26

21 0 0
                                    

tak pernah aku
nak menggantikan kau lagi
sebab aku tahu
aku masih belum pulih sepenuhnya
dan dalam diri aku ni
masih lagi ada secebis diri kau
disebabkan itu
aku ambil masa yang lama untuk pergi
dan hingga kini
aku masih tak pergi lagi
malah aku berpatah balik
pada kau

tapi
adakah kau lakukan benda yang sama?
kalau benar kau juga terluka.
tapi
yang cuma aku nampak kini
adalah kau
kau cuba menggantikan aku

yelah,
kau bukan aku.

kau cuba gantikan aku dengan dia?
kau lakukan banyak benda dengan dia
yang kita tak pernah lakukan?

ya,
mungkin dahulunya,
memang aku yang tak pernah cukup.
aku tak pernah cukup untuk kau.

dan untuk itu,aku minta maaf.
walaupun aku tahu,
tak patut untuk aku ungkapkan kata maaf itu.

dahulu,
aku pergi dengan harapan kau datang pujuk aku kembali
kalau memang aku ini bermakna pada kau
tapi rupanya tidak
boleh jadi kemungkinan
aku buat benda yang sama lagi.

dahulu,aku korbankan semua apa ada
untuk dia,
dia yang dah lama jauh pergi tinggalkan kau,lupakan kau sekarang.
tinggal aku yang termangu seperti orang bodoh di sini.

sekarang,apa aku harus lakukan benda yang sama lagi
dan korbankan diri sendiri?

atau
tak mahu ke kalini,
kau jelaskan semuanya
dan tarik aku kembali?

kau kata kau mahu pulang

nota hatiWhere stories live. Discover now