"SEBELUM engkau lelapkan mata, apa kata kita main tilik-tilik nasib nak tak? Aku ada bawa banyak kad tilik untuk kau ni."
Setiap kali dia tidur di rumah Peggie, pasti rakannya itu mempelawa dia untuk menarik satu kad menilik nasib. Teringin sangat agaknya nak jadi peramal nasib.
"Tak habis-habis dengan kad engkau ni. Aku dah malas nak tilik nasib. Cukuplah beg aku dah rosak hari ini, aku tak mahu malang lain pula yang menimpa."
Kelly menjulingkan matanya ke atas. Tanda protes.
"Kali ini aku yakin yang nasib kau jadi lebih baik. Cepatlah tarik satu kad," sambung Peggie masih mahu meyakinkan Kelly Adeline.
"Ramalan yang dibuat dalam kad ni biasanya sangat umum dan dapat ditujukan kepada sesiapa je. Jadinya aku ni malas nak percaya ramalan umum macam ini," balas Kelly nada meleret.
"Tarik satu kad aje. Jomlah..." masih lagi memaksa. Peggie berharap agar Kelly menarik sekeping kad sahaja.
"Malaslah, aku tak percaya dengan ramalan secara rawak ni. Dahlah, esok sambung bual eh? Aku dah penat sangat ni."
Kelly tarik selimut seraya matanya mula dipejam perlahan.
"Aku tak mengantuk lagi ni, Kelly. Jomlah teman aku sampai mata aku terpejam ke alam mimpi."
Peggie menarik selimut yang sudah menyelubungi diri rakannya.
"Aku perlukan rehat yang cukuplah Peggie. Engkau janganlah ganggu aku untuk malam ni. Besok aku nak dating dengan Zoey waktu pagi. Kalau aku tidur kurang dari 5 jam, tak bermaya pula aku nak jumpa kesayangan aku tu," beritahu Kelly Adeline. Bila berceritakan hal Zoey, ceria saja nada suaranya.
Sudah hampir sebulan mereka tidak bertemu, jadinya dia rasa teruja mahu bersua si jejaka.
"Nak jumpa Zoey waktu pagi? Eh, bukan ke tadi dia ada update status yang dia ke Indonesia jam 10 malam tadi?"
Kelly tersentak bila Peggie kata begitu.
Membulat bibir Kelly dibuatnya. Hatinya bagai terhempas kuat ke dinding. Sakit. Dia mula telan liur yang terasa kesat. Sepantas kilat, Kelly Adeline membuka aplikasi Facebook.
Beberapa detik kemudian, matanya mula berkaca.
"Yalah, dia akan ke sana. Tapi dia dah janji nak keluar dengan aku! kenapa last minute dia ke luar negara?"
Bingo.
DARI semalam lagi Kelly tidak berpuas hati dengan Zoey. Berkali-kali dia membuat panggilan, tapi satu pun tidak berangkat. Berpuluh mesej yang dia hantar langsung tidak di baca.
Mengapa lelaki itu sering mempermainkan hati dan perasaannya?
Tidakkah lelaki itu perasan yang Kelly Adeline mencintai sepenuh hati. Hari demi hari, dia dapat merasakan hubungan mereka semakin menjauh.
Kenapa lelaki itu pergi ke Indonesia tanpa memberitahunya terlebih dahulu? Bukankah Zoey sudah berjanji yang dia akan sentiasa memberi informasi kepada Kelly jika mahu pergi ke mana saja, walaupun untuk bekerja.
"Sudahlah tu, sampai bila engkau nak menangis? Dari pagi sampai ke petang engkau menangis aje. Jomlah makan, Jackson ada belikan Pizza untuk kita."
Peggie mengusap lembut bahu si kawan yang sudah duduk melutut. Jackson yang duduk di meja makan hanya berdiam diri. Tidak tahu mahu menyuarakan pendapatnya tentang Zoey.
Mereka sudah hafal sangat perangai meroyan Kelly Adeline. Kalau si gadis sudah memikirkan hal Zoey, semua benda menjadi serba tak kena. Dia sanggup tak makan seharian kerana sibuk memikirkan hal manusia yang sering mengabaikannya.
YOU ARE READING
LELAKI UNTUK DI SEWA
RomanceAKU TAK SANGKA AKU SAMPAI KE TAHAP MENYEWA SEORANG LELAKI! Kelly Adeline... Seorang gadis yang meragui cinta kekasih hatinya, Zoey. Dia percaya yang teman lelakinya semakin menjauh darinya. Dia menggunakan khidmat yang ditawarkan oleh rakannya Pe...