ending story | five
8th Feb 2020; ubat, ubat, ubat!
Saban hari, kau tidak lagi kelihatan bertandang di hadapan rumah aku memohon kemaafan.
Memandangkan cuti semester sudah tamat, mesti kau sedang sibuk dengan kelas, kan?
Hari ini sekali lagi aku dipaksa oleh ibu untuk menelan ubat. Aku muak apabila hari-hari dipaksa makan ubat yang serba pahit. Rasa nak muntah pun ada.
Aku tak suka makan ubat. Ubat tak sedap!
Aku mula dipaksa makan ubat sejak aku disahkan mengalami kemurungan sebulan yang lalu. Semuanya gara-gara engkau! Kau suka tengok aku sakit, kan?
Hari ini juga aku meminta seseorang untuk berjumpa dengan kau. Walau sebesar mana pun benci aku terhadap kau, rindu aku terlalu membuak-buak.
Harapan kekal harapan. Kau tahu tidak apa yang dia balas?
Dia melenting tidak tentu arah saat aku merayu-rayu untuk berjumpa dengan kau.
"JANGAN HARAP NAK BERJUMPA DENGAN DIA. KAU LUPA KE APA YANG DIA DAH BUAT DEKAT KAU SEBULAN YANG LEPAS? KAU LUPA KE APA YANG DIA BALAS SETELAH KAU BERTARUNG NYAWA MENCINTAI DIA SEPENUH HATI? DAN SEKARANG, KAU MASIH LAGI NAK BERTEMU DENGAN DIA?"
Dia berdecit.
"BE GENTLE, PLEASE? I WANT YOU TO BE STRONG. BUKTIKAN YANG ENGKAU MAMPU LUPAKAN DIA"
Siapa sangka saat itu aku turut membalas dengan menolak dulang berisi ubat-ubatan yang berada di atas meja bersebelahan aku.
Aku cuma geram. Ketika itu api kemarahan aku sudah mulai menggelegak seperti air yang sedang mendidih. Aku melihat dia seakan terpana dengan tindakan aku pada malam itu.
Aku bukan apa, aku cuma sedih mendengar hakikat aku tidak mampu bertemu kau.
Dalam sejarah hidup aku, itu pertama kali dia bercakap kasar dengan aku. Pada waktu malam, aku menangis teresak-esak.
"maafkan aku kerana tidak mampu berada di sisi kau, sayangku"
...
YOU ARE READING
❛✓❜ ending story: the diary | 김태형
Storie brevi【𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝】 "𝘐𝘴 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘵𝘩𝘦 𝘦𝘯𝘥 𝘰𝘧 𝘰𝘶𝘳 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺?" ... kisah cinta kita penuh dengan tangisan. Dan itu semua salah aku. Engkau tidak jahat, sayang. Aku yang jahat. Aku yang gagal menggenggam janji kita. maafkan aku...