✨ ; k

207 28 72
                                    


🌞🌞🌞


“ Aku minta maaf sebab tengking kau kelmarin . Aku tak dapat kawal , aku terlalu sayangkan Hoseok ” tutur Jimin perlahan .

Kiara menganggukkan kepalanya kecil . Anak matanya menghantar pemergian Jimin yang membawa barang - barang milik Hoseok untuk dihantar ke rumah orang tuanya .

Dia tewas sekali lagi . Tidak dapat dia menahan sebak apabila terkenangkan wajah Hoseok yang sentiasa penuh sinar harapan itu .

Bila dia ingat balik semua ayat yang pernah Hoseok cakap dekat dia , baru dia sedar yang Hoseok telah memberinya petunjuk bahawa dia sememangnya akan pergi .

“ Hoseok , kenapa ini ? Saya kongsi semua benda dengan awak , kenapa awak tak kongsi dengan saya cakap yang awak ada kanser hati ? Kenapa ?! ”

Rasa kehilangan seorang abang belum terpadam dalam hatinya , ini ditambah lagi dengan rasa kehilangan seseorang yang sentiasa menceriakan hidupnya .


Kiara , jangan pernah abaikan sesuatu yang buatkan awak gembira kerana sesuatu itulah yang akan merawat luka kesedihan awak nanti


Automatik Kiara terpandang pokok - pokok bunga yang Kiara tanam itu . Dia perasan semua pokok bunga itu tiada satu pun yang layu mahupun mati walhal dia jarang menyiram pokok - pokok bunga itu malah jarang memberi perhatian terhadapnya juga .

Mungkinkah Hoseok yang menjaganya selama ini ?

Di saat dia meninjau keadaan pokok - pokok bunga itu , laju sahaja mutiara jernihnya mengalir di pipi .

Beberapa helaian kertas warna - warni yang terselit pada pokok - pokok bunga itu dibacanya sambil tak henti dia menangis kesedihan .


Kiara Ahn , cantik nama ! Terima kasih kerana sudi berkawan dengan Jung Hoseok ! Walaupun saya tak dapat bagi awak nikmati kekayaan harta , saya akan usaha bagi awak nikmati kekayaan jiwa ! Have a nice day :) ”


Kiara , saya gembira sangat - sangat sebab awak dapat kerja untuk bantu keluarga awak . Berhenti cakap awak susahkan keluarga awak tau ? Keluarga awak perlukan awak . Awak harapan mereka , jangan hampakan sesiapapun ! <3 ”


Kiara , saya gembira sangat dapat luangkan masa dengan awak . Sejak awak pindah dekat sebelah rumah saya , hidup saya ceria je . Eh tak , bertambah ceria ! Terima kasih ! ”


“ Em Kiara , saya tahu saya dah lukakan hati awak . Sebab pasu bunga itu saya minta maaf . Saya dah cuba tanam dengan pasu baru . Harap awak suka ! Maafkan Seokkie tau ! >< ”


Kiara , saya taknak bagitau awak yang saya ada penyakit . Sebab saya kan dah cakap yang saya nak bagi awak rasa kekayaan jiwa . Taknaklah sedih , muka buruk bila nangis werk :p ”


Kiara ternampak pasu bunga yang dimaksudkan oleh Hoseok . Memang benar seperti apa yang dikatakannya , pokok bunga itu masih ada hanya pasunya saja berbeza .

Helaian kertas terakhir berwarna kuning Kiara ambil daripada pokok bunga itu lalu dibacanya dalam hati .


Kiara , saya tak tahu sampai bila saya dapat bertahan . Sebelum terlambat , saya nak cakap yang saya sayangkan awak Kiara . Teruskan perjuangan hidup kerana awak seorang pejuang ! Saranghae

Nado saranghae uri sunshine .


THE END.

THE END

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


thankyou for voting and spamming comments <3 ❤

❝ 𝗦𝗨𝗡𝗦𝗛𝗜𝗡𝗘 ❞ ㅡ 𝗛𝗢𝗦𝗘𝗢𝗞Where stories live. Discover now