"Assalamualaikum, hi good morning may I know which level floors Dato Adam Johari was placed?"
Jururawat bertag nama Ayu yang menjaga kaunter pendaftaran terus laju mencari maklumat nama pesakit yang di tanya tadi.
"Level 4, Melati Vvip Ward Cik."
Usai berterima kasih laju sahaja seorang wanita mengorak langkah atau sebenarnya sedikit berkejaran ke lif. Tertoleh para manusiawi yang lalu dan berada di situ saat mendengar bunyi yang terhasil dari tumit kasut tinggi milik wanita tersebut.
"Seksinya-"
"Bapak ar..-"
"Asal dia lari?-"
Segala kata-kata yang kedengaran diabaikan, sebaliknya wanita itu meneruskan langkahnya memasuki lif. Bukannya dia tidak memakai baju mahupun berpakaian yang mendedahkan aurat. Jam di pergelangan tangan ditilik. Tangan kanan dirosek ke dalam handbag mencari tisu. Bila dah rasa hujung jari tersentuh helaian yang lembut segera ditariknya lalu dibawa mengesat renikan peluh di dahi.
Ting!
Sampai di tingkat ke 4 hospital, wanita tadi keluar dari lif dan berjalan sambil mata meliar mencari ruang wad khas untuk pesakit Vvip. Bila sudah ditemukan, ketukan berserta pulasan pada tombol dilakukannya. Sambil melangkah masuk, bibirnya tak lupa memberi salam.
"Waalaikumussalam- Anna. Masuklah."
Wanita tadi, Anna. Anna cuba tersenyum biarpun riak panik pada wajahnya jelas kelihatan. Kerusi di sebelah katil pesakit di tariknya sebelum di duduk.
"Dato, Dato dah okay? Macam mana boleh masuk hospital ni Dato?" soal Anna.
Dato Adam tersenyum biarpun mulutnya tampak pucat. Tekak yang sedikit terasa serak cuba di keluarkan suara. Mahu menjawab pertanyaan dari seorang gadis di hadapan dia kini.
"Saya okay. Semalam - alah biasalah lama saya bekerja sampai masa saya kena berehat juga jadi Tuhan beri sakit.." ayat yang dituturkan sekadar mahu menyedapkan hati seorang pembantu peribadinya yang hampir dua tahun lebih bekerja dengannya.
Anna mencebik.
"Kenapa tak terus call saya semalam? Siapa yang jaga Dato dekat sini?" bertalu-talu soalan diberikan kepada majikan dia.
"Kamu tu anak dara, Anna. Tak mahu saya susahkan kamu. Cukuplah di pejabat, kamu banyak membantu-"
"Dato... memang itu tugas saya sebagai seorang pembantu Dato. Lagipun, Dato majikan saya." begitu tegas Anna menyatakan pendirian dia sebagai seorang pekerja.
Dato Adam tersenyum lebar. Kesetiaan seorang Anna sebagai pekerja begitu membuatkan dirinya berasa beruntung. Sukar pada zaman sekarang mahu mencari pekerja yang telus dan amanah seperti gadis di depan mata dia kini. Sudah di anggap Anna ini seperti anaknya sendiri.
"Anna, malam nanti untuk jemputan majlis dari istana Ares kepada saya, saya arahkan awak tolong wakilkan saya ya? Wakilkan saya beri hadiah kepada TIAJ sempena ulangtahun keputeraan baginda ke 31. Ya Anna ?" pinta lelaki tua itu.
Anna terdiam.
Kalau dia setuju, bererti dia akan menjejakkan kakinya di Istana Ares dan akan bersemuka dengan TIAJ — seorang anak raja kerajaan Ares. Sempena ulangtahun keputeraan putera raja tersebut. Oh tidak! Hati merahnya seakan melonjak merasa sesuatu, tetapi akal mengatakan yang sebaliknya dan kedua kakinya mulai seakan goyah sahaja.
Perlu ke untuk dia menerima pertolongan yang sebenarnya adalah berupa arahan?
Dato Adam masih menanti jawapan dari Anna yang diam seketika memikirkan sesuatu. Dia berkeras mahu Anna pergi mewakilkan dirinya kerana naluri kebapaan menyuruh berbuat sedemikian. Mungkin ada rencana dari Allah SWT yang sudah diaturkan untuk gadis dihadapannya ini. Jadi sakitnya mungkin jua adalah alasan yang kuat untuk memaksa Anna pergi ke majlis tersebut.
—
Tok!Tok!
Ketukan di pintu bilik dilakukan bertalu-talu oleh seorang abang yang mahu mengejutkan si adik untuk bangun pagi. Setelah merasakan tiada sebarang tanda tuan pintu bilik mahu membukanya, si abang mula mengambil kunci pendua di dalam almari yang berdekatan.
Buka sahaja pintu, dia bercekak pinggang kegeraman. Adik siapalah yang tidur terbongkang tidak reti mahu bangun awal.
"Tunku Isyraf, wake up bro! Kita akan terlambat pergi ke Majlis Menteri Kerajaan nanti!" Gerak si abang disertakan bersama goyangan pada tubuh si adik.
Melihatkan betapa susahnya mahu membangunkan adinda kesayangan, Tunku Iman terpaksa menggunakan kuasa vetonya.
"If we are late. You jawab dengan daddy if daddy murka bila dapat tahu nanti." Dengan tegas dia memberi amaran.
Tunku Isyraf yang menyelubungi dirinya dengan gebar tebal mula berura-ura bangun. Dia memang kena mengalah bila kandanya Tunku Iman sudah menggunakan nama daddy. Dan dia tidak mahu daddy murka. Bila daddy murka, nanti dia akan dikenakan pengajaran. Oh tidak! Segera dia bangkit tanpa mempedulikan kehadiran Tunku Iman.
"Biasa sangat tidur lepas subuh itu yang liat mahu bangun. Haih Isyraf, Isyraf.." mengeluh Tunku Iman sendirian.
"15 minutes. If you late, I will— "
"5 minutes more, bro!"
Belum habis menaja pesanan, Tunku Isyraf sudah melaung dari dalam bilik mandi. Tunku Iman menggelengkan kepalanya kemudian berlalu keluar dari ruang bilik tidur itu. Saat turun ke bawah, sudah terlihat wajah mummy kesayangan dia di ruang bersantap.
"Good morning,mummy~" bersahaja dirinya menyapa. Kerusi bersebelahan si mummy di tarik dan punggung di labuhkan. Si mummy yang sedang menanti tersenyum gembira menerima sapaan dari si anakanda tercinta.
"Mana semua orang, mummy?" tercari-cari dirinya bila hanya dia dan mummy sahaja yang berada di ruang bersantap sekarang. Kebiasaannya, kakandanya bersama isteri dan anak-anak sedaranya sudah ada menunggu ahli kerabat yang lain turun.
"Mereka awal pagi lagi dah keluar. Breakfast di luar. Isyraf tak bangun lagi ke Im? Today, you guys kena pergi MMKA bukan?"
Tunku Iman memandang wajah mummy di sebelah, " Yup and as usual laa mummy dia punya liat mahu bangun tidur tu hum.."
Si mummy ketawa lalu bersuara, "Im, esok your will turn to 31 years old.. bila mahu berkahwin Im?" Tunku Iman yang tika itu baru sahaja mahu menyisip coffee yang baru di brew ke mulut terhenti perbuatannya. Sedikit deheman tanda dia kurang selesa dengan pertanyaan dari mummy. Walhal sebenarnya, dia sebelum ini kurang berfikir tentang hal yang satu itu. Masih belum ada wanita yang berjaya memikat diri dan mencuri hatinya lagi.
Namun apabila mummy tiba-tiba bertanya, terlintas di hatinya, ‘ Siapa wanita yang ditetapkan Tuhan untuk diri aku? ’
YOU ARE READING
Ku Akan Menanti
Romance♡ Started ; 26 Nov 2019 ♡ Published ; 27 Nov 2019 ✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧ Cinderella never asked for a prince Wait? - she's not a Cinderella Not even a princesses But- she's a Queen ! Once a Queen, Always a Queen.. ✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧ ...