KELLY Adeline merenung wajah lelaki bermata sepet itu dalam tangisan. Matanya mula bersinar garang seperti mahu menerkam mangsa yang membuat onar. Dia tidak sangka kepercayaan yang terpahat di hati, rupanya telah pun dikhianati sejak awal pertemuan lagi.
"Selangkah you pergi, I tak akan pernah berpatah balik. Selangkah you pergi, hati I bukan milik you lagi."
Seketika, lelaki itu terkelu mendengarkan kata-kata penegasan terhambur keluar dari bibir si gadis. Langkah terhenti, tubuh dipusing kembali menghadap Kelly Adeline."Kenapa you nak ugut I macam itu? Kenapa you tak izinkan je hati you tu berputik untuk I buat selamanya?" Lelaki itu sengaja buat ayat menduga. Ayat sinis tak berperasaan.
Pang...
Tamparan wanita hinggap di wajah si jejaka. Tangan Kelly Adeline yang tadinya di tahan agar tidak mengayun penampar, akhirnya terlepas juga.
Engkau dah sakitkan hati aku yang paling dalam. Engkau dah musnahkan segalanya.
"You nak suruh I simpan hati ni untuk you? Kalau you pun tak sudi untuk terima I masuk ke dalam hidup you, sejuta kali I rela pergi. Tergamak you buat I macam ini, kan? Tergamak you musnahkan kepercayaan I terhadap you!" perasaan sebu meluru-luru masuk ke dalam sukma. Suaranya bernada sayup. Lelaki itu pula masih tayang ego, tak rasa bersalah.
Apa yang dia dapat bila dapat permainkan hati seorang perempuan yang ikhlas mencintai?Argh, dia kejam.
"Kenapa you mudah sangat percayakan I? Tempoh 3 bulan tu terlalu singkat untuk buatkan I jatuh cinta dengan you. You cakap I ni gay, kan? Jadi I saja nak membuktikan I ni tak gay. Sebab itulah I kata yang I cintakan you, Kelly Adeline." Tawa yang dibuat-buat, lelaki itu lepaskan depan si gadis.
Rapuh sungguh hatinya melihat permainan yang memakan diri. Dia benar-benar terkilan akan semua ini."I percayakan you lepas you dah luahkan perasaan you dekat I tau? Rupanya semua tu palsu!" lemah saja nada suaranya.
"Hurm, tak sangka pula yang you ni mudah sangat serahkan jiwa dan raga you untuk I? Hurm, murah sangat you ni. Patutlah boyfriend you tinggalkan you. Mesti dia pun anggap you ni jenis pakai buang aje. Hahaha," sambung lelaki itu lagi.
"You jangan cakap macam I ni pelacur eh? You jangan nak anggap I ni terlalu murah sampai you nak rendahkan maruah I!" tangannya sekali lagi mahu mengayun penampar, tetapi segera di tepis.
"Siapa yang nak pandang perempuan angkuh macam you? Dekat rumah you ada cermin, kan? Apa kata you nilai diri you sendiri. Layak ke perempuan macam you ni hidup dengan lelaki macam I?" Remuk. Hancur. Lebur. Perasaan itu kian menular dalam diri Kelly Adeline. Dia tidak pernah rasa sekecewa ini.
Maruah bagaikan dipijak lumat.Walaupun begitu, Kelly Adeline tidak mahu berputus asa. Lelaki itu tidak boleh dilepaskan begitu saja.
"Janganlah buat I macam ini. Pertemuan kita ni dah banyak mengajar I erti kehidupan, jadi I tak mahu lelaki macam you tinggalkan I." Laju tubuh si jejaka di peluk erat. Kelly tidak mahu melepaskan orang yang dia sayangi begitu saja.
Kalau aku dah sayang, aku akan sayang sampai mati!
"Jangan jadi perempuan tak bermaruah boleh tak? Tolong jangan nak peluk lelaki sesuka hati." kata-kata itu membuatkan darah mula tersirap di wajah.
Kejamnya dia!
Selama ini dia juga yang beria-ia sayangkan aku.
"Lelaki semua sama, kan? Bila nak dia datang, bila dah tak mahu dia pergi!" Teresak-esak Kelly Adeline menangis. Tubuh lelaki itu di pukul sekuat hati namun si jejaka hanya tayang wajah biasa. Senyumannya puas.
"You yang cari I, kan? Bukannya I yang cari you. I tak sangka perempuan angkuh dan kononnya jual mahal sangat macam you pun boleh jatuh hati dengan I. Hebatnya I ni, kan?" bisikkan suara itu ke cuping telinga Kelly membuatkan hatinya semakin sakit.
Engkau bodoh Kelly! Engkau bodoh sebab terlalu percayakan dia.
"Selama 3 bulan kita luangkan masa bersama, tak akan you langsung tak rasa I ni perempuan yang teristimewa untuk you?" Lelaki itu masih menggeleng dalam senyuman puas.
"Perempuan macam engkau ni bersepah dekat Kuala Lumpur ni. Aku tak akan mudah tergoda dengan engkau." dia lepaskan tawa yang sengaja di buat-buat. Makin pedih hati Kelly dibuatnya.
Separuh jiwanya bagaikan hilang bila hinaan dilemparkan bertubi-tubi.Teruk sangatkah aku ni sampai dia pun tak mampu nak terima cinta aku?
YOU ARE READING
LELAKI UNTUK DI SEWA
RomanceAKU TAK SANGKA AKU SAMPAI KE TAHAP MENYEWA SEORANG LELAKI! Kelly Adeline... Seorang gadis yang meragui cinta kekasih hatinya, Zoey. Dia percaya yang teman lelakinya semakin menjauh darinya. Dia menggunakan khidmat yang ditawarkan oleh rakannya Pe...