Bab 4

53 5 0
                                    

"Kita ke...,"
AAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!

Bunyi satu jeritan perempuan yang sangat kuat mengejutkan mereka semua.
Mereka terus berlari ke arah suara itu.

Jelas kelihatan darah yang mengalir di hadapan pintu masuk rumah Aisya. Farish terus melihat keluar untuk mencari suara itu.

Ya, ianya Tasha Farhana. Dia sedang terbaring dalam kesakitan dan terdapat banyak darah yang keluar daripada perut nya. Tasha dengan payahnya ingin bangun tetapi dia sudah tidak berdaya lagi.

"YA ALLAH, TASHA!!"
Farish terus pergi ke arah Tasha selepas menyedarinya.

"Tasha, bertahan Tasha"
Rayu Farish dengan bersungguh-sungguh.

Farish terus menelefon ambulans. Selepas 15 minit ambulans sudah tiba. Mereka semua mengikuti ambulans itu dari belakang. Hanya Farish sahaja yang bersama dengan Tasha sewaktu di dalam ambulans. Farish mengusap-usap kepala Tasha dengan berharap agar dia berjaya bertahan.

"Err...argh"

Tasha seperti mahu memberitahu sesuatu kepada Farish tetapi badannya lemah longlai dan tidak mengizinkannya untuk bercakap. Mata Tasha dibuka layu, dia tidak mampu untuk bergerak mahupun memandang ke arah lain.

"Tasha bertahan, kita dah nak sampai"
Farish merayu kepada Tasha.

Selepas tiba di hospital, Tasha terus dimasukkan ke dalam wad kecemasan.
Farish dan rakan-rakan Tasha yang lain hanya menunggu di luar.

"Em, Farish.. Macam mana kau jumpa Tasha tadi?" Aqilah bertanyakan soalan kerana tidak puas hati ingin tahu.

Farish yang sedang duduk tertunduk ke bawah. Dia mengenggam erat tanggannya. Dia tidak membalas pertanyaan Aqilah.

Aqilah dan yang lain hanya memandang tindakan Farish dan berdiam. Mereka faham akan fikiran Farish sedang kusut, jadi lebih baik untuk mereka mendiamkan diri.

Farish yang sedang duduk terus bergerak menuju ke tandas. Dia membasuh tangannya yang terkena darah sewaktu mendukung Tasha lalu dia membasuh mukanya.

~Tingg, Tingg, Tingg~

Bunyi telefon Farish berbunyi dengan bunyi mesej yang bertalu-talu masuk. Farish baru tersedar tentangnya dan membuka mesej itu.

Unknown : Kalau kau nak Tasha selamat, jauhkan diri dari dia.

Unknown : Tak nak baca mesej? Tak apa, tunggu je apa akan jadi.

Unknown : Kau akan menyesal Farish.. MENYESAL

Unknown : Tasha Farhana hak aku. Kau tak boleh suka suka sentuh dia.

Unknown : Tasha kena tikam ke tu? Hahahaha.

Unknown : Ini baru sikit Farish, aku boleh buat lagu teruk dari ni ;)

Unknown : Sama ada kau jauhkan diri dari Tasha, atau MATI?

Farish terkedu membaca mesej dari lelaki misteri ini. Dia tidak tahu mahu buat apa.

Fxrishaiman : Kau kata kau suka Tasha, tapi kenapa kau buat dia macam tu?

Unknown : Dia orang yang kau sayang, sakitkan orang yang kita sayang dah cukup buat kita merana ")

Mata Farish membulat membaca mesej itu. Ayatnya seperti pernah Farish dengar dan Farish seakan berasa orang itu bukan orang asing. Ianya seperti seseorang yang pernah dia kenali. Farish hanya membiarkan mesej itu dan menutup telefonnya. Dia terus keluar dari tandas dan kembali duduk di ruangan menunggu.

"Jadi, semua ni ada berkaitan dengan lelaki tu", Bisik hati Farish.

Farish terus berhenti dari mengelamun selepas menyedari kehadiran ibu bapa Tasha.

"Farish, macam mana semua ni boleh jadi? Ceritakan pada aunty sekarang!", desak Puan Najwa.

Muka Farish mengeluarkan riak wajah risau dan sedih. Farish terus terduduk dan kedua ibu bapa Tasha mengikut duduk sama.

"Saya tak tahu nak terangkan macam mana aunty, tapi saya syak ada orang nak sabotaj Tasha".

"Sabotaj? Siapa?" Puan Najwa keliru dengan penerangan Farish.

Farish hanya menggelengkan kepalanya menandakan dia tidak tahu. Puan Najwa dan Encik Zaid hanya mengeluh dengan rasa kerisauan melampau.

Seorang doktor yang tinggi lampai kelihatan agak muda keluar dari wad Tasha. Jika dipandang mukanya, ah! Tidak puas! Mukanya persis hero korea di dalam drama. Tidak dinafikan kesemua wanita di situ jelas kelihatan tergoda dengan penampilannya.
"Maaf, boleh saya tahu ni waris Tasha Farhana ke?", Tanya doktor itu.

"Ya saya, saya ayah dia"

"Puan dan encik mari ikut saya", pelawa doktor itu.

Puan Najwa dan Encik Zaid mengikuti doktor dengan rasa risau.

"Sila duduk".

Mereka lalu duduk dan melihat riak wajah doktor agak pelik.

"Macam mana dengan Tasha doktor?", Soal Puan Najwa memecah kesunyian.

"Saya nak tanya, Tasha sebelum ni pernah didera ke?", Soal doktor itu.

Puan Najwa dan Encik Zaid saling berpandangan.
"Err,"..

"Macam ni lah, apa yang saya tengok pada badan Tasha ni, banyak kesan calar dan lebam. Saya memang terkejut kerana dia masih boleh tahan dengan tikaman pisau tu".

"T-tikaman?!", Encik Zaid terkejut mendengar penjelasan doktor itu.

"Ya, Saya fikir puan dan encik tahu.."
"Lebih baik puan dan encik laporkan pada pihak polis" Cadang doktor itu.

"Baik doktor, terima kasih.. Boleh saya tahu apa nama doktor?"

"Nama saya Syazfiq, panggil Afiq je".
"Oh,baiklah terima kasih doktor".

Encik Zaid tersenyum dan berjabat tangan dengan Doktor Afiq.

Farish yang menunggu di luar terus menyergah Puan Najwa dan Encik Zaid.

"Uncle, macam mana?" tanya Farish.
"Alhamdulillah, Tasha okay, kamu boleh masuk tengok", jawab Encik Zaid sambil tersenyum.

Terpampang senyuman gembira Farish. Dia terus berlari ke wad Tasha.

"Tasha!"

Tasha terus memandang ke arahnya dan tersenyum.

Farish mengambil kerusi dan melabuhkan punggungnya.

"Tasha, masih rasa sakit lagi ke? Kau nak air? Nak makan? Aku belikan"

Tasha tersenyum.
"Tak apa, kau duduk je sini teman aku pun dah rasa baik".

Hidung Farish kembang kuncup mendengar kata-kata Tasha. Tasha mengenggam tangannya kuat tidak mengizinkannya pergi.

Bipp! Bipp! Bipp!

Telefon bimbit Farish berbunyi. Tasha hanya memandang. Farish mengambil telefonnya dan membuka mesej di Instagram.

Unknown : AKU DAH KATA JANGAN SENTUH TASHA!

Unknown : AKU AKAN BUAT TASHA MATI DEPAN KAU!

Jantung Farish berdegup dengan kencang. Bagaimana lelaki misteri ini dapat tahu?

...

"Ha ha haa hahahahaha, Tasha Farhana.. Kau milik aku Tasha, milik aku"..

🔥~🔥~🔥

SUDAH SELESAI MEMBACA? TINGGALKAN KOMEN DAN UNDI ❤️ TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA MEMBACA CERITA INI ✨ NANTIKAN BAB YANG SETERUSNYA🔥

DIARI TASHAWhere stories live. Discover now