Sepasang kasut sneakers Vans berwarna hitam disarungkan dikakinya. Anna bingkas bangun dari duduk, pintu rumah dikuncinya setelah itu dia tertunduk menyelongkar beg silang yang tergalas di bahu kanan. Mahu memastikan barang-barang penting tidak tertinggal seperti dompet, telefon dan lain-lain lagi.
Pin! Pin!
Anna terus memandang ke luar pagar rumahnya, kelihatan sebuah kereta milik Dato Adam sudah sampai. Anna tersenyum dan terus keluar menghampiri. Sebaik sahaja pintu kereta dibuka dan salam diberi, Anna terkedu.
"Assa--lamualaikum.. Tunku?"
Wajah Tunku Iman ditempat pemandu buat dirinya betul-betul terkedu. Dato Adam di belakang tersenyum penuh makna melihat reaksi terkejut Anna.
"Waalaikumussalam. Ya saya Cik Anna, masuklah." Jemput Tunku Iman selamba.
Anna masuk dan menarik seatbelt untuk dipakainya. Namun di dalam hati, dia berdoa supaya diberi ketenangan pada hati dan jiwanya. Baru duduk sebelah pun dah berdebar semacam. Anna pandang Dato Adam dibelakang, tetapi orang tua seorang itu buat tak tahu macam dia tidak wujud. Anna ketap bibir. Dato Adam di belakang pula beriak seolah dirinya tidak wujud dalam kereta itu.
"So, Anna. Kita nak pergi makan mana?" Anna yang berlagak tenang dari tadi beralih pandang. Memandang wajah empunya anak raja yang duduk disebelahnya tidak jauh sedepa itu.
"Kalau Tunku tanya saya, kedai mamak tepi jalan pun boleh tapi.. macam tak molek.." belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Tunku Iman bersuara.
"Sebab ada saya?"tanya Tunku Iman.
Anna menggeleng laju.
"Eh Tunku! Jangan salah faham. Maksud saya, sekarangkan kita nak pergi makan tengah hari, lunch dekat kedai mamak macam kurang sesuai waktu begini," terang Anna.
Tunku Iman mengangguk tanda memahami. Anna tidak dapat meneka apa yang difikirkan oleh putera raja seorang itu. Dengan cermin mata menutupi mata lelaki itu dia tidak tahu kenapa, tetapi dia rasa seolah-olah diperhatikan.
Dato Adam tersenyum sahaja di belakang. Anna dengan gelabah tidak boleh dipisahkan tapi tidak boleh lawan ketenangan yang dimiliki gadis itu. Tenang sangat orangnya. Dia ingat lagi bagaimana dia menemuduga gadis itu sendiri dulu.
"Kamu ada sebarang soalan nak ditanya?"soal Dato Adam kepada seorang gadis yang duduk di hadapannya kini.
Melihat gadis itu angguk dia izinkan gadis itu bersuara.
"Kalau saya tidak dapat kerja ni, boleh tak pihak encik beritahu dimana kekurangan saya as a feedback?"
Dato Adam pandang lama gadis didepannya dan seraya mengangguk.
"I like your question so sure why not. Terima kasih atas kesungguhan kamu walaupun dalam sesi temuduga sahaja. Jumpa lagi InshaAllah andai rezeki kamu disini."
Dan kini gadis itu benar-benar bekerja dengannya sekarang.
Sampai sahaja di sebuah restoran ala-ala lima bintang, Anna mengemam bibir. Keluar dari kereta, Anna pandang dirinya dari bawah sehingga atas. Kasut sneaker, berseluar jeans, blouse putih dengan selendang berwarna senada.
Dato Adam yang kehairanan dengan tingkah anak muda disebelahnya kini, bertanya.
"Why Anna? Asyik belek kaki sahaja. Eh, hari ini keluar pakai sneaker jer? Mana high heels kamu yang berinci-inci tu?" soal Dato Adam dengan diselit bersama gurauan. Anna menjeling. Dato Adam ketawa kecil. Ikutkan hati kecil Anna, mahu saja dia sekehkan kepala orang tua ni tetapi tidak mungkinlah kerana Dato Adam sudah seperti seorang ayah baginya.
YOU ARE READING
Ku Akan Menanti
Romansa♡ Started ; 26 Nov 2019 ♡ Published ; 27 Nov 2019 ✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧ Cinderella never asked for a prince Wait? - she's not a Cinderella Not even a princesses But- she's a Queen ! Once a Queen, Always a Queen.. ✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧ ...