Selamat datang
Ke Asrama Rintis
Apa yang kau sedang lihat
Ianya bukan
Perkara sebenar"AKU sebenarnya perasan sesuatu yang aneh dalam video yang aku rakam semalam." Gopal menunjukkan kamera yang dirakamnya.
"Apa dia?"Tanya Fang. Iwan turut menunjukkan riak ingin tahu.
" Malam nantilah. Kang kena rampas pula kamera ni. "Kata Gopal sambil menyimpan kamera kembali ke dalam stokingnya.
BoBoiBoy hanya memandang pelik. Gopal ni tak rasa selesa ke ada benda logam di kakinya? BoBoiBoy menggeleng sendiri melihat sikap temannya.
" Hei BoBoiBoy, apa yang kau gelengkan tu? Cepatlah makan maggi tu. Nanti lambat pula naik kelas." Bobby menegur BoBoiBoy yang menggeleng serupa lehernya tercabut skru.
Setelah membaca bismilah (kecuali Gopal dan Fang), mereka terus menghabiskan sisa maggi. Haih, apa bendalah makan maggi dalam bilik sakit.
Nampaknya poster menerangkan" JANGAN MAKAN BENDA YANG TIDAK BERKHASIAT, JIKA ANDA MAKAN, OTAK ANDA TAK CERGAS, JIKA OTAK TAK CERGAS, ANDA TAK PANDAI, BILA ANDA TAK PANDAI, ANDA TAK STUDY, BILA ANDA TAK STUDY, ANDA FAIL, BILA ANDA FAIL, ANDA TAK PERGI KAT UNIVERSITI, ANDA TAK KAHWIN, ANDA TAK DA KERJA, ANDA DEPRESS DAN KELAPARAN DAN MATI. PENGAJARAN: KURANGKAN MAKAN MAKANAN TAK BERKHASIAT! " itu nampaknya diabaikan.
...
(Oh ya, Iwan sudah dilepaskan oleh akak nurse. Yalah, dia duduk dalam bilik sakit itu pada masa persekolahan sahaja)
Kurang sejam sebelum encik warden akan menyuruh mereka memadamkan lampu, Gopal menyapa rakan - rakannya yang sibuk membuat kerja sekolah.
" Hei, buat apa tu?"
Bobby yang tengah stress membuat jalan kerja Matematik tersenyum palsu. "Tengah membuang? Kenapa, nak membuang bersama?"
"Fang sahabatku." Bobby terus memeluk Fang yang turut membuat kerja sekolah matematik. Bezanya, Fang menjawab soalan Matematik seperti menjawab soalan darjah 1l
"Apa?"
"Tolonglah aku buat kerja sekolah.".Bobby membuat muka comel. Fang terus melekapkan tangannya pada wajah Bobby.
"Eee, serupa gay boy dah." Semua warga bilik itu ketawa mendengar kata - kata Fang.
"Kau tak buat kerja sekolah ke Gopal?" Tanya BoBoiBoy melihat Gopal begitu goyang kaki.
"Ala, lusa baru ada Matematik. Esoklah aku buat." Kata Gopal dengan sambil lewa.
"Engkau.. Kalau susah nanti jangan bergesel minta aku ajarkan.". Fang memberi amaran apabila melihat Gopal sangat bersenang - lenang seperti baru lepas universiti.
"Dey tak baik kedekut ilmu." Gopal tiba - tiba teringat sesuatu. Dia cepat - cepat mengeluarkan kameranya dari sarung bantal.
"Dey, korang ingat tak aku kata ada sesuatu yang pelik dalam video ni?" Gopal menunjukkan video yang dirakam di bilik tayang semalam.
Semua di situ mengangguk termasuk Iwan.
"Ha mari lah sini tengok." Gopal memainkan video. Oh ya, tidak dilupa dengan perlahankan bunyinya. Nanti kena rampas dengan encik warden.
Mereka berempat yang sebentar tadi bersemangat membuat kerja sekolah terus mengerumuni Gopal.
Kelihatan wajah Gopal terpapar pada skrin kamera. "Saya Gopal a/l Kumaran sedang berada di hadapan bilik puaka Asrama Rintis. Siapa yang melihat video ini, saya ingin menyampaikan wasiat siapkan kerja sekolah Matematik saya m/s 52 buat dalam buku MT1"
YOU ARE READING
Misteri Asrama Rintis (BBBxEA)
Mystery / ThrillerMISTERI ASRAMA RINTIS ----------------------------------- BoBoiBoy X Ejen Ali Book 1: Misteri Asrama M.A.T.A ... "Asrama Rintis?" Ali berkerut dahi memandang nama sekolah yang terpapar di hadapan sekolah lamanya. "Kenapa Asrama Rintis?" ... K...