🌞🌞🌞
“ Kiara ! ” teruja Hoseok menyapa , senyuman yang terukir pada wajah sekelip mata menghilang .
“ Maaf Hoseok , saya tak sempat nak berbual dengan awak . Saya banyak kerja ” ucap gadis itu sambil menundukkan kepalanya .
Seusai itu , dia terus menerpa masuk ke dalam teksi yang sudah menunggu di hadapan pagar rumahnya .
Hoseok melepaskan keluhan kecil . Sejak Kiara bekerja dengan Namjoon , sudah jarang mereka berbual bersama - sama .
“ Pasti dia kerja keras supaya taknak susahkan keluarga dia ” getus hati Hoseok perlahan .
Hoseok menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum dia kembali tersenyum , cuba mengembalikan aura positif dalam dirinya .
“ Tenanglah Hoseok . Kau masih berpeluang jumpa dia lagi walaupun tak lama ”
Baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam rumahnya , matanya tertancap pada pokok - pokok bunga yang ditanam oleh Kiara .
Ada yang sudah layu , ada juga yang sudah mulai berguguran jatuh daunnya .
Hoseok ketawa kecil . “ Kesian kita bunga kena abai oleh cik Kiara ”
YOU ARE READING
❝ 𝗦𝗨𝗡𝗦𝗛𝗜𝗡𝗘 ❞ ㅡ 𝗛𝗢𝗦𝗘𝗢𝗞
Fanfictionㅡ you gonna miss me cause i'm your sunshine ! ♡ published on : ㅡ 14/03/2020