LUDS- 4

156 16 3
                                    

FUH! Lega rasanya dapat melarikan diri dari Kelly Adeline. Lega bila dunianya kosong tanpa memikirkan dunia bersama si gadis.

Dunia sentiasa merasa tenang tanpa Kelly di sisi.

Zoey memandang langit biru Jakarta. Tenang rasanya bila dia dapat bersendirian tanpa gangguan sesiapa kecuali insan yang teristimewa.

Lelaki itu sudah bertekad yang dia tidak akan berhubung dengan sesiapa saja di alam maya. Zoey tidak mahu sesiapa tahu aktivitinya selama sebulan. Cukuplah ahli keluarganya saja yang tahu mengapa dia berada di sini.

“Dear, you fikir hal apa ni? Asyik pandang ke langit. Jomlah kita berehat dekat dalam dulu.” Seseorang merangkul tubuhnya yang berdiri di bahagian balkoni. Tersenyum indah Zoey bila wajah itu tersenyum manis di hadapannya.

Cantik baju Hello Kitty yang tersarung di tubuh wanita itu.

“Penatnya berlari-lari dekat pantai tadi, kan? Tapi penat I jadi hilang bila I pandang wajah you, Shinee.”

Wajah itu diraup lembut. Anak mata yang membuatkan dia ternoda terus dipandang sambil tangan mula meliar ke pinggang. Perlahan-lahan hidungnya menyinggah ke bahagian kepala Shinee. Dia mahu menghidu bauan wangi yang mampu mengindahkan perasaannya.

“Penat I pun hilang bila I pandang you. Thank you for everything. I rasa terharu sangat bila you bawa I melancong ke sini.”

Shinee sandarkan kepalanya ke bahagian dada Zoey. Semakin ternoda lelaki itu bila melihat kemanjaan Shinee.

“Ikutkan hati, I nak bawa you berjalan-jalan ke Europe tau? Tapi disebabkan you memilih untuk ke tempat ini, I tunaikan saja permintaan you, sayang.”

Zoey suka cara Shinee berbelanja. Wanita itu sentiasa berfikir panjang untuk membelanjakan wang yang dia ada.

Sepanjang perkenalan mereka, tidak pernah lagi kepala Zoey berserabut untuk memikirkan perbelanjaan yang perlu dia habiskan bila mereka luangkan masa bersama.

“You tak takut ke kalau Kelly tahu tentang hubungan kita berdua?” Zoey tarik nafas sedalamnya. Dia terdiam seketika.

Lelaki itu cuba menyusun bicara kata saat nama itu membuatkan emosinya terganggu.

“You tak perlu risaukan dia. Dekat sini kita luangkan masa bersama sepuas-puasnya. Seluruh jiwa I akan jadi milik you sepanjang masa kita berada di sini. Sampai aje di Malaysia, baru kita jalankan hidup seperti biasa macam selalu, ya? I harap you faham kenapa I bersungguh sangat tak mahu putuskan hubungan kami walaupun dia asyik habiskan duit I saja.”

Shinee mencemik bibir. Susahnya hidup jika perlu merahsiakan hubungan istimewa bersama seseorang.

“Sampai bila you nak badutkan diri you dengan Kelly. Sampai bila you perlu hidup terikat macam ini? I takut keadaan akan jadi semakin parah bila dia dapat tahu yang you...” Shinee mula menunduk wajah. Keraguan mula menguasai diri.

Bicara katanya mati di pertengahan.

“Kita datang sini untuk tenangkan diri. You tak payah bebankan minda you untuk fikirkan masalah orang lain boleh tak?” beberapa saat, bola matanya terhala tepat ke dalam mata Shinee yang fokus memerhati. Perasan hati Zoey semakin rimas bila memikirkan hal Kelly.

“I bukan fikirkan masalah orang lain, I cuma fikirkan masalah yang akan berlaku kalau kita berdua terserempak dengan dia,” tutur Shinee nada perlahan. Dia pejamkan mata buat seketika. Riak wajah Zoey sudah bertukar 360 darjah. Masam mencuka.

Macam mana Shinee nak kosongkan mindanya jika hati masih tidak tenang.

“Kita fikirkan hal yang merumitkan tu bila berada dekat Malaysia boleh tak? Sekarang ini kita tenangkan diri sambil nikmati cinta yang indah ni.” Meleret nada suara Zoey. Dia rasa tidak selesa bila isu ini hangat dibangkitkan.

“I tak mahu biarkan orang lain menderita atas kebahagiaan kita. I ni perempuan, mestilah I risau. I yakin yang dia sayangkan you sangat-sangat. Kalau dia dapat tahu tentang hubungan ni, habis kita nanti.” Ujarnya perlahan tetapi tegas. Kemudian, tapak tangan Shinee menyentuh lembut pipi si jejaka.

Dear, hati I ini hanya ada untuk you saja. Perempuan macam Kelly tu langsung tak layak untuk jadi pasangan hidup I. Perempuan mata duitan dan terlalu pentingkan kemewahan macam dia tu, tak layak pun untuk I. Apa guna berkasih dengan manusia yang gilakan harta. I kalau boleh, nak cari perempuan yang akan ada dengan I bila I susah dan senang. Sebab I tahu, tak selama-lamanya I di atas.” Perlahan-lahan tapak tangan itu dielus lembut sambil dia letakkan di bahagian dada. Wajah bujur sirih itu kelihatan mendung.

“Dia terlalu cantik kalau nak dibandingkan dengan I yang tak cantik ni. Kenapa you pilih I lebih dari dia? Dia tu setaraf dengan lelaki macam you. I ini hanya kuli saja.” Air mata Shinee laju menitis. Bila terbayangkan wajah Kelly Adeline yang persis model itu, dia tahu di mana tarafnya yang sebenar.

Mungkin taraf aku bawah tapak kaki dia saja.

“I pilih you lebih dari perempuan tu, sebab hati I ni yang suruh pilih you. Hati I kata, perempuan cantik dan tak gila harta macam you ni limited edition.” Pujian Zoey membuatkan Shinee merona merah. Bercahaya terus muka Shinee bila Zoey kata begitu. Nada suara romantik itu menbuatkan hatinya berbunga indah.

“Kalau you ikhlas sayangkan I, mesti you perlu berkorban untuk cinta kita, kan?”

Shinee menyoal inginkan kepastian.

Dia mahu tahu, sejauh mana Zoey akan berkorban untuk cinta mereka.

“Korbankan cinta kita? Maksud you?” Zoey bertanya nada perlahan. Dia merasa hairan bila Shinee kata begitu.

“Beritahu Kelly yang kita ni husband and wife. Beritahu dia secepat mungkin. Tak akanlah nak tunggu I dah pregnant, baru you nak beritahu dia tentang kita berdua.”

Berat! Dia tak akan faham.

ZOEY ketap bibir. Ingatkan bila berada di bumi Jakarta, jiwanya aman sahaja. Rupanya tidak! Shinee asyik nak mendesak bila menyebut hal Kelly. Tak faham sungguhlah dengan perempuan ni.

Zoey sudah membuktikan kasih sayang, masih lagi Shinee meragui. Asap rokok dilepaskan ke udara. Matanya merenung tajam kolam di depan mata. Kalaulah Kelly Adeline di depan mata, sudah lama dia lemaskan gadis itu.

Kehadiran dia menyusahkan aku. Kalau bukan disebabkan papa, dia tak akan tunjuk perangai terdesak nak dapatkan gadis itu.

100 ekar tanah bukan murah harganya. Syarikat perkapalan peninggalan keluarga gadis itu juga bukan calang-calang.  Jika dia berusaha keras memperisterikan Kelly Adeline dan terus yakinkan gadis itu dengan kemewahan dan kecintaannya, tanah itu akan menjadi miliknya.


“Boss …” satu suara mematikan lamunan Zoey. Segera kepala ditoleh memandang belakang. Orang suruhan bernama Drogba diperhati. Kening diangkat, memberi isyarat ‘kenapa’.

“Kitorang dapat tahu yang perempuan tu nak buat liputan kat Indonesia. Tak tahulah apa muslihat dia.” Drogba memberi informasi. Tangan memeluk tubuh.

“Aduh, betina tu memang tak reti tengok aku senang.” Tangan menepuk dahi. Dalam banyak-banyak tempat, dekat sini juga betina tu nak merempat!

“Kelly ikut dia sekali tak? Aku nak kau awasi kawasan rumah betina tu. Pastikan kamera yang kau pasang tu sentiasa aktif. Kawal perjalanan betina tu. Kalau dia sampai sini, tahulah aku nak buat apa dengan dia.”

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 14 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LELAKI UNTUK DI SEWAWhere stories live. Discover now