Yuju dihantar oleh abangnya. Dia terus masuk ke pejabat. Dia memulakan aktivitinya.
Yuju meletakkan laporan yang sudah disediakan olehnya kelmarin di atas meja Jungkook. Melihat meja Jungkook sedikit berselerak, dia ada niat untuk mengemaskannya.
Yuju sempat menyapu, mengelap tingkap dan mengemas file file Jungkook.
Kemudian dia pun segera ke dapur lalu membuat air kopi panas untuk Jungkook. Selepas selesai, dia pun meletakkan kopi itu di atas meja.
Melihat Jungkook belum sampai sampai, dia pun mengambil untuk bersarapan dengan Yerin.
________________Mereka bersarapan di cafe bersebelahan dengan banggunan Jeon Kookie Holding.
"Happy nampak?" tanya Yuju melihat kawannya tidak henti henti senyum. "Aish, Yuna... malu lah macam ni" rengek Yerin pada Yuju. "Pahal? Ni mesti namchin kau kan? " teka Yuju.
"Ya, semalam dia bawak aku ke tempat yang special. Kami makan malam kat situ. Sampaikan malam aku tak boleh tidur kalau aku fikir tentang kelmarin" kata Yerin sambil menunjukkan gambar gambar mereka semalam di phone.
"Hmm... Untung kau dapat namchin macam Taehyung tu. Ada orang teman kau. Bahagiakan kau." kata Yuju iri dengan Yerin. "Ala, kau belum ada punye? " tanya Yerin. "Tak de." jawab Yuju sedih. "Takkan tak de namja yang suka kau. Body kau slim, muka cantek, anak orang kaye, pintar, bergaya lagi tu." kata Yerin.
"Banyak memang banyak. Tapi semuanya tak menyana satu pon" kata Yuju malas. "Habis tu kau nak namja macam mana? Macam CEO kita tu?" kata Yerin lalu mendapat pukulan dari Yuju.
"Argh! Sakitlah" kata Yerin sambil mengusap lengannya yang sakit. "Tulah! Mukut kau tu aku cubit kalau kau cakap pasal dia" kata Yuju geram. "Ehhh.. Adalah tu" kata Yerin. "Ape ada ada? " tanya Yuju marah. "Cik Yuna suka Tuan Jungkook ke? " tanya Yerin dengan nada mengejek.
"Plak! Plak! Plak! "
"Argh... Choi Yuna appo..." kata Yerin mengelak dari pukulan Yuju. "Hah lagi kau! " kata Yuju. "Saya cuma main main je. Jangan ambik serius" kata Yerin. "Hmmm... Tapi dia hensem, aura dia cool. Tapi aku tak suka dia kot" kata Yuju. Yerin sudah tersenyum nakal mendengar kata kata Yuju itu. "Eh! Dah, aku nak masuk pejabat ni. Mesti dia dah kat atas" kata Yuju.
"Eh kejap! Ingat tau malam nanti datang. Rugi kalau tak datang. Mereka best best kalau awak dah kenal diorang. Kalau tak aku tumbuk muka kau pagi esok" kata Yerin memperingatkan Yuju. "Ne ne, aku ingat" kata Yuju lalu berlalu pergi.
_____________
"Cklek"Pintu terbuka dan terpampanglah seorang namja masuk ke ruang pejabatnya lalu duduk. Dia sedar ruang kerja nya berubah menjadi kemas dan bersih.
"Apakah dia yang buat semua ni?" gumam Jungkook lalu tersenyum. Dia terus meminum air kopi yang sudah disediakan oleh PA nya.
Jungkook mula membuka file laporan dan membacanya. Pikiran dia mula terbayang seseorang.
Dia membuka lacinya lalu mengambil sebingkai gambar. Dia menatap sedih ke arah gambar itu. Tanpa sedar namja itu mengeluarkan air daripada matanya. Air mata itu turun dengan perlahan membasahi pipinya.
YOU ARE READING
My Lovely Boss ✔
RandomSeorang yeoja bertemu dengan Boss. Semakin lama semakin menjadi hubungan mereka. Namun sentiasa sahaja ada perhalangan. Apa mereka masih mencintai satu sama lain? [COMPLETE]