Epilog

646 80 4
                                    

"AKU dah tak sabar!" Fang tergedik - gedik di tapak perhimpunan itu. Lagaknya seperti ada seorang puteri raja sudi mengahwininya.

   "Ala engkau ni Fang. Tergedik macam ada lipas masuk dalam baju." Usikan Gopal itu membuatkan bahunya mendapat pukulan dari Fang.

   "Lipas lipas, jangan main, okay?" Fang menjeling Gopal yang tersengih.  Ala, gurau je bang.

   Bobby meletakkan jari di mulut. "Shh, senyaplah korang ni! Dah nak mula tu."

   "Assamualaikum para pelajar dan guru - guru yang saya kasihi. Di sini saya ingin memohon maaf pada ahli keluarga bekas mangsa pembunuhan 11 tahun lepas kerana saya tergamak menyembunyikan kebenaran." Pengetua Quatro berhenti sejenak. Mengambil nafas mungkin.

  " Saya juga mengucapkan takziah pada Ayuyu atas kematian bapanya, Cikgu Rakesh. Tidak saya sangka bahawa dia merupakan bapa pada mangsa pembunuhan Misteri Asrama M.A.T.A iaitu Ukaira. "

   Ayuyu yang mendengar hanya tersenyum sahaja. Dia mengelap air matanya sambil memandang ke arah kawan - kawannya yang menenangkannya.

   Oh, lupa mahu beritahu, Quatro tidak lagi memalsukan kes pembunuhan itu malah dia memberitahu perkara sebenar pada semua orang. Ramai yang memberi kata negatif dan ada juga yang memberi kata positif.

  " Saya akan masuk penjara sebab merasuahkan media palsukan maklumat sekolah... Jadi, saya mahu minta maaf kalau ada salah silap sepanjang saya berkhidmat di sini."

   Bahkan, pihak media yang menerima rasuah Quatro juga ditahan oleh pihak polis.

   "Jadi saya persilakan Ali Bin Ghazali, pengetua baru sekolah kita." Ali bangun dari kerusi dan menunduk hormat. Gemuruh tapak perhimpunan dengan tepukan murid - murid.

   "Terima kasih Pengetua. Apa khabar semua. Nampak sihat je semua. Ke ada awek pak wa kat sekolah ni?" Usik Ali, mesra.

   Kedengaran riuh pelajar menidakkannya. Ada juga yang menuding jari pada kawan - Kawan mereka yang couple.

   "Saya harap semua boleh terima saya tetapi bermulanya saya berkhidmat di sini, saya akan menukar nama sekolah ini."

   Sunyi sepi tapak perhimpunan itu.

   WEY, SERIUSLAH. TUKAR NAMA SEKOLAH LAGI?

   "Maaf, maaf. Saya bukan tukar atas tujuan yang korang sangkakan. Tapi saya ingin tukarkan pada nama moden sikit."

   Ada yang setuju tetapi ada yang beri pandangan negatif.

   "Setelah berbincang dengan guru - guru, saya tidak berbuat keputusan untuk tukar lagi tapi saya nak ambil persetujuan dari bakal anak - anak saya. Kalau tak, saya okay je tak tukar." Kata Ali, santai.

   "Saya ingin menukar nama sekolah ini dengan nama sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberaya!"

   Sekali lagi, kawasan tapak perhimpunan sunyi seperti kawasan perkuburan.

   "Setuju, cikgu. Saya setuju!" Laung Fang.

   "SAYA SETUJU CIKGU!"

   "Best juga nama tu Cikgu!"

  "Tukarlah jadi nama tu, cikgu!"

   "Jadi semua setujulah ni?" Tanya Ali sebelum disahut oleh pelajar - pelajar sekolah.

   "SETUJU!"

   "Baiklah." Ali tersenyum seketika.

   Kertas yang digulung itu terbuka apabila Cikgu Jenny dan Cikgu Maskmana memotong belon di penjuru kertas itu.

   "Saya namakan sekolah ini. Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberaya!"

SELAMAT TINGGAL
PADA
ASRAMA CYBERAYA
.
Tahniah kerana bongkarkan kebenaran
Kini tinggal hanya kenangan
Tetapi ianya tidak boleh dipadam

Misteri Asrama Rintis (BBBxEA)Where stories live. Discover now