LUDS- 2

170 14 3
                                    

ENGKAU tolong jaga Mak Yam baik-baik. Kalau dia meroyan dekat kelab tu, susahlah hidup aku. Kita nak cari makan untuk sara hidup, jadinya kenalah fokus dalam bekerja. Aku tak mahulah asyik curi tulang semata-mata nak kena hadap kerenah Mak Yam.”

Tonny Alvin memberi arahan kepada orang upahan majikannya untuk menjaga wanita yang sentiasa berada di bawah jagaan mereka.

Wanita itu sering mengganggu pekerjaan mereka. Dia sering mendatangkan masalah. Jadinya mereka perlu menjaga Mak Yam sebaik mungkin.

“Perempuan dekat kelab tu yang over sangat. Kalau dia tak bising-bising dekat dalam, mesti Mak Yam tak mengamuk macam tadi. Kalau dia berbincang cara damai, mesti benda ni tak jadi isu besar. Muka je cantik, tapi perangai dia tu macam mak iblis! Bencinya aku kalau berhadapan dengan manusia macam itu. Tak berhati perut langsung!” tempelak si jejaka. Dia juga geram melihat tingkah laku gadis yang sibuk menjerit sehingga mengganggu ketenteraman orang lain.

"Manusia ni ada bermacam perangai. Kalau aku jadi perempuan tu pun, aku akan marah sebab beg aku dah rosak." Tonny Alvin masih berfikiran positif. Dia tidak mahu berkata yang buruk-buruk.

“Setakat tertumpah air, cucilah balik.” Suara itu kedengaran meleret. Tonny Alvin mengecilkan biji mata tanda protes.

“Engkau ingatkan beg dia tu macam beg sekolah ke boleh di cuci dengan sabun?” Tonny Alvin sudah menjeling dari hujung mata.

Kalaulah Blanco tak ikut cakap Mak Yam untuk masuk ke dalam Pirrates Club, sudah tentu mereka tidak menanggung kerugian semata-mata mahu mengganti beg seorang klien berperangai gila.

“Alahai, nampak gaya macam orang kaya aje. Kalau satu beg rosak, boleh aje pakai beg lain.”

Blanco masih nak menyalahkan orang lain di atas kesalahan sendiri.

“Kalau dah salah, jangan cari salah orang lain boleh tak? Kalau engkau pandai jaga Mak Yam, mesti dia takkan buat kecoh macam tadi,” tutur Tonny Alvin tegas.

“Masalahnya Mak Yam dah menjerit-jerit macam orang gila. Sebab itulah aku biarkan saja dia masuk ke dalam. Dia asyik meroyan nama Adlan saja. Pening kepala aku,” jelas Blanco lagi masih mahu membela diri. Dahinya berkerut tebal. Tangannya pula mula menggaru sisi kepala.

“Engkau dah biasa dah pun melayan kerenah dia tu. Tak akanlah bila dia menangis pun engkau tak reti nak kawal?”

Tonny gigit bibir bahagian bawah. Dia melepaskan perasaan sebalnya di hadapan Blanco.

“Kenapalah aku juga yang kena jaga Mak Yam? Rasanya lagi seronok kut jadi macam engkau. Boleh melayan perempuan setiap hari, tak ada nak kena layan orang gila macam dia.”

Blanco mengeluh lagi. Makin lama dia merasa terbeban melayan Mak Yam. Makin lama hidupnya rasa tak bebas untuk melakukan perkara yang dia sukai.

“Engkau tu orang islam, kan? Engkau bacalah bacaan apa-apa untuk tenangkan Mak Yam. Aku pernah dengar satu ayat dalam sebuah video ni, yang orang islam ni selalu amalkan ayat kursi untuk elak musibah. Jadinya engkau bacalah ayat tu. Mana tahu Mak Yam tu boleh bertenang.”

Tonny Alvin memberi cadangan. Walaupun dia penganut agama kristian, dia banyak mendengar tentang ajaran islam.

“Aku bukan tak mahu baca, tapi aku ini bacaan Al-Fatihah pun tak lepas.” Blanco menggaru sisi kepala sambil bibir mengherot senyuman tawar. Malu rasanya bila dia kata begitu.

“Al-Fatihah? Apa tu?” soal Tonny Alvin ingin tahu.

Pernahlah dia mendengar nama seorang wanita yang di panggil Fatihah. Tapi dia tidak tahu yang Al-Fatihah itu sejenis bacaan.

"Al-Fatihah tu surah lazim. Kalau aku nak terangkan pun bukannya kau faham," jelas rakannya lagi. Nak beritahu Tonny tentang surah itu pun, dia juga sejenis manusia yang jahil.

Rasa malu sendiri pula bila dia yang di lahirkan islam tidak mampu menerangkan tentang surah yang terkandung dalam Al-Quran.

"Al-fatihah tu macam mantera ke?" Tonny Alvin rasa beria pula ingin tahu.

“Aku gerak dululah. Nanti Mak Yam kesayangan kau tu meroyan lagi.” Blanco membiarkan persoalan itu berlalu bagaikan angin. Susah ingin dia jelaskan tentang hal itu.

Sorry bro, aku takut nak jawab soalan engkau. Orang jahil macam aku ini tak ada jawapan untuk soalan itu.

TONNY ALVIN melepaskan asap vape berperisa kiwi. Berkepul-kepul asap yang dilepaskan. Suasana kelab yang riuh-rendah sering membingitkan telinganya. Mahu tidak mahu, dia perlu juga melayan lagu kelab yang sememangnya tidak kena dengan jiwanya. Mamat jiwang macam dia mana suka layan muzik rancak begini.

Sambil dia menghisap vape, anak matanya leka merenung setiap sudut kelab yang tidak pernah kurang pelanggannya.

Ramai betul anak muda yang menghabiskan masa di tempat begini.

“Alvin, aku ada kerja baru untuk kau.” Sekeping kertas di hulurkan kepadanya seraya lelaki itu duduk bersebelahan dengannya.

“Kerja baru? Kali ini kontrak berapa hari pula ni bro?” pantas tangannya mencapai kertas tersebut. Teliti saja dia merenung setiap isi yang terkandung di dalamnya.

“Kontrak 3 bulan. Kali ini aku tak mahu engkau buat silap macam sebelum ini. Jangan buat pelanggan jatuh cinta dengan engkau lagi. Faham?” Tonny Alvin membulat bibir.

Salahkah dia jika seseorang jatuh hati kepadanya? Tonny hanya menjalankan tugas. Sedikit pun tidak terlintas dalam hati untuk membuatkan seseorang jatuh hati kepadanya.

“Kenapa kontrak langganan kali ni lama sangat? Macam lari dari terma dan syarat kita je?” Tonny Alvin meraup wajah sambil minda sudah berfikir sejenak.

“Dia nak gunakan perkhidmatan ini agak lama. Ada misi yang dia nak buat sepanjang tempoh tiga bulan ini. Jadi, dia memang memerlukan lelaki sewaan setiap hari.” Kening Tonny Alvin sudah bertaut rapat.

Misi apa pula ni?

"Misi pelik apa pula yang dia nak jalankan? Aneh-aneh je pelanggan kita yang kali ini."

Tonny Alvin mengeluh berat. Buat kali pertamanya dia berasa kurang selesa untuk menerima pekerjaan ini.

“Misi dia tu, biar dia sendiri jelaskan dekat kau.” Jackson tepuk bahu Tonny beberapa kali. Dari riak wajah Alvin, dia tahu lelaki itu berat mahu menerima tawaran kali ini.

“Klien yang gunakan perkhidmatan aku selama sepuluh hari pun dah tangkap cinta dengan aku. Engkau rasa, klien tiga bulan ni nanti tak akan tersangkut dengan aku ke?” Jackson melepas tawa bila Tonny sudah ajukan persoalan itu depannya.

“Susah jadi orang handsome ni. Cepat je perempuan jatuh cinta.” Usik Jackson. Alvin menjeling tajam kepada Jackson.

Eeh, kenakan orang pula.

Kalaulah dia boleh menolak tawaran ini, dengan sepantas kilat Tonny Alvin akan menolak. Tapi sayangnya, dia tidak boleh menolak pekerjaan itu kerana dia masih terikat dengan kontrak Pirrates Club selama tiga tahun. Ianya sudah termaktub di dalam kontrak kerjanya, setahun yang lalu.

“Klien kali ni kawan bini aku. Dia tu nak sewa lelaki upahan sebab nak bagi boyfriend dia cemburu. So, aku yakin dia tak akan terfall in love dengan kau.” Seratus peratus keyakinan Jackson.

Tonny Alvin membulat mata. Mungkin itulah misi utama kliennya itu. Pergh, kerja gila ni.

Tahulah kawan bini dia, tapi janganlah terima kalau hal tu boleh meruntuhkan hubungan orang lain.

"Eh, jangan buat hal bro. Aku tak mahu ganggu hubungan percintaan orang.” Cantas Tonny Alvin. Laju kepala menggeleng.

“nak tak nak, kau kena terima kerja ni bro. Kau fahamkan kenapa?” mendengarkan persoalan berbaur ugutan halus dari Jackson, dia hanya menjeling dari hujung mata.

Lecehlah kalau hidup terikat dengan orang ni.

LELAKI UNTUK DI SEWAWhere stories live. Discover now