MEGAT DANIEL tersedar dari lena panjangnya bila terasa ada sesuatu bermain-main di wajah.
"Morning handsome..." bisik satu suara buat Daniel perlahan-lahn buka matanya yang masih terasa kelat. Matanya terus jatuh pada senyuman Amanda yang sangat manis. Manalah dia tak gila bayang. Mimpinya tadi juga adalah Amanda.
"Good morning, beautiful sunshine" leher Amanda ditarik mendekatinya dan satu ciuman ringkas diberikan dipipi itu.
"I nak balik, Gina mesti risaukan I. Dah lah malam tadi I tak bagitahu dia I tak balik,"
Daniel mengeluh kecil. Mata dipejam dan muka diraup menyerlahkan abdomennye yang terdedah. "Call je lah dia. I tak puas lagi dengan you." pintanya.
"Tak boleh. Phone I habis bateri, lagipun I nak kemas barang. Nanti kan kita nak keluar so I takut tak sempat," ujar Amanda seraya menyelak anak rambut Daniel yang menutup sebahagian dahi lelaki itu.
"Stay a little bit more, babe" lengannya kanannya yang memeluk tubuh ramping Amanda dieratkan menahan gadis itu dari pergi. Sungguh dia tidak bersedia melepaskan kehangatan tubuh Amanda yang menemani dia saban malam.
"Hey, nanti kan kita nak jumpa lagi"
Lengan Daniel dialihkan dan dia bangkit dari katil itu. Sambil memandang Daniel, beg tangannya didekati dan getah rambut diambil sebelum rambutnya diikat.
"Fine. Be ready by 4"
Amanda menunjukkan simbol okey sebelum mengenyitkan mata dan beredar. Masuk sahaja ke biliknya, Gina terus menyapa dia dengan wajah serius.
"Where have you been dumbass?!"
Amanda tersenyum kecil. Tahu apa yang akan dikatakan Gina selepas dia memberi tahu kemana dia sepanjang malam.
"Dengan Daniel," sambil menjawab dia melangkah masuk seakan tiada apa yang berlaku.
"You betul-betul dengan dia semalam? For the entire night?"
Amanda mengangguk malas. Tubuhnya dihempaskan ke atas sofa dan mata dipejam.
"I ingat you benci dia, Amanda." Tangannya disilangkan ke dada.
"Dan siapa cakap I suka dia, Gina?" Balas Amanda dengan nada yang sama. Ada senyuman sinis dibibirnya.
"Jadi? You buat ape kat bilik dia sepanjang malam? You spend time dengan dia. Did you slee...?"
Dengan tenang Amanda menggelengkan kepala.
"I tak segila tu Gina. You betul-betul fikir yang I akan pergi sejauh tu hanya untuk balas dendam? No way." Dia tak adalah sampai nak korbankan tubuhnya kerana dendam. Daniel masih lelaki yang dia benci dan tiduri lelaki itu agak melampau."But still... Jangan sampai you termakan balik kata-kata you dulu Amanda." Pesan Gina memberi amaran. Bukan apa, bila waktu pun boleh selesa terluang bersama seperti tiada apa tak mustahil rasa benci pun boleh bertukar suka dengan keselesaan itu. Perasaan tiada siapa boleh kawal. Tidak dia. Tidak Amanda.
"Gina, a little make out won't hurt right? It's part of the revenge. Kalau I nak berjaya, I need to sacrifice a little bit," balas Amanda. Baginya tak ada masalah pun dengan apa yang dia buat malam tadi, asalkan dia tahu tujuan dia lakukan semua itu. Percayalah, tiada apa dan tiada siapa boleh ubah apa yang dia dah rancangkan selama bertahun-tahun.
"You never know what's coming after your sacrifice..."
"Gina, apa you mengarut ni? You tahu apa motif I untuk semua yang I buat ni. Semua yang ada dalam fikiran you tu tak akan terjadi okay. You tahu macam mana benci dekat dia kan? Benci ni dah terlalu banyak untuk I jatuh cinta dengan lelaki tu. Apa pun yang berlaku, I tak akan jatuh pada dia, Gina." Jawab Amanda serius. Tak gemar dengan andaian Gina.

ANDA SEDANG MEMBACA
Book 4 : Seduction
RomanceMegat Daniel | Amanda Vierra Ya, hidup lelaki itu sempurna. Lahir dalam kemewahan, hidup sempurna bersama keluarga yang bahagia dan lengkap. Paras rupa yang menawan dan tentunya dapat menarik hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Dia punya segalanya...