Prolog

45 7 0
                                    

Tasha Farhana merupakan seorang pelajar yang mempunyai banyak kes masalah disiplin. Tasha Farhana hampir digantung sekolah kerana sikapnya yang tidak mengambil berat tentang disiplin sekolah. Tidak kiralah pengawas mahupun guru, Tasha tetap tidak menghormati mereka. Bagi Tasha, mereka tiada hak untuk mengatur hidupnya.
 
Tasha Farhana mempunyai paras wajah yang sangat cantik. Kulit nya yang putih dan tiada sebarang jerawat dan jeragat, bibir nya yang berwarna merah jambu, bulu matanya yang bersinar dan mata nya yang berkelopak membuatkan pelajar lelaki di sekolah amat meminatinya. Tasha Farhana digelar "Ratu Popular" di sekolahnya kerana dia seringkali dipanggil ke hadapan sewaktu perhimpunan.

Bagi Tasha Farhana, ianya merupakan sesuatu yang biasa dan tiada apa perlu dimalukan. Justeru, Tasha Farhana juga mempunyai kumpulan yang dinamakan "Ratu Gelek". Nama kumpulan itu diberi adalah kerana Tasha dan rakan rakannya suka merakam aksi-aksi mereka menari dengan menggoyangkan pinggul masing-masing. Yang lebih parah, mereka kerap merakam anggota badan mereka dan menyelak tudung mereka agar menampakkan dada.

SUDAH SELESAI MEMBACA? TINGGALKAN KOMEN DAN UNDI ❤️ TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA MEMBACA CERITA INI ✨ NANTIKAN BAB YANG SETERUSNYA🔥

DIARI TASHAWhere stories live. Discover now