LELAKI UNTUK DI SEWA
DUNIA sewa? Kelly Adeline ingatkan rumah dan premis sahaja boleh di sewa, rupanya manusia juga boleh di sewa?
Sungguh menakjubkan.
Tak pernah terfikir langsung dalam benak fikiran, bahawa perkara itu akan wujud dalam dunia serba canggih ini.
Eh... Sebab dunia makin canggihlah macam-macam kerja yang berkembang pesat, kan?
Dengar macam tak masuk akal, tapi itulah realitinya yang akan wujud dalam hidup si gadis. Itulah realiti yang akan dia lakukan demi memuaskan hati dan perasaannya sendiri. Kelly Adeline akan masuk ke dalam dunia aneh bersulam pelik.
Rupanya makhluk bernama manusia pun sanggup dibayar untuk melayan manusia lain!
Dahsyat sungguh pemikiran manusia zaman sekarang. Di dalam dunia ini, memang tiada yang luar biasa jika ia sudah menjadi biasa. Tapi tak semestinya menyewa manusia itu seperti melanggan pelacur dan gigolo di lorongan gelap gelita.
Comeon, tak akan pula Kelly Adeline nak serahkan dirinya dekat ramai lelaki,kan? Dia juga tahu dekat mana letaknya maruah seorang perempuan. Dia bukanlah perempuan murahan yang sanggup nak serah diri dekat mana-mana lelaki dengan mudah. Tambahan pula lelaki itu hanya lelaki yang akan dibayar untuk menjalankan agenda dan misi utamanya.
Di dalam dunia realiti yang memiliki berbilion manusia, perkara yang mustahil itu sebenarnya boleh menjadi kenyataan. Kadangkala di dalam sebuah kehidupan, keadaan yang memaksa seseorang itu untuk buat sesuatu perkara yang mereka sendiri tak pernah nak jangka.
"Betul ke apa yang aku buat ini Peggie? Kau tak rasa aku ni terdesak sangat ke? Engkau tak rasa ke yang aku ini akan membazirkan wang ke arah tak pasti? Sewa manusia ni harga beribu kut."
Kelly Adeline mengembung pipi. Dia masih ragu-ragu dengan apa yang ingin dilakukan. Makin lama, tangannya terasa membeku kerana perasaan gundah menindih diri. Bagaikan ada magnet yang menghalang dia untuk meneruskan perancangan bersama Peggie. Dia rasa tak sanggup pula nak melibatkan diri dengan perkara yang aneh-aneh.
"Kita dah sampai sini, kan? Kita dah duduk dekat table ni dah pun. Jadinya engkau perlu teruskan tekad untuk gunakan perkhidmatan tu," tutur Peggie masih beria-ia.
Kelly yang dicurangi tapi dia pula yang rasa sakit hati. Sanggup dia meminta Kelly Adeline agar menggunakan khidmat sewaan lelaki di sebuah kelab malam.
Tujuan Kelly ingin menjalankan misi itu hanya semata-mata ingin membalas dendam atas perbuatan Zoey, kononnya. Sedangkan mereka sendiri tidak tahu sama ada lelaki itu benar-benar curang ataupun tidak.
Perempuan ... memang suka sangat berfikir secara berlebihan. Perkara tak pasti pun dianggap pasti.
"Aku tak mahu jadi macam engkau tau? Sewa mamat dalam kelab ni untuk jadi teman lelaki upahan, sekali dia dah jadi suami atas permintaan Uncle Joe dan Auntie Wai Ling," omel Kelly Adeline sambil biji matanya bundar merenung wajah si kawan. Automatik Peggie tersimpuh senyum. Terasa lucu pula bila teringatkan kenangan lalu.
YOU ARE READING
LELAKI UNTUK DI SEWA
RomanceAKU TAK SANGKA AKU SAMPAI KE TAHAP MENYEWA SEORANG LELAKI! Kelly Adeline... Seorang gadis yang meragui cinta kekasih hatinya, Zoey. Dia percaya yang teman lelakinya semakin menjauh darinya. Dia menggunakan khidmat yang ditawarkan oleh rakannya Pe...