【𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝】
"𝘐𝘴 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘵𝘩𝘦 𝘦𝘯𝘥 𝘰𝘧 𝘰𝘶𝘳 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺?"
...
kisah cinta kita penuh dengan tangisan.
Dan itu semua salah aku. Engkau tidak jahat, sayang. Aku yang jahat. Aku yang gagal menggenggam janji kita.
maafkan aku...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ending story | seven
12th Feb 2020; mana awak?
Sejak kejadian tempoh hari, kau tidak lagi kelihatan di hadapan rumah aku. Pada mulanya, aku bersangka baik bahawa kau mungkin sedang sibuk dengan tugasan kolej. Tetapi, naluri aku kuat mengatakan bukan.
Dan sekarang, aku kerap berfikiran negatif. Aku berfikir mungkin kau sudah mula membenci aku atas perbuatan kejam aku kelmarin. Mesti kau rasa aku tidak guna, kan?
Kalau kau mahu tahu, sedari pagi tadi lagi aku menunggu kehadiran kau tau. Aku kehulu kehilir dari waktu ke waktu semata-mata mahu memeriksa kehadiran kau.
Walau bagaimanapun, batang hidung kau masih lagi tidak kelihatan. Nampaknya engkau sememangnya benci sekali dengan perangai aku.
"heih, datanglah sayang." Ujarku seorang diri.
"andai sahaja kau tahu bahawa aku jatuh sakit pada waktu itu,
agak-agaknya kau akan hiraukan tentang aku atau tidak?"