Bab 6

53 5 0
                                    

"IDHAM?!"
Farish lalu melompat kebelakang.

Idham termelatah dengan tindakan Farish yang tiba-tiba melompat.
"Eh, jangan lah terkejut sangat. Nampak aku je, bukan hantu pun".

"Err.. Macam mana kau masuk ni?", Farish menggaru kepalanya.

"Macam mana aku masuk? Kau pintu pun tak dikunci, memang senanglah aku nak masuk", jawab Idham.

"Oh, yeke? Hehe jom lah duduk dulu". Farish mempelawa Idham pergi ke ruang tamu.

Mata Farish melilau melihat ke sekeliling rumah.

"Mak ayah aku tak ada. Diaorang ada kerja, bulan depan baru balik". Kata Farish.

"Ohh.. Patutlah sunyi semacam". Farish menganggukkan kepalanya.

"Ada apa datang?", Farish mengajukan soalan.

Idham mengangkat keningnya.
"Aik, aku datang pun nak kena bagitahu? Tak boleh datang dah ke lepasni".

"Heh, dah la aku nak naik atas. Ada apa-apa panggil lah. Tidur, tidur dalam bilik aku". Kata Farish.

Idham hanya mengangguk dan melihat Farish naik masuk ke bilik.

Idham merupakan adik beradik tiri Farish. Ayah Farish pernah berkahwin sebelum mengahwini ibunya tetapi isteri pertamanya telah meninggal dunia selepas melahirkan Idham. Tidak dinafikan, walaupun sekadar adik beradik tiri, hubungan baik antara Farish dan Idham tidak dapat dipisahkan.

Kraakk..

Pintu bilik Farish dibuka. Kelihatan Idham memasuki biliknya.

"Jom main game", pelawa Farish.

"Tak mahulah. Aku nak tidur. Penat ni", Idham menolak ajakkan Farish.

"Oh.. Okay". Farish menyambung bermain permainan videonya.

Idham baring di atas katil sambil matanya terbuka. Farish sekadar menjeling tingkah laku Idham yang kelihatan agak pelik. Selama Farish mengenali Idham, mereka sangat rapat dan Idham selalu memulakan perbualan. Idham adalah seorang yang aktif dan tidak sombong. Tetapi kali ini Idham agak pendiam dan seperti ada masalah.

"Idham, kau tak tidur lagi?"

Idham hanya menggeleng.

"Farish".

Farish memandang Idham.
"Ya".

"Kau tak takut ke?", tanya Idham.
"Takut? Takut apa?" Tanya Farish hairan.

"Duduk seorang diri. Rumah dah lah besar". Jawab Idham.

Farish ketawa sinis mendengar pertanyaan Idham.

"Kenapa kau gelak?", Idham menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Takut? Habis kau tu? Duduk rumah pun seorang. Kita kan anak jantan.. Kena lah berani". Jawab Farish.

"Heh, Ok", Idham memalingkan badannya.

Setelah beberapa minit, Idham melelapkan matanya. Farish tetap bermain dengan permainan videonya. Farish memandang ke arah telefon bimbitnya. Hatinya tergerak untuk bertanya tentang Tasha, akan tetapi ugutan oleh lelaki psiko itu membuatkan Farish mengundurkan diri.

Bipp!! Bipp!!

Telefon Farish berdering. Farish menutup permainan videonya dan menjawab panggilan itu. Ianya daripada Wandira.

Wandira : Farish

Farish : Ya? Ada apa?

Wandira : Tasha nak cakap dengan kau ni

Farish mengeluh panjang lalu dimatikan telefonnya.

Wandira : hello? Hello? Farish?

Tett!

"Err, Farish tamatkan panggilan lah Tasha". Kata Farina dengan rasa bersalah.

"Hm..". Tasha hanya mampu mengeluh dan tertanya-tanya dengan sikap Farish.

'Farish, kau marahkan aku ke?'
Tasha hanya mampu bertanya di dalam hatinya. Sebelum ini, Tasha akan selalu berkongsi masalah nya kepada Farish. Rakan-rakannya hanya sekadar mendengar dan tidak membantu. Tetapi Farish akan menaikkan semangat Tasha. Bagi Tasha, Farish lah pembakar semangat hidupnya. Dia seorang sahaja yang selalu memberi kata-kata semangat buat Tasha.

...

"ARGHHH!"

Farish menumbuk bantalnya berulang kali. Mungkin untuk melepaskan amarahnya. Telefonnya ditutup dan diletak bawah bantal. Farish terus baring dan memaksa dirinya untuk tidur.

"Eh"..

Bebola mata Farish membesar. Farish yang sedang cuba melelapkan matanya terlihat sebilah pisau di bawah bantal Idham. Farish menggosok-gosok matanya berulang kali. Ya! Memang sah itu adalah pisau!. Farish terus bangun dan bergerak untuk mengambil pisau itu.

"Ha! Dapat pun. Kenapa lah si Idham ni letak pisau pula bawah bantal. Hadoii"

Farish meletakkan pisau itu di dalam laci bersebelahan katil Idham lalu terus baring di atas katil tanpa berfikir panjang tentang pisau itu.

...

"FARISH BANGUN!!", Suara Idham mengejutkan Farish.

"Ehh, kenapa. Pagi-pagi buta ni?".. Farish bertanya sambil matanya tertutup dek kerana menahan mengantuk.

"MANA PISAU BAWAH BANTAL AKU?!"

Farish memandangnya selamba. Dia tidak menjawab soalan Idham kerana dalam keadaan mamai. Farish menyambung tidurnya semula.

Idham yang tidak puas hati dengan Farish mengangkat kolar bajunya dan menolak Farish ke dinding membuatkan Farish sukar untuk bernafas.

"Errhh, arghh, I-Idh.. Sa.. Arhhh".
"MANA PISAU AKU?!".

Farish menunjukkan ke arah laci di sebelah katil Idham. Idham melepaskan kolar baju Farish dan terus menuju ke arah laci tersebut. Farish mengambil pisau itu lalu ditujukan ke arah leher Farish.

Idham mendekati telinga Farish dan berbisik,
"Dengar sini baik-baik, Tak ada sesiapa yang boleh sukahati sentuh barang aku, faham?".

Idham terus keluar dari bilik dan menghempas pintu tanda protes. Farish yang ketakutan menghembus nafas lega kerana Idham sudah keluar.

'Kenapa?.. Apa dah jadi dengan kau Idham?'

🔥~🔥~🔥

SUDAH SELESAI MEMBACA? TINGGALKAN KOMEN DAN UNDI ❤️ TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA MEMBACA CERITA INI ✨ NANTIKAN BAB YANG SETERUSNYA🔥

DIARI TASHAWhere stories live. Discover now