SELAMAT DATANG
KE ASRAMA RINTISApa yang kau sedang lihat
Ianya bukanPerkara Sebenar
.
Jam di dinding tiba - tiba sahaja menghasilkan bunyi yang membingitkan telinga apabila ianya bergesel dengan dinding.
Skrin kamera memaparkan kegelapan. Suasana masih normal. Hanya bunyi cengkerik dan kadang kadang bunyi kicauan burung hantu kedengaran.
"Mnoo, jnanaga, ohlgnolat."
"MOON!"
Kemudian kamera itu tetiba terpadam.
Mereka berlima saling berpandangan.
Siapa Moon?
Kelihatan bayang bayang gadis seperti berjalan dengan riang. Suaranya bernyanyi kecil menyejukkan suasana
"Adeh!" Fang jatuh tersembam apabila kakinya tersadung kaki meja.
Kedengaran suara Gopal pada walkie talkie. "Fang kau okay tak? Fang?" Walkie talkie itu kemudiannya hilang signal.
Fang mengerang kesakitan apabila terdapat kesan luka pada pergelangan kakinya. Tanpa disedari, ada satu bayang - bayang mendekatinya.
"ARGH!"
Bayang bayang gadis itu hilang koridor itu apabila menemui penghujungnya iaitu padang. Sebaik sahaja kehilangan kelibat gadis itu, satu kelibat berlari laju.
"Kamu jangan pernah nak mengajar saya!" Cikgu Rakesh dibawa ke arah muka pintu. Dia cuba melepaskan cengkaman lelaki yang mencekiknya itu.
"Le--lepask"
Sudah terlambat kerana nafasnya sudah berada di kerongkong.
Jam yang tergantung di dinding itu jatuh ke bawah dan pecah.
"Sudahlah Fang, tak perlu paksa dia lagi." BoBoiBoy menahan Fang dari menyoal Suzy apabila si bekas mangsa histeria itu kelihatan tertekan.
Tangan Suzy menggeletar sebelum menjawab perlahan - lahan. "Sekolah ni lagi menakutkan dari apa yang kau nampak."
Hujan lebat membasahi bumi. Kelihatan dua kelibat bayang - bayang hitam berada di tengah padang sambil mendongak ke arah langit.
Fail hitam itu dibuka. Terpapar tajuk berita yang menggoncangkan dada.
"Seriuslah semua ni?" BoBoiBoy membelek beberapa helaian surat khabar yang sudah koyak itu berkali - kali
Sumpah, dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
"Jadi..." Bobby memandang wajah rakan - rakannya. "Inilah kebenaran yang pihak sekolah cuba sorokkan selama ni."
.
SELAMAT DATANG
KE ASRAMA RINTIS
Sekarang engkau
Diberi pilihan
Adakah engkau
Bersedia bongkarkan kebenaran?
YOU ARE READING
Misteri Asrama Rintis (BBBxEA)
Mister / ThrillerMISTERI ASRAMA RINTIS ----------------------------------- BoBoiBoy X Ejen Ali Book 1: Misteri Asrama M.A.T.A ... "Asrama Rintis?" Ali berkerut dahi memandang nama sekolah yang terpapar di hadapan sekolah lamanya. "Kenapa Asrama Rintis?" ... K...