【𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝】
"𝘐𝘴 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘵𝘩𝘦 𝘦𝘯𝘥 𝘰𝘧 𝘰𝘶𝘳 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺?"
...
kisah cinta kita penuh dengan tangisan.
Dan itu semua salah aku. Engkau tidak jahat, sayang. Aku yang jahat. Aku yang gagal menggenggam janji kita.
maafkan aku...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
• ending story | two •
2nd jan 2020; tarikh di mana aku mengalami kemurungan teruk.
mata aku sembab setelah hampir 2 hari tidak berhenti menangis. Jujur aku katakan, aku sakit.
Baru sekarang aku faham perasan manusia yang bergelar perempuan di luar sana. Iya, aku masih tidak boleh terima kenyataan bahawa kau membuat perkara sedemikian.
Kau kotor! Tidak, aku tidak mahu dekati kau lagi!
"Awak... Saya minta maaf. Saya sedar semua salah saya. Maafkan saya."
"Tolong... Tolong buka pintu, wak"
Seperti semalam, hari ini kau sekali lagi bertandang ke rumahku. Suara kau jelas kedengaran sedang memohon beribu kemaafan.
Aku memerhati segala gerak-geri kau dari tingkat atas. Wajah kau tampak begitu lesu sekali. Seolah-olah tidak makan sehari.
Tetapi itu semua aku tidak kisah lagi.
Semua kerisauan yang pernah aku tujukan selama ini tiada lagi terhias pada pandangan. Apa yang aku rasa sekarang ini hanyalah penyesalan, kemarahan dan kesedihan.
teruk kan aku?
Dan siapa sangka, pada hari itu aku jatuh pengsan.
Benda terakhir yang aku dapat tangkap hanyalah suara kau yang masih memohon maaf serta suara garau seseorang datang menyahut namaku.
"Yah!"
"itu semua salah aku! Tak. Kau tak teruk, sayang."