🌞🌞🌞
“ Hoseok ” panggil Kiara . Hoseok yang sedang menulis sesuatu di atas kertas terus berhenti lantas memandang Kiara dengan senyuman terpampang pada wajahnya .
“ Ya Kiara ? Kenapa ? ” soal Hoseok dengan nada suara rendah , cukup lembut menyapa gegendang telinga Kiara .
“ Em , awak tinggal seorang diri ke ? Mana ahli keluarga awak ? ” tanya Kiara ingin tahu .
Kiara nampak anak mata Hoseok bergerak - gerak , mulutnya pula diketap perlahan . Perlahan - lahan bibirnya menguntumkan senyuman .
“ Ha'ah , saya tinggal sendiri . Ahli keluarga saya ada je dekat kampung saya . Saya taknak susahkan diorang ” jawab Hoseok kemudiannya memperbetulkan kedudukan topinya memandangkan panas mentari semakin terik pada hari itu .
Jantung Kiara tiba - tiba berdegup laju . Entah kenapa dia nampak wajah Hoseok bercahaya , terpancar suatu sinar dalam dirinya yang buatkan sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan rasa gembira .
“ Kiara ? ” Kiara tersentak apabila lambaian tangan Hoseok menyedarkan dia daripada lamunannya . Aduh , malu !
“ Err ya maaf . Untung keluarga awak sebab awak tak susahkan diorang . Lainlah saya , asyik susahkan keluarga saya je ” suara Kiara mula mengendur .
Hoseok perasan perubahan Kiara , bahu gadis itu dipegangnya .
“ Jangan fikir macam itu . Tiada sesiapa nak susahkan keluarga sendiri . Perasaan itu wujud bila situasi tak seberapa menyebelahi kita . Bersabarlah , pasti hari awak buat mereka bangga dengan awak akan tiba ” ujarnya dengan senyuman semanis madu .
Hoseok , dia penyeri kehidupan .
YOU ARE READING
❝ 𝗦𝗨𝗡𝗦𝗛𝗜𝗡𝗘 ❞ ㅡ 𝗛𝗢𝗦𝗘𝗢𝗞
Fanfictionㅡ you gonna miss me cause i'm your sunshine ! ♡ published on : ㅡ 14/03/2020