28

34 0 0
                                    

aku pergi dulu,okay?
biar perlahan aku menjauh
cuba untuk tak disedari kau.
aku penat
rasa berat
rasa sesak dengan amarah aku
bila fikirkan tentang apa yang berlaku.

mungkin aku kurang baiknya
aku selalu mengharapkan semua dari kau
tampak seperti aku selalu rasa kita beda
aku yang terlalu banyak permintaannya
mengharapkan kau itu,ini
mungkin itu kurangnya aku.

mungkin nampak seperti aku yang tak terima kau seadanya
tapi aku mahukan semua tu
supaya dapat yang terbaik untuk kita

kau kata aku singgah.
pada kau aku cuma singgah ke?
aku selalu hadir sebab mahukan kau sentiasa,
dalam hidup aku.
aku tak berniat untuk singgah.
aku mahu kau ada sampai bila bila.

kau kata aku tak sungguh.
terlukanya aku.
tak sungguh ke aku?
aku yang balik pada kau,minta maaf berkali kali tanpa kau hiraukan apa sebenarnya aku rasa.
aku yang tetap ada kat sana,
tunggu kau saban hari,
berbulan-bulan.
cuma untuk kau beri ruang untuk orang lain.

kau cuma usaha untuk beberapa hari.
tapi aku ada berbulan lamanya.
adil ke?
tapi beberapa hari tu,
cuma sesaat je kau ambil masa
untuk putus asa dengan semua.
kau tetap sama,
yang takkan pernah pertahankan aku.

mungkin pada semua,
dia lagi berusaha.
dia tetap ada walau kau sakitkan dia.
tapi tak nampak ke kau aku?
aku dah cuba bertahan lebih lama.
adil ke untuk aku rasa sakit lebih lama lagi?

kalau kau sayang,kau akan faham.

nota hatiWhere stories live. Discover now