🄲 🄷 🄰 🄿 🅃 🄴 🅁 1

98 6 2
                                    

Telapak tangan yang menyejuk digosok-gosok bagi menghilangkan rasa gementar di hati. Sekejap lagi dia akan menjejakkan kaki di istana kerajaan Ares. Di pandang kotak hadiah di sebelahnya kini. Kalau tidak kerana hadiah dan permintaan dari bosnya, Dato Adam, dia tidak akan mahu ke sana. Bagaimana Dato Adam memujuknya? Huh, cerita dia -

"Bagaimana Anna? Pergi ya? Kalau awak tidak mahu menerima ini sebagai arahan anggaplah ia sebagai permintaan terakhir saya. Manalah tahu kalau-"

"Dato! Apa kata macam itu? Yalah, saya pergi janji jangan cakap macam tadi dah. Saya sayang gila dekat Dato. Dato, majikan the best dan terbaik yang pernah saya ada. Dah itu, layan saya macam anak pula tu.."

Dato Adam tersenyum lebar mendengar jawapannya.

Jadi, begitulah ceritanya dan mengapa dia berada di dalam kereta siap dihantar oleh pemandu peribadi Dato Adam sendiri. Itu pula, Dato Adam menyuruhnya ke satu butik untuk dia bersiap secara free of charges. Tengok! Bagaimana dia tidak sayang pada orang tua seorang itu. Layan dia bagai seorang anak ala-ala princess lagi. Anna sudahlah maklum akan dirinya yang sangat tidak kesampaian hati mahu menghampakan orang.

"Cik Anna, kita sudah sampai," sebaik mendengarkan itu dia bersiap sedia untuk turun. Dia merasakan kekok bila kereta berhenti di hadapan pintu masuk istana, apatah lagi bila pintu kereta dibuka dari luar oleh pembantu istana.

"Mengumumkan ketibaan anak kepada Menteri Kerajaan Ares, Anna Azul Dato Adam."

Mendengar namanya disebut, Anna keluar dari kereta dan dirinya di iringi masuk oleh beberapa pengawal. Perasaan pertamanya adalah gemuruh bercampur teruja. Siapa tidak teruja dapat menjejakkan kaki ke istana negara bukan? Semua memandang dirinya bagai dia sudah melakukan kesilapan besar sahaja bila masuk ke hall.

Anna di iring sehingga ke tempat duduk khas untuk VVIP. Kalau tadi dirinya sahaja yang merasa gemuruh, tetapi kini jiwa dan raganya turut bergemuruh bila sebenarnya dia dikehendaki duduk sebaris dengan TIAJ. Berjalan dari hujung baris dia fikir dia hanya akan duduk sebaris tetapi meleset sangkaannya. Ternyata dia perlu duduk sebelah putera raja itu. Dari kejauhan sudah nampak putera raja itu memandang ke arahnya.

Kaki Anna yang sudah berasa goyah makin terasa bagai lembut lutut. Utuh dia berdoa dalam hati agar tidak tersungkur dengan ketinggian kasut tumit tinggi yang dipakainya lagi. Sepasang gaun A-Line berwarna navy blue buat dia menonjol dan menarik perhatian. Anna malu. Memang benar perempuan mana sahaja yang tidak menyukai perhatian tetapi dia tetap malu bila banyak mata yang memandang. Bila sudah sampai, Anna sedikit menunduk memberi hormat sebagai seorang rakyat kepada kerabat diraja.

"Have a sit Mrs Anna Azul."

Datar. Begitu bersahaja gaya putera raja itu menjemput dirinya untuk duduk. Anna duduk dengan penuh tertib mengikut adab kerana dia sudah terbiasa begitu dari kecil.

"So, are you Adam's daughter?"

Anna berpaling melihat orang sebelahnya seraya menjawab dengan tenang. Putera raja di sebelah dia ini menyoal dia namun hanya berpaling melihat dirinya sekilas cuma sebelum pandang hadapan semula.

"Yes, Tunku." Datar. Anna sengaja mendatarkan suaranya. Dia mahu menutup kegugupan diri yang rancak berdebar bila duduk sebelah anak raja yang gila kacak tahap model antarabangsa.

"How to pronounce your's Azul?"

Tercengang Anna disitu. Dalam banyak-banyak soalan, soalan bagaimana mahu menyebut nama Azul juga yang diutarakan? Anna kemam bibir.

"Al. Zul."

Setelah itu, masing-masing diam kerana majlis yang akan bermula tidak lama lagi.

-

Usai acara memotong kek dan makan-makan, Anna yang sedar hampir sudah larut malam jadi dia meminta diri dahulu dengan rakan-rakan menteri Dato Adam yang berbual dengannya. Mujur mereka mengecam dirinya dan mahu menemaninya berbual di majlis keramaian seperti ini. Tidaklah dia merasa kesunyian dan kebosanan.

Meliar matanya mencari gerangan putera raja yang diraikan tadi. Bila matanya menangkap figura yang dicari, laju sahaja dia menapak. Nasib dia baik bila anak raja itu keseorangan sahaja di satu sudut yang agak jauh sedikit dari keramaian.

"Assalamualaikum-" salam diberi saat dia sudah berada bersebelahan dengan putera raja itu.

"Waalaikumussalam, yes Mrs Azul. What do you want?"

Anna tersenyum. Sebelum menghulurkan satu kotak hadiah yang tidak besar ataupun kecil.

"Patik mahu mengirimkan hadiah ini dari pihak Dato Adam. Semoga tunku sudi menerima pemberian ini." Putera raja itu memandang dirinya dan menyambut kotak hadiah yang dihulurkan oleh Anna.

Anna tersenyum lebar sambil menatap dalam wajah kacak di hadapannya kini. Mahu mengabdikan betul-betul di kotak ingatan kerana manalah tahu ini akan menjadi yang pertama dan terakhir kali dia berjumpa dengan putera raja ini.

"Terima kasih. Regards my thanks to him. By the way, your name rings a bell. Pernah ke kita berjumpa dimana-mana?" Anna tersenyum manis mendengarkan pertanyaan sebegitu.

"Tidak Tunku, tidak pernah. Andai tidak ada apa-apa lagi, patik minta diri dahulu ya? Assalamualaikum.." tanpa tergesa-gesa, Anna melangkah pergi meninggalkan anak raja itu sendirian.

Melihatkan pemandu kereta Dato Adam sudah menunggu, Anna melangkah makin laju. Dia perlu segera pergi dari situ. Makin lama dia takut hatinya tidak akan kuat menahan rasa. Cukuplah dia menyimpan selama ini. Begitu lama sekali rasa itu wujud sedari lima tahun yang lalu. Pintu kereta dibuka dan dia masuk ke dalam kereta. Dari dalam, dia hanya memerhati kereta yang dinaiki yang sudah makin jauh meninggalkan istana gah itu.

Dia yakin dengan perancangan Tuhan dan dia rela menanti. Dia akan sentiasa bersabar dan menanti biarpun lelah. Tuhan adalah sebaik-baik perancang malah lagi maha mengetahui akan hal yang terbaik buat setiap hamba-Nya. Anna redha.

Tunku Isyraf perlahan mendekati kekandanya dari belakang.

"Hi, brother. Asal duduk di sini?"

Pertanyaan itu buat Tunku Iman memandang di sebelahnya. Tunku Isyraf menaikkan kedua-dua keningnya masih menanti jawapan dari dia. Dia menggeleng. Sesaat, mata Tunku Isyraf jatuh pada kotak hadiah di tangan Tunku Iman.

"Hadiah dari siapa tu?"

"Dato Adam," jawab Tunku Iman.

Mulut Tunku Isyraf sudah berbentuk 'O'. Tunku Iman memandang adindanya di sebelah. Diam sahaja, kenapa? Selalunya ada yang mahu di usiknya.

"Kenapa?" soal Tunku Iman.

"Huh, no it just sounds weird bila you cakap Dato Adam yang kasi. Sebab setahu Isy, bukan ke tadi 'anak' dia yang datang?" sengaja ditekankan perkataan anak itu sambil digaru-garu sebelah keningnya yang tidak gatal.

Tunku Iman termangu. Dari tadi dia terfikir, Dato Adam ada anak lain ke? Kerana setahunya, Dato Adam tidak mempunyai anak lain selain anak lelakinya yang dikenali dia sendiri. Mungkin Anna Azul itu anak angkat kepadanya. Siapa tahu bukan? Tetapi nama itu seperti pernah di dengarinya, mungkin jua nama yang pernah dilihatnya di mana-mana.

'Blue, who are you?'





Ku Akan MenantiWhere stories live. Discover now