32

56 1 0
                                    

andai saja mampu
untuk aku kabarkan
bahawa aku juga takut
segala perkara yang diharapkan
sia sia,
dan tak menjadi

ya, aku takut.

tapi antara semua itu
yang lebih aku takutkan
adalah hilangnya kau

hilangnya semua
disebabkan diri aku
yang terlalu dihimpit
dengan perasaan takut ini

walau berulangkali rasanya sakit, perit
kerana perasaan yang ada ini

tapi semestinya
hati manusia akan lebih cenderung merasa sesuatu untuk perkara yang sememangnya disayang

andai saja segalanya dah tak lagi menyakitkan
maka hilanglah segala rasa yang ada
dan kau akan lihat aku perlahan menghilang

mohon aku,
jangan tolak aku jauh,
aku hanya mahu ada kau di sini.

jangan tolak aku pergi.

nota hatiWhere stories live. Discover now