"Nur Anna Binti Mahib?"
"Saya!"
Kedengaran laung suara seorang gadis bila nama penuhnya dipanggil oleh seorang pensyarah di dalam sebuah makmal untuk diambil kira kehadiran.
"Okay itu sahaja kelas, kamu boleh keluar. Jumpa lagi lepas cuti nanti dan selamat bercuti."
Gadis yang dipanggil namanya tadi laju mengemas barang-barang di atas meja yang diduduki lalu pergi bersalaman dengan si pensyarah. Lembut di tarik tangan pensyarah perempuan itu lalu di kucup bersama ucapan terima kasih yang meniti di bibirnya.
"Terima kasih, puan."
"Iya, sama-sama." Puan Julia perlahan membalas tanpa didengari si gadis tadi. Dalam diam dia memerhati gadis yang menyelami dirinya tadi berlalu. Tidak pernah tidak lupa untuk berterima kasih kepadanya usai habis sesi mengajar. Sungguh santun perilaku sebegitu memang menarik perhatiannya sedari awal dia mengajar di kelas itu lagi.
Anna mengambil begnya yang diletakkan di dalam loker sebelum kelas Trengkas tadi bermula. Kalau bukan orang yang mengajar subjek Trengkas ini, Puan Julia, belum tentu loker ini berfungsi sebagai tempat simpanan beg-beg pelajar di kolej tempat dirinya belajar sekarang. Lekas-lekas dirinya menyimpan buku beserta fail dan alat tulis ke dalam beg Black Nike milik sendiri. Keluar sahaja dari makmal Stenografi itu, kasut bertutup bewarna hitam setinggi dua inci disarung ke kakinya. Tetapi Anna tidak segera pergi dari situ sebaliknya menunggu dua kawan sekelasnya yang masih lagi belum keluar.
Tidak sampai seminit, wajah dua orang itu kelihatan sudah keluar. Anna hanya menanti bersama senyuman. Usai keduanya selesai memakai kasut, salah seorang dari mereka bersuara.
"Ingat nak cuti seminggu nanti dia tak beri kerja dah.." Liyana bersuara mengeluh saat tiga orang gadis itu berjalan pulang dari jabatan mereka. Anna tersenyum hampa. Widad yang berdiri di antara mereka berdua pula bersuara.
"Yang nak kena record tu macam mana pula?" soalnya. Anna dan Liyana kedua-dua mereka menggeleng tidak tahu. Masing-masing memikirkan tugasan yang baru diberikan oleh Puan Julia di dalam kelas tadi.
Namun, dalam diam Anna memikirkan tentang hal lain yang tidak dia luahkan pada dua orang kawannya itu. Bagaimana dia mahu bertahan untuk lima bulan akan datang? Dengan wang pinjaman PTPTN sudah semakin habis. Sepatutnya masuk semester ketiga pengajiannya dia sudah tidak perlu runsing lagi memikirkan tentang wang. Tetapi beberapa minggu yang lalu, penasihat akademiknya mengkhabarkan bahawa dia sudah tidak boleh lagi menyertai unit beruniform Askar Wataniah gara-gara kod lama unit tersebut sudah tidak lagi digunakan.
Saat mengetahui hal itu, Anna merasakan sebahagian jiwa dia hilang. Segala penat lelah dia selama dua semester lepas mengikuti latihan tidak berbaloi. Betapa kekecewaan itu merudungkan semangat dia untuk menyertai mana-mana unit sukan dan permainan.
Mahu atau tidak dia dikehendaki untuk memilih juga sebarang aktiviti kokurikulum untuk diikuti.
"Anna?"
Seolah baru menyedari bahawa dirinya begitu terleka mengelamun, Anna segera menyahut. Baru dia perasan yang mereka bertiga sudah sampai di kawasan asrama.
"Berangan eh?" tanya Liyana. Anna tersenyum.
"Tak adalah. Nak berangankan siapalah.. buah hati pun tak ada tahu.." ujar Anna jujur dalam gurauannya. Widad menyampuk.
"Bukan tiada Na. Cuma dia sahaja yang memilih. Kalau bab crush kemain bersepah."
Anna tersenyum mengingati semula momen bersama dua orang sahabatnya tika di kolej dahulu. Memang dia berangan tetapi telinga dia masih peka, dengar saja cuma dia tidak fokus mahu ambil tahu. Earpod di tangannya disumbat ke dua belah telinga. Invisible nyanyian Anna Clendening dia mainkan.
Tetapi jauh di dalam lubuk hatinya, dia mahu jawab sebenarnya yang dia adalah juga sikit berangankan seorang lelaki yang dia suka. Lelaki yang tidak tahu dirinya wujud. Lelaki itu jauh lebih kata layak untuk dirinya yang ibarat rumput yang walaupun semakin tinggi tapi masih tidak akan mampu menyentuh langit.
I'm in love with someone who doesn't know I exist,
I stare from afar in my hand- broken heart while I played pretend,
I'm in love with someone who doesn't know I exist..Anna memandang skrin telefon dia yang berlatar belakangkan gambar seseorang.
Am I invisible ?
Should I let it go?
Would you ever know?Mengingati kembali saat-saat dirinya bersama dengan lelaki itu baru-baru ini buat dia gembira. Ah, kegembiraan yang buat dia gila, contohnya kini dia tersenyum suka sendirian. Nampak dek orang memang dia dilabelkan gila punya.
"Eres una persona amorosa(You are a loving person)".
Tiba-tiba dia teringat apa yang dibisikkan Tunku Iman sendirian. Kerana itu dia tanya semula takut-takut dia silap dengar aka perasan sendirian. Namun hampeh, bila dia tanya, putera raja itu hanya menggeleng. Maknanya, memang perasaan dia saja sampai terangau-angau Tunku Iman itu akan sedar kewujudan dia.
"Am I invisible?🎶" Anna nyanyikan lirik terakhir yang dia dengar dari earpodnya. Perlahan-lahan dia pejamkan matanya usai lagu Invisible habis diputarmainkan.
-
"Tunku Isyraf!"
Tunku Isyraf terkejut apabila tersedar yang dirinya kini sedang bersama dengan kakandanya, Tunku Iman serta Dato Adam.
"Oh sorry-sorry, I'm a bit tired so.."
"A bit tired or daydreaming about my girl..." bisikan sendirian Tunku Iman buat Tunku Isyraf terus pandang muka kakandanya. Betul ke apa yang dia dengar tadi?
"Apa kanda kata tadi?" Tanya Tunku Isyraf.
Tunku Iman gelengkan kepalanya berpura-pura tidak menyebut apa-apa. Dato Adam menyimpan senyum pelik. Dua orang kerabat diraja di hadapannya kini sedang menyukai orang yang sama ke?
Hati tuannya terkenangkan Anna. Apalah anak muda itu sedang buat di rumah di hujung minggu begini.
"Em, Isy naik bilik dulu." Ujar Tunku Isyraf lalu beredar begitu sahaja.
Tunku Iman pandang sepi sahaja kepergian adindanya.
"Tunku.."
Dato Adam bersuara.
"Ya Dato?"
"Patik mahu pulang awal boleh? Kerana patik sudah berjanji dengan anak angkat patik mahu lunch bersama.." belum sempat Dato Adam habis beritahu, Tunku Iman menyampuk.
"Kalau begitu, sekarang pun tidak mengapa Dato. How about I join sekali nanti lunch dengan you guys?"soal Tunku Iman dengan riak bersahajanya.
Dato Adam terkelu mahu membalas. Tidak tahu mahu beriak bagaimana. Hairan dia dengan sikap anak raja depan dia kini. Pelik-pelik semenjak dua menjak ini.
( ͡° ͜ʖ ͡°)
I smell bau-bau cemburu 😂
YOU ARE READING
Ku Akan Menanti
Romance♡ Started ; 26 Nov 2019 ♡ Published ; 27 Nov 2019 ✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧ Cinderella never asked for a prince Wait? - she's not a Cinderella Not even a princesses But- she's a Queen ! Once a Queen, Always a Queen.. ✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧ ...