi Anna, nanti PA dia akan hantar lokasi dan masa ya pada kamu sendiri."
"Baik, Dato. Saya keluar dahulu," sejurus itu Anna meninggalkan ruang pejabat Dato Adam.
Dia kembali ke tempat kerjanya. Di tilik semula jadual Dato Adam. Lepas jam lunch hour, Dato Adam free sahaja. Jadi tiada hal yang perlu di tangguhkan. Seketika, telefon bimbit yang berada di hadapannya bergetar. Di tekan ibu jari pada button home dan terpampang satu chat dari nombor yang tidak dikenali.
+6010*******
Polo Club of Ares. 5 p.m.
Dahi Anna berkerut seribu sebelum dia teringat akan pesanan dari Dato Adam tadi. Amboi, kemain sombong PA si TIAJ ni. Salam ke pembuka bicara langsung tiada, tahu-tahu terus hantar macam ini, desis hati kecilnya.
Dek enggan mahu memikirkan tentang perjumpaan untuk petang nanti, Anna bangun semula dari tempat kerjanya ke ruang pantri. Tekaknya haus minta diisi dengan sesuatu yang menyegarkan. Mahu tunggu lunch hour pun dia rasa malas pula nak keluar makan kejap lagi. Sebab kerja-kerja menyemak fail sebelum diserahkan pada Dato Adam untuk di tandatangani bercambah semacam atas meja kerjanya. Pejabat Menteri kan memang banyaklah kerjanya. Jangan ingat kerja dengan kerajaan, senang ya kerjanya. Kadang itu, dia sendiri pun sampai terpaksa stay back dekat pejabat bersama-sama staf muda-mudi yang lain.
Sepeket Nescafe di koyaknya sebelum dituang ke dalam mug. Semerbak bauan dari Nescafe itu menerpa rongga hidungnya apabila serbuk tersebut sudah di campur dengan air panas dan selepas itu dikacaunya dengan sudu teh kecil. Di tiup sedikit bagi mengurangkan tahap kepanasan air yang dibikin untuk diri sendiri. Ucapan bismillah dilafazkan dan air Nescafe tadi disisip ke mulut.
Memang terpejam mata Anna menikmati air hasil tangan sendiri. Tengok tanganlah siapa bikin. Hehehe. Riak sekejap. Jaranglah air tangan dia tidak sedap. Nak-nak lagi mak dan ayah dia sejenis orang pandai masak. Sebut perihal mak dan ayahnya, Anna jadi teringat orang tua berdua itu di kampung. Dia rindu mahu pulang ke kampung. Sudah hampir sebulan lamanya tidak balik.
Dahulu tika zaman belajar, paling kurang tidak sampai sebulan pun dia dah lari balik dari tempat belajar ke rumah. Sekarang pula bekerja di negeri orang jadi masa begitu mencemburui dirinya. Anna akan pastikan dua hari sekali pasti dia akan hubungi orang tuanya. Bila dirasakan begitu lama dia duduk di pantri, lekas dia menghabiskan saki baki minuman sebelum dibilas mug tadi. Selesai sesi menyegarkan diri, Anna kembali semula ke tempat kerjanya.
-
"Bro?"
Suara yang menyapa dari arah belakang buatkan Tunku Iman memperlahankan lariannya di atas mesin treadmill. Ternyata, Tunku Isyraf yang baru datang ke gym.
"Yo, what's up?" soalnya tanpa berpaling kerana asyik fokus pada pemandangan di hadapannya. Sebuah ibu kota kepada kerajaan Ares. Kerajaan yang kaya raya dengan segala-galanya. Alhamdulillah.
"Dad dah bising dekat mummy you know."
"About what?"
"Dia suruh mummy carikan wife untuk you-"
"Bullshit. Told mum, don't do that. Hidup aku, jodoh aku, biar aku tentukan siapa layak. I don't trust anyone.." kedengaran tegang suara Tunku Iman bila dengar soal berkahwin.
"Tapi-"
"Tak mati pun hidup bujang."
Angkuh dan dingin. Tunku Isyraf menggeleng. Yang namanya Tunku Iman sangat tetap pendiriannya, tidak goyah bila membuat keputusan. Mungkin ada sebab-sebab tertentu yang disimpan lelaki itu. Soal hati, dia faham tidak boleh dibuat main-main. Ianya melibatkan tentang masa depan. Jadi, biarlah tuan badan yang tentukan apa yang terbaik buat diri sendiri. Malas mahu mengganggu lelaki itu, Tunku Isyraf meninggalkan kekandanya yang melayan perasaan.
Nafas kasar terhela. Tunku Iman mengeluh. Dia turun dari mesin treadmill. Tuala kecil yang terletak di atas bangku kayu panjang di capainya. Dilap-lap kain tuala tersebut pada wajahnya. Botol air di ambil dari dalam beg berjenama Nike dan dibuka penutup botol tersebut sebelum diteguk rakus.
"Will it be easy? For me to find mi reina ?" keluhnya sendirian. Peluh yang merenik di dahi dilap lagi sekali.
Tipulah lelaki mana tidak mengimpikan sebuah perkahwinan saat usia sudah mencecah angka 3. Lagi-lagi dirinya yang sudah berusia 31 tahun. Setiap hari bangun pagi dia asyik membayangkan betapa indahnya saat mata dibuka, ada sang permaisuri hati di sebelah. Dia mahu wanita yang benar-benar berpewatakan selayaknya seorang permaisuri. Bukan pintanya mahu mencari keturunan anak raja seperti dia sendiri tetapi yang boleh bertakhta di hati dia. Dia mahu seseorang yang bisa menjadi seorang ibu penyayang buat bakal anakandanya kelak. Yang dalam hidup wanita itu tidak pernah ada kamus berputus asa dan harapan. Sukar sekali mahu membayangkan siapa bakal menjadi pemilik hatinya.
Tiba-tiba bibirnya tercarik senyuman yang sukar ditafsirkan. Mengingati secebis memori yang berlaku pada beberapa hari lalu. Dan sepatah kata terlafaz.
"Blue."
YOU ARE READING
Ku Akan Menanti
Romance♡ Started ; 26 Nov 2019 ♡ Published ; 27 Nov 2019 ✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧ Cinderella never asked for a prince Wait? - she's not a Cinderella Not even a princesses But- she's a Queen ! Once a Queen, Always a Queen.. ✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧ ...