" Fahen ! Berapa puluh kali mama kata , jangan pergi club lagi " marah puan Nabihah kepada anak sulungnya itu
Fahen tidak mempedulikan apa yang puan Nabihah bebelkan , kini fokusnya hanya pada Tv yang menyiarkan kartun kegemarannya iaitu Naruto .
" Mama...benda kecik jer ni , tak perlu dibesar besarkan lagi..sakitlah telinga Along " Puan Nabihah mencekak pinggang
Punat merah yang ada pada Remot TV ditekan .
" Mama !!!!"
" Assalamualaikum " Puan Nabihah terus meluruh ke arah pintu sambil membalas salam
" lah...angah rupanya " Akmal menggaruk kepalanya yang tidak gatal
" kau kenapa balik sini ?" soal Fahen tiba tiba
" Along! Kenapa bercakap macam tu dengan Angah ?!" Marah puan Nabihah lagi
" er..angah nak ambil barang jer ma , tak lama pun ." jawab Akmal bagi pertanyaan Abangnya tadi
" lah..makan tengah hari kat sinilah Angah " pujuk Puan Nabihah
" tak boleh ma..Angah ada hal sikit " Fahen sudah tersenyum kegembiraan
Akmal terus naik ke tingkat atas di mana biliknya terletak .
" Fahen , pi ambil kek kat rumah Fatin " suruh puan Nabihah kepada anaknya
" suruh Nabila lah mama "
" wan Fahen Mikhail !" Fahen memuncungkan bibirnya kehadapan .
Langkah kaki diperlahankan menuju keluar rumah .
" Nabila , nak kemana ni ? " soal puan Nabihah kepada anak bongsunya itu
" Adik nak pi Rumah pakcik zul , ni ayah suruh pulangkan " jawab Nabila dengan penuh hormatnya sambil menunjukkan cangkul milik Encik zul
" Lah..Along kamu baru jer keluar , mama suruh ambil kek " Nabilah menggaruk kepalanya yang tidak gatal dengan sengehan kecil
" takape ma..Angah jerlah yang hantar Adik gi rumah pakcik zul " sampuk Akmal tiba tiba
" yeahh !!! " sorak Nabilah gembira
Tercuit hati puan Nabihah melihat gelagat anak bongsunya itu .
" mama..Angah nak tanya satu soalan ni " Nabilah melihat mereka silih berganti menanti soalan dan jawapab dari Mama dan abang keduanya
" Adik pi packing baju adik untuk 3 hari 2 malam " perintah Akmal membuat adiknya terpingah pingah
" nak ikut ka tidak ?" Nabilah terus berlari naik ke biliknya
" duduk dulu lah angah, penat mama berdiri ni"
" mama..kalau angah nak kahwin , mama dan papa restukan ka ?" soal Akmal
" Mestilah angah ! Yang penting bakal menantu mama tu boleh bahagiahkan Anak kedua mama ni " jawab Puan Nabihah sambil mencubit pipi anaknya yang tebam itu
" Kalau perempuan yang angah pilih dah ada anak macam mana ?" soal Akmal lagi meminta kepastian
" kenapa dah takde ka anak dara ?" soal Puan Nabihah dingin
" angah tanya jer ma "
" mama tak kesah , asalkan dia boleh bahagiahkan anak kedua mama ni " terukir senyuman manis pada wajah Akmal
Tak lama selepas itu , kedengaran suara Fahen memberi salam .
" mama..ni hah keknya " ucap fahen sambil membawa kek itu ke dapur .
YOU ARE READING
wanita yang ku beli
Romancemengisahkan tentang Aisyah iaitu seorang gadis kampung yang mempunyai ijazah .namun disebabkan dia tersalah langkah , dia dibeli oleh Seorang lelaki yang berkacukan pakakistan itu. " Aku dah beli kau ! so Kau perlu buat apa yang aku suruh " Aisyah...