BAB 4 : The Plans

474 80 26
                                    

Sejak kebelakangan ni aku rasa macam Aryan tu ada dekat dengan aku. Aku rasa macam aku pernah nampak dia dekat kampus ni.

Sejak Aryan balik Malaysia ni, mata aku ni asyik nak stalk Instagram dia je. Aku bukan nak stalk dia, tapi makwe dia. Tak kira berapa banyak kali aku tatap wajah perempuan tu, aku terasa macam bentuk wajah dan mata perempuan tu betul-betul sama dengan arwah isteri aku.

Aku obses?

Tak, aku cuma rindukan isteri aku. Lebih-lebih lagi bila esok merupakan hari kelahiran aku. Alang-alang bolehlah aku melawat pusara arwah ibu dan abang sekali bila aku melawat arwah isteri nanti.

Gambar Aryan bersama kekasih hatinya yang terpampang di skrin telefon aku tutup. Mungkin aku terlampau rindukan Faiqa. Itu sebabnya aku tersalah pandang kekasih Aryan sebagai Faiqa.

Ting!

Fazimi
Aku nak lawat adik esok. Nak ikut?

Aku tersenyum.

Chemistry aku dengan abang ipar ni tak pernah mengecewakan. Macam tahu-tahu saja aku mahu melawat pusara Faiqa esok.

Farish
Memang niat nak pi sana.
Alang-alang jomlah sekali.

Fazimi
Okay!
See you at 8 a.m.

"Farish, esok dah start cuti pertengahan semester. Kau ada pergi mana-mana ke esok?" soal Iman yang duduk di tepi aku. Iman kalau tak ceroboh dorm orang memang tak sah. Syafiq yang puas memetik gitar sebentar tadi duduk menghadap aku. Mungkin dah penat menerima kecaman daripada Asyraf dan Ezlan yang try hard mahu tidur.

Well, tiada siapa akan aman kalau sebilik dengan Syafiq.

"Aku keluar esok. Imi ngan aku nak pergi melawat kubur arwah," kataku sambil tersenyum.

"Kitorang nak ikut boleh? Aku drive sendiri dengan Syafiq."

"Boleh je. Lagipun aku yakin, Faiqa mesti gembira tengok korang berdua ziarah dia."

Iman dan Syafiq tersenyum. Dalam keheningan malam itu, mereka tenggelam dalam perasaan masing-masing. Kalau dulu mereka berempat, sekarang bertiga terasa sedikit kosong di hati. Tidak lama kemudian, Iman keluar daripada bilik lalu ke dormnya.

Esok dah cuti, jadi mereka mula mengemas beg pakaian masing-masing sebelum masuk tidur.

Syafiq menatap gambar mereka berempat ketika di waktu sekolah menengah dulu. Dia rindukan Mochi. Tertanya-tanya kenapa arwah dipanggil Mochi? Mochi tu rice cake yang berbentuk kecil dan comel. Bagi dia, Faiqa secomel Mochi.

Dia senyum sendiri.

'Jumpa esok, my Mochi.'

******

Lepas belok kiri, ada dua simpang. Iman membelok pula ke simpang kiri. Disebabkan mereka selalu menziarahi arwah setiap kali cuti, hampir mustahil untuk dia lupa jalan. Dengkuran si Syafiq kedengaran kuat di sebelah.

Penat dia memandu, boleh pula si Syafiq ni tidur. Paha Syafiq ditepuk kasar. Secara automatik lelaki itu bangun dengan posisi tegak.

"Wae wae? (Kenapa) Accident ke?"

"Kau ni tidur je. Bukan nak teman aku. Ni aku nak bincang pasal plan kita."

Syafiq menjeling tanda sebal. Geram pula dia dengan si Iman ni. Boleh saja dia kejut elok-elok. Tamparan juga yang melekat pada paha dia. Bisanya masih terasa sampai sekarang. Apa-apa pun dia hanya mendengar plan yang dirancang oleh Iman.

"Lepas je kita ziarah arwah hari ni, kita terus jalankan plan. Nak tunggu malam takut tak sempat," kata Iman.

"Ha aku ikut je. Tadi Farish ada tanya aku do, harini hari apa. Aku katalah, hari ni hari Sabtu. Masam mencuka bhai muka dia lepas tu. Aku ingat perempuan je merajuk lebih-lebih."

Iman ketawa. "Layankan aje."

******

Ergh, jadi third wheel tu memang tak menyenangkan.

Menyesal dia ikut pasangan sejoli ini keluar bertemu janji. Menyesal dia terpedaya dengan ajakan Victoria yang ingin menonton wayang dengannya tempoh hari. Kalaulah dia tahu yang Aryan akan ikut bersama mereka, sudah tentu dia akan menolak tawaran Victoria tu.

Erin mengeluh. Nasi dah menjadi bubur pun. Buat apa mengeluh? Tanpa hala tuju dia berjalan di antara Victoria dan Aryan yang sibuk berbual. Disebabkan Victoria pakai heels, dia jadi yang terpendek dalam kalangan mereka.

'Kalau nak date, pergilah date berdua sana. Sibuk nak ajak aku kenapa?' getus Erin di dalam hati apabila melihat mereka seolah-olah tidak mempedulikan kehadirannya.

"Erin, awak ok tak ni? Diam je." Tiba-tiba Victoria memegang bahuku.

Haih.

'Baru perasan ke aku wujud?' monolognya sinis dalam hati.

"Haah, diam je. Ke tak suka keluar dengan kitorang?" soal Aryan, merenung mata gadis di hadapannya itu.

Erin panik. Alamak, bertentangan mata pula dengan si Aryan ni. Malu pula dia apabila ditenung Aryan sebegitu. Maklumlah, Aryan ni putih dan ada rupa juga orangnya. Lemah jantung ni tengok lama-lama.

Pandangannya dibuang ke arah lain. "Bukan macam tu. Saya nak ke tandas kejap. Awak berdua masuklah dulu. Nanti saya ikut," ujar Erin sekadar mahu menyelamatkan diri. Victoria dan Aryan hanya mengangguk sambil tersenyum.

Kedua-dua mereka pergi meninggalkan dirinya. 'Happy betul lepas tinggalkan aku,' bisik hati kecilnya.

Walaupun tak familiar dengan tempat tu, dia yakin dia mampu mencari jalan sendiri. Kalau tak jumpa mereka semula, balik saja sendiri. Apa susah?

"Sekarang mana tandas?"

******

Oh no!

Puas dia mencari jalan ke Golden Screen Cinema (GSC) tu semula tetapi tidak juga ketemu. Seperti anak kecil, dirinya menghilang dalam lautan manusia.

Telefon berdering. Azahar.

Waduh.

"Ha apa?"

"Kat mana? Cuti kan? Tak ingat jalan balik rumah dah ke?"

Tak boleh chill betul abang aku yang seorang ni. Haih.

"Dekat mall, tengah shopping."

"Sorang? Ke dengan lelaki?"

"Bang, kau tengok adik kau ni ada lelaki yang nak ke? Mestilah pergi shopping sorang. Dahlah, jangan risau. Malam ni aku balik lepas kemas barang dekat dorm."

"Ha eloklah. Malam karang aku ambil."

"Ha ye, terima kasih, bye."

Panggilan ditamatkan dengan segera.

Bila difikirkan semula, dia memang tak mahu menemani Aryan dan Victoria bertemu janji lagi. Jadi, buat apa dia bersungguh mencari jalan pulang ke GSC semula?

Pintar ini anak.

Tengah dia sibuk taip mesej untuk hantar kepada Victoria, tiba-tiba seseorang melanggarnya. Mujur pegangan telefon di tangannya kuat. Kalau tidak, mahu terpelanting telefon itu dibuatnya.

"Apa— Syafiq?"

"Oh hai. Jom."

Sambil tersenyum, lelaki itu menarik pergelangan tangannya menuju ke sebuah kedai. Erin terkejut.

"Nak ke mana?"

"Suprise."

******
TBC

P/s : aku tahu hambar. Aku tahu tu. Hahaha

Farish Adham : The New Beginning ✓Where stories live. Discover now