🌞🌞🌞
Debaran kian terasa . Sedari tadi Hoseok tidak dapat berdiam diri apabila menantikan Kiara keluar dari dalam bilik pejabat pemilik syarikat itu .Kiara beritahu Hoseok yang dia perlukan kerja untuk dapatkan duit . Kebetulan , Hoseok ada seorang kawan yang memang tengah cari pekerja baru dalam syarikatnya . Terus Hoseok cadangkan Kiara .
Dah setengah jam Kiara berada di dalam bilik tak keluar - keluar , hampir gila juga Hoseok dibuatnya .
Setelah lama menunggu , akhirnya Kiara keluar bersama kawannya , Namjoon .
Wajah Kiara tampak kecewa . Namjoon hanya tersenyum tipis . Hoseok pantas menepuk bahu Kiara perlahan sambil memberikan kata - kata semangat buat dirinya .
“ Awak janganlah putus asa . Rezeki ada di mana - mana ”
Tiba - tiba saja Kiara memeluk Hoseok erat membuatkan jejaka itu terkedu .
“ Saya lepas temuduga itu Hoseok ! ” Hoseok tercengang buat seketika . Kejap , apa yang berlaku ini ?
“ She's good . Thanks for finding someone like her bruh ” Namjoon mengukir senyuman buat Hoseok sebelum dia beredar pergi dari situ .
“ Err Kiara ? ” Hoseok pula yang segan bila Kiara peluk dia , depan khalayak ramai lagi itu .
Kiara meleraikan pelukan sebelum dia menundukkan sedikit kepalanya , memohon maaf kerana tidak dapat mengawal rasa terujanya .
“ Awak memang berpotensi pun . Tak perlu berterima kasih dengan saya , berterima kasih dengan Tuhan kerana memberi awak jalan untuk teruskan hidup ” kata Hoseok sambil tersenyum tipis .
Kiara membalas senyuman Hoseok , seronok rasanya bila dapat kerja . “ Jom , saya belanja awak makan ”
Hoseok akur . Dia ikut saja ke mana gadis itu membawanya pergi meskipun dia tidak dapat menahan betapa gembiranya rasa di hati saat Kiara tidak melepaskan genggaman tangannya sepanjang mereka berjalan berdua .
YOU ARE READING
❝ 𝗦𝗨𝗡𝗦𝗛𝗜𝗡𝗘 ❞ ㅡ 𝗛𝗢𝗦𝗘𝗢𝗞
Fanfictionㅡ you gonna miss me cause i'm your sunshine ! ♡ published on : ㅡ 14/03/2020