" ah ! kau dengan ibu kau sama jer .. dua dua bodoh !" tengking encik fitri mencabar tahap kesabaran fatimah .
fatimah mendekati puan mariam , wajah ibunya dipandang sayu sebelum beralih menatap wajah sinis ayahnya itu .
" sebodoh bodoh kami , kami tak masuk penjara macam ayah " balas fatimah sinis
encik fitri terus menampar Fatimah namun sempat ditahan oleh puan mariam
" jangan berani sentuh anak saya " kata puan mariam dengan air mata yang berlinang keluar .
" kau ! aku ceraikan kau ! " puan mariam terus jatuh terduduk saat lafaz cerai dilafazkan dengan spontan .
" apa salah saya bang sampai abang ceraikan saya macam ni ?" encik fitri menendang kuat tubuh puan mariam yang terduduk dihadapannya
" ayah dayus !" kata fatimah mendekati tubuh puan fatimah yang terbaring itu , encik fitri yang berasa sangat beremosi dia terus mendekati fatimah dan menampar wajah gadis itu kasar
fatimah menangis sambil memeluk tubuh ibunya , puan mariam tidak mampu melakukan apa apa disebabkan kesakitan setelah ditendang tadi .
" aku nak korang keluar dari rumah ni sekarang !" ucap encik fitri kuat menghalau puan mariam dan fatimah
puan mariam menggunakan seluruh tenaganya untuk berdiri dan turut dibantu oleh fatimah .
" ini rumah mak ayah saya , rumah dan tanah ini atas nama saya . awak takde hak untuk halau kami . awak yang perlu keluar dari rumah ni " balas puan mariam dengan esakan tangisnya
encik fitri menendang meja kecil yang berada di hadapannya kini , dia berasa sangat bengang dengan kata kata yang dilontarkan oleh puan mariam sebentar tadi
" jadi aku nak tinggal mana ?"
" itu masalah Ayah ! bukan kami , ayah yang mulakan semua ni jadi ayahlah ynag tamatkannya juga " sampuk Fatimah dengan wajah yang menunjukkan kebencian pada encik fitri
" kita sudah tidak ada apa apa ikatan , lebih baik awak keluar dari rumah ni segera " kata puan mariam tidak memandang wajah encik fitri
encik fitri merengus geram , dia terus keluar dari rumah puan mariam itu .
puan mariam menangis dengan penuh deras dalam masa yang sama juga , hujan turun dengan lebat sekali . tidak dapat dibayangkan perasaan yang dialami oleh beliau kini .
" ibu...dahlah ibu..janganlah menangis " pujuk fatimah cuba menghentikan tangisan puan mariam
" tak ada gunanya lagi ibu menangis , semua dah jadi ... ibu tak perlu menyesal kerana inilah jalan ynag terbaik buat kita sekeluarga ibu " kata fatimah lagi
" ibu cintakan ayah kau fatimah....ibu cintakan dia sangat......" fatimah terkesima
selama ini derita yang dialami oleh puan marim adalah satu pengorbanan disebabkan beliau sangat mencintai encik fitri
" maafkan fatimah..." kata fatimah lalu berdiri meninggalkan puan mariam ynag masih terduduk di lantai itu
****
fatimah menutup pintu biliknya dengan perlahan , dia terduduk di belakang pintu itu sambil menyandar , air matanya mengalir perlahan lahan .
dia tidak sangka encik fitri sanggup menceraikan ibunya yang sudah sekian lama menderita disebabkan cintanya terhadap encik fitri .
phonenya yang berada di atas meja itu dicapai , nombor seseorang dicari .
********
baru sahaja pinggan itu dicuci olehnya , kini dirinya sendiri menjatuhkan pinggan tersebut dan menyebabkan ia pecah .
perkara tersebut membuat Aisyah berasa tidak sedap hati . fikiran negatif cepat cepat dia larikan dari kotak pemikirannya .
dia terus membersihkan kaca kaca yang bertaburan di lantai itu menggunakan penyapu .
baru sahaja dia ingin membuang pelacahan itu ke tong sampah , phone miliknya berdering minta diangkat .
"hello , Assalamualaikum " ucap si pemanggil
dia kenal suara itu , itu suara adiknya
"wa-walaikumsalam "balasnya
dapat dia dengar suara esakan adiknya di hujung corong
" fatimah...kenapa ni ?" soal Aisyah mula risau
" akak...ayah..akak..ayah akak.." fatimah tidak sanggup untuk mengatakan hal yang sebenar
dia menangis sambil menutup mulutnya
" kenapa dengan ayah ? bagitahu akak fatimah " fatimah menggeleng
" Ayah dah ceraikan ibu....." jawab Fatimah , Aisyah jatuh terduduk di lantai . dia seperti kehilangan kata kata namun bibirnya mengukirkan senyuman nipis yang tidak dapat ditafsir apakah maksudnya
fatimah menghentikan tangisannya saat dia mendengar suara ketawa milik kakaknya .dia mula berasa pelik .
" akak ..."
" hahhahhahaha! itu yang akak nak fatimah ! itu yang akak nak ! Ayah tu memang patut tinggalkan ibu..ayah tu tak layak jadi suami ibu....ayah tu jahat fatimah ! " selepas kata kata itu tersembur keluar Aisyah mula terdiam semula
" akak !
dia menutup mulutnya , dia tidak patut mengeluarkan kata kata kesat itu kepada fatimah
" fatimah...akak akak...ada kerja ..nanti akak call " ucap Aisyah
fatimah masih terkejut dengan kata kata yang dilontarkan oleh Aisyah tadi , dia tidak sangka kakaknya yang dia sudah kenal lama boleh berkata kata seperti itu
YOU ARE READING
wanita yang ku beli
Romancemengisahkan tentang Aisyah iaitu seorang gadis kampung yang mempunyai ijazah .namun disebabkan dia tersalah langkah , dia dibeli oleh Seorang lelaki yang berkacukan pakakistan itu. " Aku dah beli kau ! so Kau perlu buat apa yang aku suruh " Aisyah...