BAB 14 : Again, Nightmare

390 72 6
                                    

ARYAN POV

"You ok ke tak? Kalau tak ok I datang."

"Tak payah. I ok je. Good luck with your class," ujarku lalu mematikan talian.

Uhuk! Uhuk!

Dada aku terasa sakit.

"Jamal! Jamal!"

Ketukan pintu kedengaran dari luar. Seolah-olah tahu apa yang aku perlukan, dia terus membawa ubat bersama air minuman. Disebabkan aku masih rasa sakit di bahagian dada, aku pun terus menelan ubat dengan rakus.

Usai menelan ubat, aku pun bangun untuk bersiap-siap.

"Kalau tuan rasa tak larat, tuan boleh berehat. Saya akan uruskan hal dekat syarikat," kata Jamal, bimbang dengan keadaan aku.

Aku menggeleng. "Tak apa, saya boleh buat. Lagi sepuluh minit saya turun."

Jamal hanya mengangguk sebelum berlalu keluar dari situ.

*******

FARISH POV

"Kenapa atuk datang sini? Susah-susah je lawat Farish."

Aku jadi serba salah. Dato' Harraz tersenyum melihat aku sebelum duduk di sebelah. Syafiq dan Iman pula hanya memerhati setelah bertegur sapa dengan lelaki tua itu tadi.

Beberapa orang lelaki bertubuh tegap berdiri di tepi pondok bersebelahan kolam. Susah aku nak percaya, aku datang dari keluarga yang berada. Lebih susah lagi untuk aku percaya yang Aryan tu sepupu aku.

Bergaduh bagai nak rak, dapat tahu sepupu sendiri.

"Macam mana belajar?" soal Dato' Harraz.

"Ok je, Farish dah biasa."

"Soal ayah kamu tu..."

Aku mengeluh. "Dia bukan ayah Farish. Ayah apa yang selalu susahkan anak dan isteri dia. Abang.. meninggal. Semuanya sebab ayah."

Air muka Dato' Harraz berubah. "Meninggal?"

"Arwah abang depressed sebab lelaki tu asyik suruh dia bekerja sedangkan dia hanya tahu duduk goyang kaki dekat rumah. Ibu pula.. hampir jadi pelacur dekat kelab malam sebab ayah nak bayar hutang kawan dia."

Amarah aku semakin marak tatkala aku bercerita. Geram, sakit hati, marah — semuanya aku mahu hamburkan pada lelaki itu. Datuk terus memegang bahu aku seolah-olah memujuk.

"Salah atuk sebab tak cari ibu kamu lebih awal. Atuk marah sebab ibu kamu degil nak berkahwin dengan ayah kamu. Kalaulah atuk cari ibu kamu lebih awal, mesti dia masih hidup sekarang. Atuk minta maaf, Farish," ucap Dato' Harraz. Air mata bergelinangan di tubir mata.

Aku menggeleng.

"Atuk tak salah. Pilihan ibu memang salah, tapi ibu tak sepatutnya terima layanan buruk daripada lelaki tu. Sebab tu, Farish dah berazam yang Farish tak akan jadi lelaki macam ayah. Farish akan jaga kaum hawa macam nyawa Farish sendiri."

Dato' Harraz tersenyum. Dia bangga melihat cucunya itu. Bertahun-tahun hidup sendiri dalam suasana yang tidak menyenangkan. Pasti ianya sukar. Namun, kesukaran itu yang meniup nilai berdikari dalam jiwa anak muda ini.

"Farish?"

"Hm?"

"Kamu tak nak tinggal dengan atuk?"

******

Jamal masuk ke dalam pejabat Aryan. Matanya terbuntang apabila melihat lelaki itu rebah di lantai. Suhu badan Aryan diperiksa. Ya Allah, panasnya badan dia. 

Farish Adham : The New Beginning ✓Where stories live. Discover now