ending story | epilogue
Hari ini adalah hari istimewa buat kami. Sangat istimewa sekali. Bukan ulangtahun ke-100 hari kami berpasangan. Namun, ianya...
Ting Tong!
Bunyi loceng rumah menarik perhatian aku daripada terus bermonolog. Segala hiasan yang dipegang, aku letak di atas meja sebelum beralih ke arah pintu utama appartment ku.
Tanpa rasa ragu-ragu, aku membuka dedaun pintu dengan penuh teruja. Pada mulanya aku menyangka bahawa itu adalah dia.
Namun, sangkaan aku jauh sekali meleset apabila sosok tubuh badan seseorang yang amat sekali kekasihku benci, kini menjamah mataku.
"hai, sayangku"
"K-kau nak apa?" tergagap-gagap lidah aku mahu berkata.
Satu tapak demi satu tapak aku langkah ke belakang demi menjauhkan diri daripada figura tersebut.
Namun, selangkah aku ke belakang, selangkah diambilnya merapati aku. Dia mengatup rapat dedaun pintu saat berjaya melangkah masuk sepenuhnya.
Tetapi, apakan daya.
Sudah menjadi nasibku saat tubuh belakangku bertemu dengan kaunter dapur yang menghalang aku daripada terus mengundur. Dada aku naik dan turun secara laju apabila dirinya semakin mendekat.
Tika itu diri aku seakan dipukau oleh pandangannya yang begitu menusuk masuk ke dalam iris mataku. Deruan nafasnya lembut menyapa leher jinjang ku.
Dan akhirnya, aku dikawal sepenuhnya oleh si dia sebelum kami berdua berakhir di bawah satu katil sambil bercumbuan. Ciuman tersebut penuh sekali dengan rasa nafsu.
Tepat pada waktu itu, bunyi sebuah kotak yang jatuh di atas lantai membuatkan aktiviti kami terbantut.
Riak wajah kekasihku jelas terpampang di hadapan aku. Dia memandang aku dengan penuh kekecewaan.
Saat itu aku sedar bahawa aku telah melakukan satu kesilapan yang besar. Aku telah mungkiri janji kami berdua.
Dek kerana tidak mahu kehilangan jejak kekasihku, kaki pantas bergerak mengejarnya dari belakang. Semakin jauh aku mengejar, semakin jauh dia berlari sebelum kelibatnya hilang dari radar pemandangan ku.
Sudahlah hari semakin gelap-gelita, bagaimana aku harus mencarinya?
Aku duduk mencangkung kerana kepenatan. Rambut yang sudah sedia kusut, aku kusutkan lagi menggunakan tangan. Perasaan geram serta serba salah mula menyelubungi diri.
Aku kembali berdiri bersama wajah suram. Kepala diangkat memandang ke arah jalan yang serba gelap tanpa sebarang cahaya lampu.
Suara ku lemah sekali menutur ayat, "selamat ulangtahun kelahiran buat kita berdua, sayang"
Itulah hari yang penuh istimewa buat kami berdua di mana tarikh kami dilahirkan pada masa yang sama, namun berlainan tahun.
Kami sepatutnya menyambut hari tersebut pada hari ini, saat ini. Namun, hari tersebut akhirnya dikuburi bersama kesalahan besar aku.
Inilah antara hadiah penuh teruk sekali pernah aku berikan kepadanya sepanjang 3 tahun kami bersama.
Sejurus mengucap bait tersebut, aku berpaling tubuh dan melangkah pergi bersama langkah penuh longlai bak bunga yang kelayuan.
the end.
YOU ARE READING
❛✓❜ ending story: the diary | 김태형
Short Story【𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝】 "𝘐𝘴 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘵𝘩𝘦 𝘦𝘯𝘥 𝘰𝘧 𝘰𝘶𝘳 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺?" ... kisah cinta kita penuh dengan tangisan. Dan itu semua salah aku. Engkau tidak jahat, sayang. Aku yang jahat. Aku yang gagal menggenggam janji kita. maafkan aku...