teruntuk dia yang dah tiada ;

1 0 0
                                    

kebelakangan ini semuanya masih berat
kepala terlalu berisik memikirkan semua benda
tak henti persoalkan diri sendiri, bukan juga aku sendiri menyalahkan takdir
tapi kenapa, diri aku ni sangat lemah orangnya
semua ni tak membuatkan aku lebih kuat
aku semakin jatuh tenat
fizikal aku sihat tapi tak minda aku ini
yang berperang sendiri setiap hari
rasa sakit ni bukan baru sekarang ia muncul
dan bukan juga baru sekarang semuanya kembali
hakikatnya sebenarnya semua sakit itu sentiasa ada
aku yang lemah ni tak sekuat orang lain untuk buang semua
kadang datang malam hari aku masih teresak menangis lagi
mengharapkan cuma untuk kau minta maaf sekali sahaja pada aku
bukan kerana aku menyalahkan kau untuk semua tu
tapi terkadang cuma untuk diri aku sendiri merasa lebih baik
hakikatnya aku memang tak baik baik sahaja lepas malam tu
hati aku sentiasa menangis terfikir apa aku sebenarnya ditipu je?
apa semua tu tak pernah ada makna pada dia?
apa aku ni cuma perempuan yang tak berharga yang layak dibuang je?
semudah itu untuk diganti dan dilupakan?
tak pernah ada sedikit pun rasa sedih dia atas hal hal yang berlaku?
segala persoalan tu tak pernah berhenti memakan diri aku sendiri
mungkin sebab hati aku sendiri yang terlalu naif lebih memikirkan orang lain
daripada menjaga diri sendiri

aku salahkan diri sendiri untuk semua hal yang terjadi
tapi kadang aku harapkan juga untuk sekali saja
kau cuma minta maaf untuk semua hal yang pernah jadi
aku tak pernah benci, tak pernah juga aku mengadu atau berdoa pada Allah untuk balas kau dengan perkara sama yang jadi
bahkan aku selalu harap Tuhan dengarkan lah kau, jaga lah kau dan orang orang yang kau sayang
sekarang aku cuma sentiasa harap
yang dunia cuma baik baik je pada aku
kerana terkadang terasa dunia terlalu jahat
untuk aku yang selalu sorang sorang memeluk luka sendiri
tak pandai untuk menangisi luka yang ada pada orang lain
atau mungkin cuma diri aku yang terlalu jahat pada diri sendiri

sakit sebenarnya, ***
untuk semua yang terjadi
sakit sebab luka ni diberi oleh orang yang aku pernah sayang seikhlas hati
walaupun hati orang memang tak boleh dipaksa
tapi kadang aku tetap fikirkan, kalau lah pernah ada secebis pun aku dalam diri kau
tak rasa dan tak faham ke kau sakit aku?
tak pernah ke kau untuk mendoakan yang baik baik untuk aku?
memang semudah itu ke untuk buang aku?
maaf, aku ni orangnya sentiasa mengemis
sedangkan orang yang sepatutnya melindungi aku pun jadi orang yang paling aku takutkan untuk tahu sakit ini

aku takut lebih sakit lagi,
kadang aku terlalu selesa untuk fikir kau ada lagi
tapi aku tahu kita tak pernah untuk satu sama lain
antara semua yang ada,
aku orangnya akan sentiasa kalah dalam apa jua
aku orangnya memang tak akan pernah menang untuk apa apa
kau orangnya sentiasa ada di mana mana
aku selalu dengan dunia aku sendiri yang dulu pernah hadir kau
kehadiran kau tu aku simpan cukup lama
jadi hilangnya kau ibarat hilang sebahagian dunia aku juga
aku dah pun terlalu banyak kehilangan, ***
tapi aku pujuk hati dan redhakan semua demi kau bahagia

tapi aku sebenarnya sakit.
kenapa dalam dunia yang sementara ni aku orangnya tak beruntung untuk apa apa?

kalau ada kau yang dahulu di depan aku,
aku nak jumpa diri kau yang pernah paling pedulikan aku
aku nak menangis untuk semua benda
aku nak cakap yang aku berharap kau tak pernah sakitkan aku sampai begitu
sekarang, aku cuma peluk luka sendiri
dan kau takkan pernah fikirkan aku lagi
untuk kembali hanya untuk minta maaf jauh sekali
mungkin kini kau masih diri kau lagi yang sentiasa mencari pengganti

rasanya sakit, ***
untuk tahu yang dari dahulu kau satu satunya yang aku simpan
cuma diri aku yang bodoh ni tak pernah sedar
yang aku takkan pernah jadi pilihan
aku perempuan bodoh yang cuma layak duduk dengan kesakitan.

nota hatiWhere stories live. Discover now