Sudah 5 tahun berlalu,
Saat zaman persekolanku,
Masih aku ingat muka ibu dan guru-guru,
Tersenyum dan menangis bangga saat keputusan SPM diumum pengetua.Kawan,
Aku pernah terfikir SPM penentu segalanya.Tapi,
Aku lupa bahawa perancangan Allah Yang Esa itu lebih hebat dari manusia.Jangan kau fikir,
Berjaya SPM maka berjayalah kau selamanya.
Tidak, itu salah sebenarnya.
Hidup kita masih panjang untuk diteroka.Aku sudah lihat banyak rakanku yang keputusan SPMnya biasa saja.
Tetapi mereka pulun saat menyambung mengambil STPM,
Gigih mencipta kejayaan ketika menyambung diploma.
Ada juga yang terus bekerja selepas SPM,
Mereka bijak dalam mengatur langkah seterusnya,
Untuk terus survive di dunia.Dan apa yang aku lihat,
Mereka semua berjaya.Jadi, janganlah berputus asa.
Setiap yang terjadi ada hikmahnya.
Asalkan kau tahu dan rancang apa yang engkau ingin capai. 👍😊