BAB 12 : The Dinner

423 70 11
                                    

"Jadinya, lepas bertahun lamanya ayah kau datang balik cari kau dekat sini?" soal Syafiq.

Aku mengangguk perlahan.

"Tak rasa pelik ke tiba-tiba cari. Mesti ada sebab dia datang cari kau. Tak akanlah saja-saja je, sebab dah lama kot kau ngan arwah mak kau tinggalkan dia," balas Syafiq kembali.

Iman di sebelah pula sudah terangguk-angguk setuju dengan kata-kata si Syafiq. Aku mengeluh. Malas mahu ungkit hal itu dengan lebih lama. Peristiwa lepas masih segar di dalam minda. Tak mungkin dia akan melupakan saja apa yang dilakukan oleh ayah kandungnya itu.

"Assalammualaikum!"

Asyraf dan Ezlan masuk ke dalam.

"Waalaikumussalam," jawab kami bertiga.

"Weh Farish, aku terserempak dengan Aryan tadi. Dia cari kau tadi," kata Asyraf sambil menggaru kepala.

"Haa nanti aku mesej dia," balasku.

Iman dan Syafiq memandang aku. "Sejak bila kau mula rapat dengan budak sotong celup tepung tu pula? Siap ada nombor masing-masing agi," kata Iman tak puas hati.

Aku sengih. "Korang jealous ke?"

"Euw mana ada. Kami cuma risau je. Dia mungkin nampak baik sekarang, tapi mana tahu dia akan ulang balik perangai lama," ujar Syafiq pula.

Memang tak dinafikan, aku juga ada terfikirkan benda yang sama. Tapi, apa salahnya beri dia peluang kedua untuk berubah. Sedangkan aku yang nakal dekat sekolah dulu pun orang beri peluang kedua untuk berubah, apatah lagi si Aryan.

"Takpelah. Walaupun dia tu menyakitkan hati kadang-kadang, tapi masa ayah aku cari aku hari tu, dia tanya aku ok ke tak and bagi aku bermalam dekat rumah dia."

Syafiq berkerut mendengar aku bercerita. "Patutlah kau tak balik asrama hari tu. Sampai hati kau baru cerita sekarang."

Aku sengih. "Alaa sorry laa. Masa tu korang nampak macam sibuk sangat. Tu yang aku tak cerita."

Iman mengeluh. "Haih, lain kali kau cerita jela dekat kitorang. Kawan jenis apa yang tak nak bantu kawan dia bila tengah susah. Even tengah sibuk pun, kau sepatutnya pentingkan diri. Cerita je. Aku tak kisah."

Nampak tak sisi matang si Iman ni? Auch, my heart.

"Aww.. so sweet. Dah aku nak pergi mandi, busuk do."

"Haa nak larilah tu," sampuk Syafiq yang masih berasa tak puas hati.

Aku terus angkut baldi dan pakaian menuju ke bilik air tanpa mempedulikan kata-kata Syafiq itu. Sebelum larut malam, lebih baik aku bersihkan diri cepat.

******

K4 - Kerja kumpulan

Aryan
Assalam, esok atuk aku jemput korang semua datang rumah untuk makan malam dekat rumay aku.
Farish, kau wajib datang.

Aik? Aku pelik. Kenapa pula aku wajib datang? Apa-apa pun, aku hanya bersetuju memandangkan datuk Aryan yang menjemput. Kalau dia yang jemput, awal-awal lagi aku dah menolak.

Erin
Ok, saya akan datang.
Lepas habis kelas petang esok, kita terus pergi rumah awak. Macam mana? Deal?

Aryan
Deal. Semua pergi dengan aku jela.
Senang, tak payah susah-susah ambil bas.

Afuz
Ok je.

Farish
Ha iyalah.
Jangan lupa esok kena present kerja depan lecturer.

Farish Adham : The New Beginning ✓Where stories live. Discover now