🌞🌞🌞
Meskipun sudah larut malam , Kiara memilih untuk duduk di luar rumah sambil menikmati suasana malam yang cukup menenangkan .Dia duduk pada bangku yang terletak berdekatan dengan pokok - pokok bunganya kemudian menghirup perlahan air coklat panas yang dibuatnya sebentar tadi .
Kiara mencebik geram saat dirinya disapa oleh seseorang .
“ Hi awak , seorang ke ? ” tanya Hoseok menayangkan senyuman lebarnya .
“ Salah ke kalau saya seorang diri ? ” soalan berbalas soalan , senyuman Hoseok semakin melebar .
Dapat juga dia bercakap lebih lama dengan gadis itu .
“ Takdelah . Kalau awak seorang , saya boleh temankan . You never walk alone gitu ” seloroh Hoseok sambil tergelak kecil .
Kiara memaparkan wajah kosongnya , mencari bahagian mana yang lawak dekat situ .
“ Dah lama kita berjiran , nak tahu nama awak boleh ? ” soal Hoseok sekaligus membuatkan Kiara memandangnya jelik .
“ Penting sangat ke nak tahu nama saya ? ” jawab Kiara , taknak nampak seperti mudah dipergunakan oleh seorang lelaki .
“ Penting tau ! Mana tahu suatu hari nanti saya dengar awak nak kahwin , bolehlah saya datang jenguk beritahu semua orang jiran lawa saya dah nak kahwin ! ” manis sahaja tutur bicara Hoseok sedikit sebanyak membuatkan Kiara tersenyum dalam diam .
“ Kiara Ahn . Panggil je Kiara ” kata Kiara acuh tak acuh . Jelas sekali Hoseok teruja saat Kiara memberitahu namanya .
Kiara mengangkat cawan yang dibawanya bersama tadi lalu mengatur langkah ingin masuk ke dalam rumah .
Langkahnya terhenti saat Hoseok memanggil namanya . Kiara memusingkan badannya , keningnya terangkat sebelah menantikan apa yang bakal Hoseok katakan .
“ Kiara , jangan pernah abaikan sesuatu yang buatkan awak gembira kerana sesuatu itulah yang akan merawat luka kesedihan awak nanti ” ujarnya sambil tersenyum penuh makna .
Kiara tidak mengangguk , tidak juga menggelengkan kepalanya . Dia masuk ke dalam rumah sambil cuba menghadam maksud ayat Hoseok itu .
YOU ARE READING
❝ 𝗦𝗨𝗡𝗦𝗛𝗜𝗡𝗘 ❞ ㅡ 𝗛𝗢𝗦𝗘𝗢𝗞
Fanfictionㅡ you gonna miss me cause i'm your sunshine ! ♡ published on : ㅡ 14/03/2020