BAB 17 : Tragedi Lepas

404 68 19
                                    

ARYAN POV

Beberapa tahun yang lepas.

Dalam kedinginan malam itu, mata mula gelisah memandang ke kiri dan ke kanan. Setiap arah diperiksa untuk memastikan tiada sesiapa yang menyaksikan kehadiranku si situ. Pemandu bas tidak kelihatan di tempat duduknya. Mungkin ke tandas untuk membuang air kecil.

Tanpa berlengah lagi, aku terus menyusup masuk ke dalam bas itu. Seorang gadis kelihatan sedang melambai-lambai ke arah aku seperti memberi isyarat.

Aku lantas bergerak ke arahnya.

"Dia ada dekat sana."

Aku hanya angguk.

Perlahan-lahan aku bergerak ke arah yang ditunjukkan oleh si dia. Berderau darah aku bila ada bunyi dari belakang. Aku pantas menunduk ke bawah.

Orang menggeliat rupanya.

Aku pun terus merangkak ke lokasi yang ingin dituju. Geram. Benci aku melihat dia dalam keadaan begitu bersama musuh aku.

"Aryan.. cepat!"

Aku dah menggelabah. Cepat-cepat aku alihkan tangan lelaki tu daripada melingkari bahu gadis itu. Mata dia terbuka. Sapu tangan yang sudah aku bubuh ubat tidur aku tekup pada mulut dan hidungnya. Dia meronta buat beberapa saat sebelum jatuh pengsan.

Tubuh gadis itu aku gendong di belakang.

"Maaf, Farish. Dia milik aku."

******

Sekarang

"Kalau tak disebabkan aku, kau rasa kau boleh culik perempuan tu dari Farish? Memang tidaklah, Aryan."

Amirah mempamer senyuman sinis. Peristiwa malam itu masih segar dalam ingatan walaupun sudah beberapa tahun berlalu. Setiap perincian dia ingat dalam kepala. Melihatkan wajah jejaka di hadapannya itu berubah keruh, Amirah tersenyum.

Dia senang melihat lelaki itu susah hati. Itulah akibatnya jika mungkir janji.

"Amirah, aku tahu aku salah. Please jangan buka cerita ni dekat Victoria dan Farish," rayu Aryan.

Dia mula rasa susah hati. Kebimbangan mula  melanda daerah jiwa di saat gadis yang menjadi sekutunya dalam kehidupan lalu muncul sebagai pengancam hidup. Dia benar-benar tidak menyangka gadis itu akan kembali untuk membalas dendam.

"Kau tahu? Dah lama kejadian tu jadi.. tapi.."

Amirah menjeda.

Dia mula emosi. Tangannya menyentuh dada. "Tapi.. sakit tu masih ada sampai sekarang. Kau buat aku hilang kepercayaan keluarga sendiri, hilang kawan, hilang segala-galanya. Kenapa?"

Aryan terdiam.

Puas dia mencari jawapan, tapi tiada satu pun yang muncul di benak fikiran. Betapa jahilnya diri dia yang dulu.

"Aku tak boleh nak maafkan kau. Walaupun aku terpaksa patahkan tangan aku, aku janji.. aku akan balas dendam! Kesepian yang aku rasa, aku akan pastikan kau juga merasainya."

******

Petang tu, aku dan kawan-kawan yang lain berkumpul dekat pondok. Victoria tiba-tiba ajak kami untuk berbincang. Katanya ada sesuatu yang hendak diberitahu.

Sebaik sahaja aku dan Syafiq tiba di pondok, kelihatan Erin, Iman dan Victoria terlebih dahulu sudah bertapak di situ. Tanpa berlengah lagi, aku pun duduk di pondok bersama Syafiq di sebelah.

"Saya rasa semua perasan kan sikap Aryan kebelakangan ni?" soal Victoria terus terang.

Kami hanya mengangguk.

Jujur, aku pelik dengan Aryan. Bila dikenang semula cerita datuk tu, aku mula sangsi. Aryan ada kena mengena dengan kematian Faiqa ke?

"Beberapa hari lepas, saya ada jumpa sorang perempuan ni. Dia panggil nama saya macam dia dah lama kenal saya. Saya mana ada sedara atau kenalan dekat sini," beritahu Victoria.

"Then? Awak ada rasa apa-apa yang pelik dengan perempuan tu?" soal aku.

"Ada. Bila saya balik rumah Aryan beberapa yang lepas, saya lalu depan bilik dia. Saya dengar dia jerit nama seorang perempuan ni. Tapi saya tak tahu siapa."

"Siapa nama perempuan tu?" soal Erin pula.

"Amirah kalau tak silap."

Aku, Iman dan Syafiq saling berpandangan. Adakah ini Amirah yang sama? Iman mula gusar. Apa kaitan sepupu dia dengan Aryan pula ni? Bukan ke Amirah tu menetap di luar negara sejak beberapa tahun ni? Hatinya mula berasa tidak enak.

Iman mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menunjukkan sebuah foto gadis.

"Ini ke perempuan yang awak nampak tu?" soal Iman.

"Haah. Dia lah!"

Iman menggeleng kepala. "Apa lagi budak ni nak buat?"

Aku menepuk bahu Iman, cuba untuk menenangkan dia. Aku tahu dia geram dengan sepupu dia yang seorang tu. Kecil-kecil cili padi  betul. Ada saja masalah yang ditimbulkan.

"Eh weh.. Aryan ikut ke tak kem sekolah tu?"

"Haah la dia tak ada. Aku ingat, dia tak ikut sebab dia kata dia sakit hari tu," beritahu Syafiq.

Otak aku mula mencuba untuk mengaitkan segala kemungkinan yang berlaku pada hari itu. Mungkin ke kemalangan pada hari tu disengajakan? Lebih penting, mungkin ke Faiqa tak mati dalam kemalangan tu?

Jadi mayat siapa yang menyarung sweater merah jambu milik Faiqa itu?

"Biru untuk saya. Pink untuk awak. Pakai tau," ujarku.

Gadis itu hanya tersenyum sambil mengangguk. Dia memusingkan tubuhnya. Sweater merah jambu itu aku sarung ke tubuhnya. Padan sungguh dengan tuan empunya badan.

"Jangan bagi dekat orang lain," pesanku.

"Ya. Macam orang tualah awak ni," ujar dia sambil tersenyum.

Ah.

Berhabuk dah mata.

Ting!

Aku membuka telefonku. Kawan-kawan yang lain turut melihat telefon masing-masing. Aplikasi Facebook yang jarang-jarang aku buka itu memunculkan satu notifikasi permintaan kawan dari seseorang. Profil gadis itu aku tekan lalu kelihatan wajah seorang gadis yang amat aku kenali.

"Amirah?"

Masing-masing tercengang dalam situasi itu.

******

Amirah tersenyum.

"Aryan, Aryan.. aku tak akan pernah biarkan kau hidup bahagia dengan orang yang kau sayang. Walaupun musuh kau berubah jadi kawan baik kau, aku tak akan biarkan hubungan tu kekal lama. Mana boleh aku derita seorang diri kan?"

Gambar dalam pegangannya itu diletakkan ke dalam bekas. Api marak menjilat kenangan terakhir dia bersama lelaki itu.

"Farish, itu target aku dulu. Sekarang, kau sasaran aku, Aryan."

******

TBC

Happy 3K reads and 600+ votes. Ketara naw reads dengan votes. Aku tahu ramai yang baca offline cerita ni. Ada masa tu bolehlah votes ya. Rapatkan semula jurang tu.

Stay tuned kalau nak tahu kenapa Amirah ni marah sangat dengan Aryan. And yeah, apa jadi dengan Faiqa sebenarnya? Misteri bakal terungkap tak lama lagi. Heuheuheu..

Stay vote, stay comment.

#130720

Farish Adham : The New Beginning ✓Where stories live. Discover now