BAB 1

246 3 3
                                    

Di dalam dewan yang sungguh mewah, berlangsungnya perkahwinan dua beradik ini Alyssa dan Tengku Mukhriz, juga Arissa dan Tengku Khair anak perempuan Dato' Ghazali dan isterinya Tengku Maria.Masing- masing menggunakan tema yang berbeza walaupun berkahwin di dalam dewan yang sama dan pada waktu yang sama. Pasangan Alyssa dan Tengku Mukhriz memilih tema Winter Wedding manakala pasangan Arissa dan Tengku Khair telah memilih tema Lake Swan. 

          " Ya Allah bersyukurnya , alhamdulillah majlis perkahwinan kita habis dengan lancar " kata Alyssa kepada suaminya  dengan ucapan bersyukur kepada Allah.

          " Ya, dan alhamdulillah juga kita telah disahkan suami isteri , cakap pasal suami isteri bila sayang nak panggil saya ' abang' saya kan dah jadi suami sayang " kata Tengku Mukhriz dengan penuh hasrat. 

        "OK, boleh tapi tak ker macam cepat sangat ,............ abang ? " kata Alyssa dengan nada yang tertanya - tanya tetapi apabila panggilan ' abang ' itu disebut dalam nada yang sangat rendah seperti berbisik.

         " Apa dia sayang cakap tadi ...... abang tak dengar. " kata suaminya yang sengaja untuk mendengar suara isterinya yang sungguh merdu memanggil nama manjanya ' abang'. Tanpa berlengah Alyssa pun mengulang semula apa yang disebutnya tadi dan telah menguatkan nada suaranya termasuk panggilan ' abang'. Alyssa mengetahui bahawa suaminya telahpun 'cair ' mendengar  panggilannya yang manja kepada suaminya melalui perlakuan suaminya itu selepas diulangnya apa yang dikatakan sebentar tadi.

         " Arissa, apa awak buat lama sangat dalam bilik tu , suami awak tunggu awak dalam bilik pengantin." panggil  salah seorang rakannya yang tolong Arissa untuk melaksanakan majlis perkahwinannya. Arissa menjerit melepaskan rasa marahnya terhadap keluarganya dan kakaknya . Arissa telah memecahkan beberapa barangan yang ada dalam bilik air untuk melepaskan kemarahannya yang terpendam sepanjang majlis berangsung  semakin marak kemarahannya apabila rakannya itu menegurnya untuk menghadap suaminya di tingkat bawah.

         " Tolonglah , jangan kacau aku , tinggalakan aku sorang aku tak nak dan taakan menghadap sesiapapun sekarang ni so please don't disturbed me ." kata Arissa kepada rakannya yang berada di depan pintu biliknya itu dengan nada yang sangat marah.

         

CINTA PENUH DENGAN DENDAMWhere stories live. Discover now