Azahar runsing dengan kehilangan 'adiknya'. Dia tidak tahu mahu cari di mana lagi setelah gadis itu dibawa pergi oleh temannya. Segala rahsia yang paling ditakutinya selama ini telah menjadi realiti.
Sejujurnya dia sukakan Erin lebih daripada seorang adik. Dia mahu simpan Erin selama-lamanya tetapi hajatnya itu tidak dapat ditunaikan.
Dia tahu benda ni akan jadi.
"Benda dah jadi, kita tak boleh nak buat apa. Ayah dah kata, kamu degil nak rahsiakan. Sekarang tengoklah apa dah jadi," ujar Pak Ali selamba.
"Orang dah suka, mana boleh nak lepas macam tu je. Kalau Azahar bagi tahu Azahar jumpa dia masa dia kemalangan mesti dia akan cuba cari keluarga dia balik dan mungkin Azahar takkan berkesempatan untuk dekat dengan dia dah," ujar Azahar.
Dia nampak cincin yang tersarung pada jari manis gadis itu menandakan dia sudah berpunya. Dia tak mahu gadis itu kembali ke pangkuan suaminya.
"Kamu pasti kamu sukakan dia? Ayah tak rasa macam tu. Kamu obses dengan dia. Selama dia duduk dengan kita kamu layan dia lebih-lebih dan larang dia buat itu ini."
Azahar hanya diam.
"Dah la Azahar nak jumpa orang."
"Budak perempuan tu? Disebabkan dialah kamu tukar identiti gadis tak bersalah."
"Azahar nak putuskan hubungan dengan dia. Kita tak boleh biar Erin hidup dengan identiti palsu selamanya. Azahar dah buat keputusan, Azahar nak minta maaf dan lepaskan dia."
Telefon diambil lalu nombor seseorang dihubungi.
"Amirah, ini Azahar."
*******
FAIQA POV
Aku tersedar sebaik sahaja satu bunyi yang kuat kedengaran. Kepala berdenyut akibat kesan ubat yang diletakkan pada sapu tangan sebelum ditekup ke mulut dan hidung aku. Aku melihat seorang lelaki kaku di bahagian pemandu.
Kereta yang dipandu berlanggar dengan sebuah pokok besar. Dapat aku lihat dahinya diselaputi dengan cecair likat berwarna merah. Melihatkan darah mengalir itu, aku lantas bangun untuk melihat situasi semasa.
Lelaki itu tidak berpaling tetapi dapat aku agak wajahnya. Itu Aryan. Apa yang dia buat dekat sini? Dan macam mana pula aku boleh ad dekat sini? Rasa sejuk tadi menghilang. Mungkin kerana hujan mulai reda.
Belum sempat aku cakap apa-apa Aryan terus keluar dari kereta. Mungkin cuba untuk melihat apa yang patut. Tak sampai berapa saat selepas dia meninggalkan kereta, satu letupan besar berlaku menyebabkan seluruh kereta itu terbakar.
Aku mulai panik. Pintu kereta tak dapat dibuka menyebabkan aku terkunci di dalam.
"Aryan!"
Aku cuba untuk meminta bantuan dia tetapi terus kaku melihat reaksi lelaki itu. Dia juga panik. Seluruh tubuhnya menggigil melihat aku di dalam kereta.
Lelaki itu kelihatan begitu panik apabila tubuhnya mula mundar-mandir seolah-olah memikirkan cara untuk menyelamatkan aku. Aku ketuk-ketuk tingkap sebagai cubaan untuk memecahkan tingkap tu tetapi tak berhasil.
Aku nampak dia cuba untuk meminta tolong.
Tapi tiada sesiapa yang berada di situ.
Panik.
YOU ARE READING
Farish Adham : The New Beginning ✓
Romance[Farish Adham : The New Beginning] Menengah berganti universiti. Itulah titik permulaan baru dalam kehidupan Farish selepas kehilangan isteri tercinta. Setelah beberapa tahun menetap di London, Aryan kembali pulang ke tanah air membawa tunangnya be...