✨ ; є

131 27 19
                                    


🌞🌞🌞


Hoseok duduk di luar pintu rumahnya , menanti Kiara keluar dari dalam rumahnya .

Niatnya cuma satu ; ingin memohon maaf dengan gadis itu kerana dia tahu dia sudah rosakkan pokok bunga kegemaran Kiara .

Badannya sedikit menggeletar akibat kesejukan melampau yang dirasainya . Jaket tebal yang tersarung elok pada dirinya ditarik supaya menghangatkan lagi tubuhnya .

Penantiannya tidak menjadi sia - sia . Kelihatan Kiara bersiap - siap hendak keluar pergi kerja , laju Hoseok menghalang Kiara pergi .

“ Kiara ” panggil Hoseok perlahan .

Kiara menoleh sekilas . Raut wajahnya dingin . Tipu kalau dia cakap dia tak marahkan Hoseok .

Pokok bunga yang musnah itu bukan sahaja kegemarannya , malahan itulah kenangan terakhir yang dia ada dengan  arwah abangnya , Seokjin .

“ Apa awak nak cakap ? Tak puas rosakkan pokok bunga saya ? Tak puas sakitkan hati saya ? Tak cukup buat saya rasa kehilangan abang saya sekali lagi ? ” terketar - ketar mulut Kiara saat meluahkan rasa yang terbuku dalam dirinya . Tubir matanya juga mulai penuh , bila - bila masa saja akan tumpah .

Sejak abang dia pergi , Kiara dipersalahkan seratus peratus . Kiara dianggap menyusahkan kerana dikatakan langsung tak memberi apa - apa sumbangan dalam keluarga mereka .

Hanya Seokjin saja dipandang , hanya Seokjin saja disegani , hanya Seokjin saja disayangi .

Meskipun berlaku ketidakadilan antara mereka berdua , Kiara tidak pernah membenci abangnya itu .

Seokjinlah menjadi pembakar semangat Kiara untuk teruskan hidup , buktikan kepada semua orang yang dia pun boleh berjaya .

Jadilah seperti pokok bunga ini . Meskipun terpaksa berpanas di bawah mentari , meskipun terpaksa bersaing mendapatkan nutrien , ia tetap tumbuh dengan segar memberi kegembiraan kepada manusia

Ayat Seokjin bergema dalam kotak fikirannya . Hoseok dipandangnya dengan mata berkaca .

“ Kiara , saya minta maaf . Saya nak bagitau yang -- ” sayu kedengaran suara Hoseok , Kiara laju memotong .

“ Saya maafkan awak . Dah , jangan ganggu saya lagi ” tegas Kiara .

“ Saya takkan dapat jumpa awak lagi ” kata Hoseok sambil tersenyum lemah .

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝ 𝗦𝗨𝗡𝗦𝗛𝗜𝗡𝗘 ❞ ㅡ 𝗛𝗢𝗦𝗘𝗢𝗞Where stories live. Discover now