Wanita, hatinya sangat lembut dan sedia memaafkan.
Tapi,
Apabila berkali disakiti dan memaafkan,
Sampai di satu ketika,
Takuk sabarnya sudah tiba di penghujung.
Dan saat itu rasa tawar yang memenuhi diri.Bersedialah anda waktu itu,
Jika dia membuat keputusan membawa diri,
Kerana hati tiada lagi ruang untuk memaafkan dirimu,
Yang telah menyakitinya berulang kali.Walau satu dunia menentang keputusannya ketika itu,
Badai pun sanggup diharungi,
Kerna yg paling penting untuk dijaga saat ini,
Ialah sisa hatinya yang masih terjaga dan mengharapkan sinar bahagia. 🙂This is a real story indeed. It's about my aunt.
Orang yg tidak tahu, pasti akan berkata wanita ini tidak sedar diri. Suami mahukan dirinya tetapi dia tetap mahukan perpisahan. Tapi tahukah mereka betapa hatinya sudah penat untuk memberi peluang agar disakiti sekali lagi oleh si suami.
Tidak. Mereka tidak tahu. Mereka hanya lihat dari luaran. Kadang² seksaan jiwa itu lebih perit untuk ditanggung berbanding seksaan fizikal.
Wahai wanita, tahukah anda seorang yang kuat. 💪 I'm proud of you.