Selamat Datang
Ke Asrama M.A.T.A
Kini kau sudah kembali
Jangan sampai
diperangkap lagiKedatangan Fang sebagai pelajar baru mendapat sambutan baik oleh pelajar yang mendiami bilik 303.
Gopal mengambil kertas mahjong dari bawah katil. Fang sudah berdebar. Entah apalah budak ni nak buat kat aku. Nak libas aku guna kertas mahjong tu ke?
"SELAMAT DATANG BUDAK BARU!"
Fang ternganga seketika "Apa- kah?"
Pada awalnya Fang menganggap sekolah itu amat seronok, tetapi ianya lebih 'seronok' dari apa yang dijangka.
Fang berehat di bawah pokok. BoBoiBoy menarik Fang sehingga Fang hampir jatuh ke hadapan.
"Kau kenapa BoBoiBoy?"
"Kenapa kau pergi sandar kat pokok tu? Tengok habis belakang baju kau penuh darah."
Asrama ini mempunyai berbagai misteri yang ditutup oleh pihak berkuasa di sekolah. Tiada siapa yang tahu. Warga sekolah yang suci menelan bulat bulat fakta diterima.
" Eh, ada dua bilik tayang?" Fang memandang gerun melihat pintu Bilik Tayang 1 itu ditutup malah dipaku dengan kayu.
Gopal berbisik dengan nada menyeramkan. "Selalunya orang dengar bunyi orang minta tolong kalau lalu dekat bilik tayang ini. Sebab itulah dia ditutup."
Hakikatnya warga sekolah ini sering diganggu oleh bunyian, kerusi digerakkan dan kadang kadang mendengar suara meminta tolong dari sumber yang tidak diketahui
Fang mendekati sekumpulan pelajar yang berkumpul berdekatan dengan pelajar yang baru histeria sebentar tadi.
Pelajar bernama Suzy itu asyik menangis. Badannya diikat supaya tidak berlari ke tidak tentu hala seperti tadi.
Kini Fang bersama rakan baharunya iaitu BoBoiBoy, Gopal, Bobby dan Iwan untuk membongkar misi yang selama ini ditutup oleh pihak sekolah ini.
Iwan memandang ragu ragu ke arah pintu Bilik Tayang 1 itu.
"Pasti ke nak masuk?" Gopal terasa berat kaki ingin masuk ke dalam. Kalaulah Fang tak mahu masuk, mestilah dia orang yang paling gembira.
"Masuk jelah." Gopal terkejut melihat BoBoiBoy, Bobby, Iwan dan Fang telah masuk ke dalam. Tergesa - gesa dia mengekori mereka masuk ke dalam.
Persoalannya.
"Sekolah ini lagi menakutkan dari apa yang kau nampak" Fang terkedu mendengar jawapan Suzy.
Mampukah...
Fang memandang empat orang sahabatnya dengan semangat berkobar - kobar. "Siapa nak bantu aku membongkar rahsia sekolah ni?"
Mereka Berjaya?
"Kau kena tahu risikonya kalau kau buat benda tu" Cikgu Rudy meninggalkan Fang di dalam pejabat itu. Fang mengetap bibir, memikirkan 'nasihat' Cikgu Rudy itu.
Selamat Datang
Ke Asrama Rintis
Apa yang kau sedang lihat
Ianya bukan
Perkara sebenar
YOU ARE READING
Misteri Asrama Rintis (BBBxEA)
Mystère / ThrillerMISTERI ASRAMA RINTIS ----------------------------------- BoBoiBoy X Ejen Ali Book 1: Misteri Asrama M.A.T.A ... "Asrama Rintis?" Ali berkerut dahi memandang nama sekolah yang terpapar di hadapan sekolah lamanya. "Kenapa Asrama Rintis?" ... K...