"Have a sit, Dato."
Dari kejauhan Anna hanya memerhati sahaja dua orang sosok laki-laki tua bersama yang muda. Sebaik sampai sahaja ke Polo Club of Ares dia tidak langsung mengikuti Dato Adam sebaliknya meminta diri ke washroom membuang air kecil.
Dato Adam tersenyum menerima pelawaan dari seorang pemuda yang gagah di hadapan dia kini.
"Where's your secretary, Dato?" Soal Tunku Iman.
"Dia ada datang sekali tadi tetapi dia kata nak ke washroom sekejap."
Mendengarkan jawapan dari Dato Adam, dia hanya terangguk-angguk kecil.
Anna memberanikan diri melangkah ke arah Dato Adam dan putera raja yang sedang duduk membelakanginya. Entah di mana silapnya bila tiba-tiba ada batu kecil di tengah jalan yang dilalui dirinya dan membuatkan Anna ingin tersungkur.
Dengan keadaan tidak bersedia, Anna hanya mampu memejamkan matanya. Tetapi, nasibnya begitu baik bila rasa dirinya seolah-olah ditahan oleh satu tangan yang lain dari belakang.
Anna membukakan matanya dan memandang ke belakang. Sedikit terjegil matanya bila menyedari sepasang tangan yang menyelamatkan diri dia tadi adalah seorang lelaki. Terus di jauhkan sedikit dirinya dari lelaki itu.
"Are you okay?" Soal lelaki tinggi lampai dan sedikit kelihatan comel di mata Anna.
Anna terangguk-angguk malu.
"Terima kasih." Ucap Anna lalu berjalan pergi. Tanpa di sedari, lelaki tadi jua turut mengekorinya dari belakang.
"Assalamualaikum, maaf saya terlambat." Pohonnya bila sudah sampai di meja, di mana Dato Adam dan Tunku Iman duduki.
Tunku Iman memandang ke belakangnya.
"Isy?"
"Assalamualaikum semua"
Anna terdorong ke tepi apabila terkejut, ada suara lain di belakang.
Tunku Isyraf. Lelaki yang selamatkan Anna sebentar tadi. Anna tertunduk malu sebelum dipanggungkan kembali wajahnya melihat ke arah Tunku Isyraf.
Tunku Isyraf melemparkan senyuman manisnya pada gadis yang diselamatkannya tadi.
Anna tersenyum nipis. Tidak tahu mahu bereaksi bagaimana lagi.
Tunku Iman yang memerhati kedua-dua orang di hadapannya mula berdehem.
"Well, have a seat Mrs Azul. You too, Tunku Isyraf." Jemput Tunku Iman.
Anna ingin menarik kerusi untuk diduduki, namun Tunku Isyraf sudah menarik dahulu buat dirinya. Anna menjadi canggung. Hampir tiada suara dirinya saat mengucapkan terima kasih.
Dato Adam pula seakan-akan tidak mengendahkan apa yang berlaku. Memberi ruang untuk orang-orang muda, katakan.
"So, Dato Adam. Sudah sihat?" Ramah Tunku Iman menegur.
"Alhamdulillah, sudah sedikit sihat Tunku. By the way, selamat ulangtahun keputeraan kali ke 31. Patik minta maaf tidak dapat hadir ke majlis hari itu."
Tunku Iman mengangguk sebagai tanda tidak mengapa. Dia memahami. Dato Adam sudah lanjut usia orangnya. Kudrat orang tua dengan yang muda tidak sama. Matanya melirik ke arah gadis yang duduk di sebelah Dato Adam. Tekun saja mendengar laki-laki berbicara tanpa menyampuk.
"Siapa nama yang di sebelah Dato tu?" Tanya Tunku Isyraf tiba-tiba mencelah. Anna mengangkat wajahnya. Entah kenapa, saat itu jua matanya bertembung dengan sepasang mata coklat milik Tunku Iman tetapi cepat - cepat dia lirikan pada wajah Dato Adam.
"Ini Anna. Anna Azul. Setiausaha merangkap anak angkat saya Tunku. Kenapa Tunku?"
"Ouh. Az-"
"Anna, you umur berapa?" Sampuk Tunku Iman. Tunku Isyraf menjadi hairan dengan kekandanya. Biarlah. Jarang lelaki ini ramah mahu bertanya soal dengan perempuan.
Anna tidak segan silu mahu menjawab. Dia lebih memilih untuk bercakap dengan Tunku Iman berbanding Tunku Isyraf. Walaupun Tunku Iman dingin tetapi dia rasa selesa.
"24 tahun Tunku." Jawabnya sambil tersenyum.
Tunku Iman terpana. Eyes contact antara dia dan Anna membuatkan dirinya tertarik dengan sepasang mata garang milik gadis itu. Cantik.
"You asal sini ke Anna?" Tanya Tunku Isyraf.
"Tidak. Patik asal Aglaea, Tunku." Jawab Anna, menunduk selepas bertentang mata buat seketika dengan putera raja seorang itu.
"Really? No wonder you look so radiant."
Anna tersenyum. Dia sudah biasa. Setiap kali ada yang bertanyakan asal negerinya, pasti kata-kata yang sama diungkapkan. Kerajaan Aglaea adalah kerajaan dimana rakyatnya cantik-cantik sekali. Tidak kira yang berkulit cerah mahupun gelap. Masing-masing ada kecantikan yang tersendiri. Kerana baginya, setiap mahkluk ciptaan illahi adalah yang paling cantik di dunia ini. Syukur, ianya satu nikmat Tuhan yang Anna tidak akan sia-siakan.
"Alhamdulillah." Itu sahaja yang terbit dari bibir merah jambunya.
Dato Adam dalam diam menyimpan senyum. Anna Azul. Azul yang bermaksud biru di dalam bahasa Sepanyol. Orangnya manis sahaja biarpun tampak garang kerana sepasang mata yang tajam. Ada keras dalam kelembutannya. Mengingatkan diri dia pada seseorang.
Dia juga mengakui bahawa kenyataan dari Tunku Isyraf adalah benar. Rakyat Aglaea memang cantik. Kerana itu dia memilih Anna saat Anna memohon pekerjaan biarpun usai baru bergelar graduan diploma. Tetapi bukan kerana kecantikan Anna sahaja yang buat dia memilih gadis itu. Ada sebab-sebab lain lagi kenapa dia memilih gadis itu.
—
Srikkkk!
Menyangkar keempat-empat tayar kereta sports AMG bila seorang pemandu yang memandunya kerana melepaskan geram. Keluar dari kereta tersebut, topi keselamatan dibukanya dan rambutnya diramas kasar.
Cemburu yang membakar jiwa lelakinya begitu membara mengenangkan kejadian siang tadi.
Those deep eyes only can looked shine for him. Her femininity attracts him alot.
Dia mahukan gadis itu. Kelembutan yang ada pada gadis itu berjaya menarik perhatian hati lelakinya. Sepetang melihat gadis itu, dia jadi agresif mahu mendapatkan gadis itu sebagai hak miliknya.
"Mi reina, why you look so lovely? I can't take my eyes off of you, baby.."
"Awak tahu tunggang kuda, Anna?"
Gadis itu terdiam sebelum menggeleng. Kuda di hadapan mereka di belai-belai oleh Anna. Hairan dirinya. Gadis itu tidak pandai menunggang kuda tetapi tidak takut kuda. Kerana kebanyakan perempuan yang dia ketahui dan temui, kalau tidak tahu menunggang pasti sejenis takut akan kuda.
She's looks so lovely. A little bit foxy too. But her skin was not look so pale. Jadi tidak kelihatan ketara rupa foxy tu. Cute.
"Eres una persona amorosa.." ujar dirinya perlahan.
Anna tiba-tiba memandang dirinya. Seolah-olah memahami sahaja riak gadis itu bila dia berkata begitu. Harapnya gadis itu tidak tahu maksud di sebalik kata-kata dia tadi.
"Tunku kata apa tadi?"
Dia menggeleng. Helaan lega dilepas dalam hati. Nasib baik.
Selepas itu, Anna menyambung kembali membelai kuda kesayangannya. Rhian. Kuda jantan yang berwarna putih, besar dan gagah. Sebenarnya Rhian sukar sekali mahu mesra dengan orang lain selain diri dia. Kuda jantan itu begitu memilih sedikit. Sama seperti tuannya. Tetapi bila melihatkan penerimaan Rhian terhadap belaian dari Anna, buat dirinya yakin. Yakin yang pilihannya tidak salah.
YOU ARE READING
Ku Akan Menanti
Romance♡ Started ; 26 Nov 2019 ♡ Published ; 27 Nov 2019 ✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧ Cinderella never asked for a prince Wait? - she's not a Cinderella Not even a princesses But- she's a Queen ! Once a Queen, Always a Queen.. ✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧ ...