ending story | nine
16th Feb 2020; Sampainya hati awak, sayang? Apa kurangnya saya?
Bermulanya pada hari ini, aku mahu mengubah nasib. Akan aku cari bukti bahawa apa yang berlaku dalam hidup aku sebelum ini adalah mimpi semata-mata.
aku ikut kehendak kau, sayang. Akan aku jadikan hari ini dan hari-hari seterusnya indah seperti dahulu kala. Aku janji itu!
Hari ini, pagi aku bermula dengan senyuman. Aku akan pergi bertemu kau, meminta untuk menerangkan segala-galanya dan kemudian memberi kau peluang kedua.
Iya, hati aku sudah cukup kental untuk hadap semua itu. Aku sudah bersedia!
Tika aku baru sahaja mahu melangkah keluar dari bilik, teknologi serba pintar milikku berdering menandakan ada mesej masuk.
Aku sedar itu bukan daripada kau setelah mengingati peristiwa nombor kau disekat dari kontrak kenalanku. Aku dapati nombor tersebut daripada seseorang yang tidak dikenali. Hati aku kuat menyuruh aku untuk memeriksa walaupun tidak mahu.
Namun, aku sedar tika itu keputusan yang aku ambil adalah salah sama sekali.
Padahnya, aku sendiri yang sakit hati. Buat kali keduanya, hati aku kembali retak seribu. Hancur berderai sudah. Malah, aku terasa hatiku seolah ditusuk menggunakan serpihan kaca.
Sakit sekali.
Telefon pintarku akhirnya jatuh menyembah lantai dek ketaran pada tangan.
Gambar engkau sedang bercumbuan, bermesraan bersama seseorang menjamah pandangan saat kepala aku menunduk ke bawah.
Air mata kembali membasahi pipiku seperti sebelum ini. Jari-jemari yang dikepal menjadi penumbuk, aku bawa ke dada lantas menepuk kecil berkali-kali.
Hampir sahaja aku terjelepok di atas lantai akibat merasakan kaki seakan lemah longlai. Mujur diriku disambut laju oleh seseorang. Suaranya jelas kedengaran seperti risau akan keadaanku.
"Yah!"
Gambar yang menyapa pandangannya, direnung diam sebelum membawaku ke dalam dakapannya. Muka aku disembam pada dada bidangnya demi menghalang daripada terus melihat gambar tersebut.
"tapi, itu semua palsu!"
...
YOU ARE READING
❛✓❜ ending story: the diary | 김태형
Krótkie Opowiadania【𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝】 "𝘐𝘴 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘵𝘩𝘦 𝘦𝘯𝘥 𝘰𝘧 𝘰𝘶𝘳 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺?" ... kisah cinta kita penuh dengan tangisan. Dan itu semua salah aku. Engkau tidak jahat, sayang. Aku yang jahat. Aku yang gagal menggenggam janji kita. maafkan aku...