Chapter 3

667 85 5
                                    

Selamat Datang
Ke Asrama Rintis
Apa yang kau sedang lihat
Ianya bukan
Perkara sebenar

   FANG mengeluarkan buku Matematiknya serta satu buku aktiviti dan buku tulis kosong. Rasanya macam baru semalaman duduk kat sekolah ni tapi rasa macam setahun.

   Fang berehat di bawah pokok. Wah, tidak sangka buat aktiviti sukan sebagai budak baru ni memang memenatkan.

   Oh, bukan. Budak baru paling popular.

   Sedang Fang syok sendiri di bawah pokok, BoBoiBoy menarik Fang sehingga Fang hampir jatuh ke hadapan.

   "Kau kenapa BoBoiBoy?"Fang mengerutkan dahi. Orang tengah syok berangan boleh pula dimatikan lamunannya

   "Kenapa kau pergi sandar kat pokok tu? Tengok habis belakang baju kau penuh darah." Fang terkejut mendengar jawapan BoBoiBoy

   Belakang baju Fang basah dengan darah. Fang secara automatik undur ke belakang. Ya, bukan batang pokok itu sahaja berdarah malah daun - daunnya juga berdarah.

  " A--" Fang terkejut hingga tak terkata.

   BoBoiBoy mengangkat bahu. "Budak budak sini dah biasa. Aku pun mula mula terkejut tapi lama lama dah biasa dengan situasi ni."

    "Fang!" Gopal merangkul leher Fang dari belakang. Fang menepuk - nepuk tangan Fang.

   "Hehehe. Sorry." Gopal melepaskan rangkulannya. Aduh, kurus semangat. Hampir tidak bernafas aku.

   "WARGH!" Fang terkejut melihat Iwan tiba - tiba muncul di hadapan. Bukunya yang dipegang Iwan diambil sambil mengusap dada.

   Rasanya Iwan bukan sahaja pendiam, malah dia juga ada penyakit mengejutkan orang. Ini kalau hantu pun lari.

   "Jomlah ke bilik tayang. Kan Cikgu Rak--" Gopal segera menutup mulut Bobby.

   Bobby menjeling Gopal "  Fifgu at filik fayan ot (Cikgu kat bilik Tayang kot.)" Bobby menolak tangan Gopal dari terus mengunci mulutnya.

  "Cepatlah. Nanti Cikgu R tu marah." Kata BoBoiBoy yang menunggu penuh bergaya di muka pintu kelas.

   "Ha, yalah." Dengan langkah terpaksa, Fang mengekori sahabat - sahabat barunya ke bilik tayang.

   Tiba di koridor tingkat bawah (tingkat 2), mereka melintasi antara dua bilik tayang, bilik melukis...

Nooroo: BAGILAH AKU MASUK ASRAMA RINTIS. ADA BILIK MELUKIS

Fang : Tak kenal *lindung muka*

   "Jomlah masuk. Doalah tak kena menari zapin luar kelas sebagai denda masuk lewat." Kata Bobby penuh harapan.

   Entahlah. Harapan tu seakan pudar dari udara.

   Fang berdiri di hadapan Bilik Tayang 2. Di sebelahnya terdapat Bilik Tayang 1.

  Eh--

   "Kenapa Fang?" Tanya BoBoiBoy melihat muka Fang seakan memikirkan masalah negara.

" Eh, ada dua bilik tayang?" Fang memandang gerun melihat pintu Bilik Tayang 1 itu ditutup malah dipaku dengan kayu.

   Gopal berbisik dengan nada menyeramkan. "Selalunya orang dengar bunyi orang minta tolong kalau lalu dekat bilik tayang ini. Sebab itulah dia ditutup."

   Iwan muncul di sebelah Fang dan mengangguk laju - laju.

   "Kau orang ni---"

   "Ehem!" Entah bila Cikgu Rakesh membuka pintu dan duduk penuh bergaya di situ.

   "Nampaknya cukuplah penari zapin nak menari kat koridor ni."

   Mereka berlima meneguk mukus dan air liur masing - masing.

   Tepat pukul 10 pagi, terdapat persembahan kebudayaan secara kecil - kecilan diadakan di hadapan bilik tayang.

   Sambil menari zapin, Fang asyik memandang ke arah Bilik Tayang 1 itu. Hrm, ada sesuatu tak kena tentang sekolah ni dan aku akan siasat.

   Ya, MISI MENYIASAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ASRAMA RINTIS!

  Panjangnya.

   "Budak baru, salah step!"

   Fang tersengih. "Maaf!"

"Budak budak sini dah biasa.
Aku pun mula mula terkejut
tapi lama lama dah
biasa dengan situasi ni."
-BoBoiBoy-
  


Misteri Asrama Rintis (BBBxEA)Where stories live. Discover now