Bab 3

44 5 1
                                    

"S-siapa kau ini?!"

Farish cuba untuk memberanikan dirinya dan membalas mesej itu.

Fxrishaiman : Siapa kau ni?

Unknown : Aku tahu kau mesti tengah takut sekarang ni.

Fxrishaiman : Apa yang kau nak? Apa maksud mesej kau di live Tasha tadi?

Unknown : Aku suka Tasha ;)

Farish terkedu dan berdiam. Farish tidak membalas apa-apa.

Unknown : Kenapa diam? Rasa tercabar? Hahahaha

Fxrishaiman : Aku tak kisah kalau kau nak suka dia. Apa kena mengena dengan aku?

Unknown : Oh macamtu. Tapi kenapa kau terus cari akaun Instagram aku lepas baca komen tu? ")

Farish keluar dari Instagram dan terus menutup telefonnya. Sejujurnya, Farish tidak pernah mempunyai perasaan risau sebegini. Ada sahaja mereka yang menaruh hati terhadap Tasha Farhana. Tapi mengapa insan kali ini mempunyai aura yang berbeza? Farish dapat merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku. Yang peliknya, bagaimana pemilik akaun misteri itu tahu bahawa Farish sedang mencari akaunnya.

"Aku akan jaga kau Tasha"
Farish berbisik sendiri.

Kringg!! Kringg!! Kringg!!

Bunyi notifikasi yang masuk tidak berhenti. Farish buntu mahu dibuka ataupun tidak.

You got me feeling like a psycho, psycho.. ~

Bunyi nada dering telefonnya membuatkan Farish berhenti berfikir tentang pemilik akaun misteri itu.
Farish mengambil telefonnya dan ianya adalah panggilan daripada Farina.

Farina : HELLO FARISH! KAU KENA TOLONG KITAORANG!

Farish : Ha? Tolong apa?

Farina : TASHA.. TASHA HILANG!

BAMMM!!!

Bunyi hentakan telefon yang kuat kerana Farish terlepas telefonnya daripada genggaman.

Farina : Hello? Farish?

Farish mengambil semula telefonnya dan menjawab panggilan Farina.

Farish : Semua dekat rumah Aisya kan?

Farina : Haah..

Farish : Tunggu dekat situ, Aku datang!

Farish terus mengambil jaketnya dan bergegas ke rumah Aisya. Tanpa disedari, Farish lupa mahu membuka mesej daripada pemilik akaun yang tidak dikenali itu. Jantung Farish berdegup dengan kencang. Terlalu banyak soalan yang bermain di fikirannya. Bagaimana Tasha boleh hilang? Siapa yang menculiknya? Adakah benar dia hilang? Apa yang sedang jadi pada Tasha sekarang? Farish hanya mampu berdoa di dalam hatinya dan berharap dapat menjumpai Tasha.

...

25 minit kemudian...

Farish meletakkan motornya dan terus berlari masuk ke rumah Aisya.

Semua mata tertumpu ke arah Farish yang masuk secara mengejut.

"Farish duduk dulu kita bincang", Kata Aqilah.

Farish mencampakkan helmetnya ke atas sofa dan terus duduk.

"Ceritakan semua dari A hingga Z", Suruh Farish dalam nada tegas.

Maisara memulakan cerita..
"Tadi, Aku dan Tasha pergi tandas. Macam yang kau tahu, Tasha penakut berseorangan. Jadi aku tunggu kat luar tandas. Tapi aku pelik, lama betul dia duduk dalam tandas. Aku nak bukak pintu tandas tapi berkunci. Aku ketuk tak ada sesiapa yang menyahut. Aku terus lari minta kunci kat Aisya, bila bukak Tasha dah tak ada."

Farish lantas terus bangun dan bergegas menuju ke tandas. Farish meneliti setiap sudut tandas tersebut. Farish melihat terdapat sebuah tingkap yang terbuka luas. Tingkap itu sangat tinggi, ianya mustahil untuk Tasha melompat keluar dari situ jika dilihat ketinggiannya.

"Aku rasa Tasha kena culik"
Farish memberi respon setelah meneliti tandas itu.

"HAH?!"

Mereka serentak memberikan respon yang sama.

"Kena culik? Siapa pula nak culik dia? Macam mana penculik nak masuk kat rumah Aisya ni, kan ada pengawal keselamatan?" Wandira bertanya hairan.

"Ira, kat dunia ni ramai penculik yang bijak. Pegawai keselamatan tu kacang hijau je bagi diaorang" Kata Farish

"Jadi apa kita nak buat sekarang?"
Tanya Aisya.

"Kita ke...,"
AAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!

🔥~🔥~🔥

SUDAH SELESAI MEMBACA? TINGGALKAN KOMEN DAN UNDI ❤️ TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA MEMBACA CERITA INI ✨ NANTIKAN BAB YANG SETERUSNYA🔥

DIARI TASHAWhere stories live. Discover now