ending story | one
30th dec 2019; tarikh di mana episod kebahagiaan kita berakhir.
masih terngiang-ngiang lagi dalam benak pemikiran betapa peritnya hatiku pada malam itu, melihat si dia di atas katil bersama seseorang yang amat sekali aku benci sedang berasmara dana.
Malam di mana hatiku rapuh menjadi serpihan kaca.
Malam yang sepatutnya diluangkan bersama, bermesraan, serta menyambut hari kelahiranku yang ke-24 akhirnya hancur lebur begitu sahaja dek adegan kotor tersebut.
Naik ketar tangan aku memandang mereka berdua yang langsung tidak hiraukan kehadiranku. Kek yang setia dipegang, jatuh begitu sahaja bersama titisan air mata.
Aku menangis, menangis dan terusan menangis. Kalah perempuan di luar sana.
Pada malam itu, aku merasakan dunia ini tidak adil.
Aku sayangkan kau separuh gila, tetapi hingga sebegitu sekali engkau balas kepadaku?
Sejak daripada itu, kita tidak pernah bertemu lagi. Bukan kerana kau tidak mencari aku, namun aku sendiri yang melarikan diri.
Mahu berjauhan walau aku rindu separuh mati.
"maafkan aku.
Aku gagal menggenggam janji kita.
Maafkan aku sekali lagi"...
YOU ARE READING
❛✓❜ ending story: the diary | 김태형
Proză scurtă【𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝】 "𝘐𝘴 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘵𝘩𝘦 𝘦𝘯𝘥 𝘰𝘧 𝘰𝘶𝘳 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺?" ... kisah cinta kita penuh dengan tangisan. Dan itu semua salah aku. Engkau tidak jahat, sayang. Aku yang jahat. Aku yang gagal menggenggam janji kita. maafkan aku...