FARISH POV
Beberapa bulan kemudian, Victoria tidak lagi kelihatan di universiti itu. Ada yang kata dia dah berhenti belajar dan menghilang entah ke mana. Aku yakin dia pergi mencari Aryan. Semua orang terdesak mahukan jawapan daripada lelaki itu.
Aku, Iman dan Syafiq pula terumbang-ambing dalam gelora kehidupan. Masing-masing nekad mahu mencari Aryan di samping perlu fokus pada pelajaran yang utama. Begitu juga dengan Fazimi yang mengharapkan sinar harapan kembali terpancar. Dia mengharapkan adik kesayangannya itu masih hidup.
Amirah pula kembali dengan pelawaan membantu. Perbualan kami beberapa hari lepas kembali terimbas di kepala.
"Amirah, macam mana aku nak pastikan apa ya g kau cakap ni betul ke tidak? Kau ada bukti?"
"Mangsa yang mati dengan sweater pink tu bukan Faiqa," balas Amirah.
"Dahtu siapa? Aku tak rasa Victoria tu Faiqa. Sekarang kau nak kata Faiqa still hidup? Mana buktinya?" soal aku lagi.
"Abang Farish.. saya ni mungkin jahat, tapi tak pernah terfikir nak tipu pasal benda macam ni. Malam tu saya sendiri nampak yang Faiqa bagi sweater dia dekat kawan dia sebab sejuk. Yang meninggal dunia tu bukan Faiqa, tapi kawan dia. Faiqa dah diculik sebelum kemalangan tu jadi," jelas Amirah panjang lebar.
Disebabkan seluruh tubuh mayat hancur teruk, mereka langsung tidak dapat mengecam mayat tu. Mereka kata kalau hati sejiwa, maka kau dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Jauh di lubuk hati aku, perasaan bodoh mencengkam diri. Tiada seorang pun daripada kami yang tetap berkeras membantah kenyataan kematian Faiqa itu.
Bodoh.
Semakin diingat, semakin serba salah dibuatnya.
"Aku dengar cerita en, Erin tak balik asrama duh," cerita Syafiq tiba-tiba. Aku terus pandang dia.
"Asal?" soal Iman.
"Aku tak sure, tapi member dia kata abang dia suruh drop," kata Syafiq lagi. Buat seketika aku rasa pelik. Kenapa tiba-tiba saja mahu berhenti belajar sedangkan hanya beberapa tahun lagi tinggal?
"Good. Now we lost the whole gang," balas Iman sarkastik.
Iman betul. Aku terasa macam kehilangan. Sepi bila teringatkan memori lalu. Sama seperti permulaan, kami bertiga lagi. Bukan itu isunya sekarang ni. Mujur cuti semester kembali menjelma.
Pap!
Terkejut aku. Iman lantas mengetuk kepala Syafiq. "Rilek boleh?"
"Tak sekarang ni ada orang nampak Aryan au. Macam mana aku nak rilek?" soal Syafiq kembali dengan ekspresi terkejut. Telefon di tangannya aku rampas, lantas melihat skrin bersama Iman.
Memang betul tu Aryan. Hampir saja aku tak dapat mengecam muka dia disebabkan lebam di mata tu. Balutan di lehernya itu meyakinkan aku bahawa dia adalah Aryan. Aku tekan lokasi yang dihantar oleh rakan Facebook si Syafiq.
"Dia dekat Kelantan. Wait, KELANTAN?"
"Gila apa tu budak pergi Kelantan. Tak kisahlah dia dekat mana pun. Alang-alang ni, kita kena tangkap dia sebelum dia buat apa-apa," balas Syafiq sambil merebut kembali telefonnya.
Dalam sesaat, Fazimi dihubungi. "Weh aku dah jumpa Aryan dekat mana."
Setelah selesai berbincang, aku mematikan panggilan. Masing-masing mula berangkat menemui Fazimi. Dalam keadaan terburu-buru itu, telefon aku berdering. Panggilan diangkat tanpa melihat nama.
"Imi.. aku dah—"
"Farish, tolong saya.."
"Erin?"
Jeritan kedengaran di talian. Iman dan Syafiq berkerut memandang aku. "Ada apa?" soal Iman.
"Erin dalam bahaya," kata aku.
******
"Ayah, Erin nak pinjam motor boleh? Erin nak pergi kedai kejap." Teriakannya itu dibalas dengan anggukan daripada Pak Ali.
Tanpa menunggu dengan lebih lama dia lantas mencapai kunci di dalam bakul tepi televisyen sebelum bergerak ke garaj. Kelibat Azahar diperhati. Mujur abangnya itu keluar bersama kawan petang itu. Bolehlah dia membawa diri ke kedai sendirian.
Boleh dikatakan dia agak serabut dengan tingkah abangnya yang terlalu mengongkong itu. Baru beberapa bulan dia belajar di universiti, tidak fasal-fasal dipaksa berhenti. Nak buat itu ini mesti mendapat kebenaran daripada dia terlebih dahulu. Semak fikiran Erin dibuatnya.
"Aku risau kau hilang. Kalau kemalangan tu berulang macam mana?"
Dia memahami kebimbangan yang melanda abangnya itu. Tapi, dia sudah besar dan mampu menjaga diri sendiri. Apa yang berlaku sebelum kemalangan itu, semuanya takdir Allah. Dia tidak mampu menghentikan perkara itu daripada berlaku. Segala memori lenyap dari mindanya, termasuklah memori ketika kecil. Semuanya terasa asing.
Pintu garaj dibuka. Kunci dicucuk ke motor lama ayah. Ini kali pertama dia menunggang motor sendirian. Azahar akan marah andai nampak dia cuba menunggang sendirian. Erin terpandang sebuah album di atas lantai yang berhabuk. Dia memberhentikan niat untuk menghidupkan enjin motor lalu segera mengambil buku album itu. Habuk yang menyelimuti buku itu disapu dengan tangan.
Perlahan-lahan dia membuka helaian album itu dengan berhati-hati. Luarannya tampak usang, oleh itu agak berhati-hati kerana takut terkoyak. Gambar sebuah keluarga kelihatan.
Dahinya berkerut apabila melihat organisasi keluarga itu. Pasangan lelaki dan perempuan bersama anak mereka. Aneh, hanya Azahar yang kelihatan sedangkan tahun gambar itu diambil sudah mencecah 2010. Dia sepatutnya sudah dilahirkan.
Di mana aku?
Dia menyelak helaian lain. Hanya gambar Azahar kelihatan bersama ibu bapanya. Semuanya terasa jelas. Erin bukan anak kandung ayah. Lantaran itu dia tidak mampu mengecam wajah mereka saat tersedar dari koma.
"Siapa aku?"
Tap.. tap.. tap..
Bunyi tapak kaki kedengaran. Dia berpaling. "Kau buat apa dekat sini?"
Wajah Azahar muncul dengan ekspresi bengis. Seram sejuk dia dibuatnya. Erin lantas berdiri. "Kau tipu aku kan, bang? Kau bukan abang aku!"
Azahar terkejut. "Apa kau merepek ni? Kau adi—"
"Aku dah tahu semualah! Kau bukan abang aku. Dalam album ni tak ada satu pun gambar aku and kau memang tak pernah ada adik perempuan. Kenapa kau tipu aku? Patutlah aku tak dapat nak ingat apa-apa pasal kau dengan ayah. Rupa-rupanya aku bukan darah daging keluarga ni. Kenapa Azahar? Kenapa?"
Amarah aku meletus.
"Aku tak nak lepaskan kau. Aku sayang kau," balas Azahar dengan nada serius. Wajahnya tiada ekspresi.
"Terima kasih, kau dah buat aku terpisah dari keluarga aku. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Kau jangan cari aku lagi, atau aku report polis yang kau dah culik aku sepanjang dua tahun ni," amaran Erin dengan nada meninggi. Sedaya upaya dia cuba untuk menahan amarahnya daripada meletus.
Dia melangkah keluar dari situ.
"Kau fikir kau boleh lari dari aku?"
Langkahku terhenti.
"Aku sayang kau, aku takkan lepaskan kau sampai bila-bila," ujar Azahar.
Erin panik. Kakinya lantas berlari meninggalkan Azahar. Dalam kekalutan itu, dia cuba untuk menghubungi seseorang. Kelibat Azahar yang mengejar dari belakang begitu menakutkan sehinggakan kakinya menjadi lemah.
Panggilan bersambung.
"Farish, tolong saya!"
******
TBCact i dont ship vic and farish. Here the real faiqa you want. Baru perasan lama gila aku tak update. HAHAHAHAHA
YOU ARE READING
Farish Adham : The New Beginning ✓
Romance[Farish Adham : The New Beginning] Menengah berganti universiti. Itulah titik permulaan baru dalam kehidupan Farish selepas kehilangan isteri tercinta. Setelah beberapa tahun menetap di London, Aryan kembali pulang ke tanah air membawa tunangnya be...