"Dengan ini, saya dengan bangganya menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun kepada pesalah, Omar Kepala Besar.""Ini tidak adil!" kata Omar memprotes.
"Ha yang merungut tu kenapa?", "Siapa hakim disini? Kau ke saya?" tanya hakim yang menjatuhkan hukuman kepada insan yang memprotes hukuman yang diberi hakim.
"Tuan, saya tahu yang tuan berkuasa tapi bagilah saya..." belum sempat Omar menghabiskan percikan air liur mulutnya sudah dipotong oleh hakim yang berusia ratusan tahun. Susah memang susah.
"Diam!" ha disuruh diam pula tu. "Tutup mulut saudara yang busuk tu!""Saya dah tak tahan!". Omar dengan segannya menutup mulutnya itu.
"Encik Omar, kalau sudah dijatuhkan hukuman tu menyerah je lah. Apa yang susah sangat?". "Dah tertulis disini yang kau didapati bersalah sebab meragut seorang wanita tua semasa berada di taman, apa yang kau tidak puas hati sangat?" tanya hakim kepada Omar.
Omar yang menutup mulut mula membuka mulutnya kembali yang busuk akibat belum berus gigi dari minggu pertama Januari. Azam baru kononnya.
"Tuan, saya tak meragut, saya cuma mengambil dompet wanita tua itu sebab saya nampak dompet itu tidak bertuan, jadi saya ambillah" jawab Omar kepada hakim yang tidak pun mendengar sebab leka bermain telefon Bokianya.
"Ha? Apa dia?" tanya hakim kepada Omar.
"Saya kata.."
"Ah sudah! Kan aku dah kata, salah tu salahlah." "Apa lagi kau nak popet2 lagi kat sana" marah hakim kepada Omar."Dahlah aku pun dah lambat ni nak pergi kenduri kahwin anak saya." "Polis, tolong bawa dia keluar dari sini, aku dah malas nak tengok kepala besar dia tu.". Maka dengan itu datanglah seorang pegawai polis berbadan tegap mula membawa Omar keluar dari dewan perbicaraan ke Penjara Batu Hutan 1.
YOU ARE READING
Penjara Punya Cerita
RandomCerita punya cerita terciptalah sebuah kisah seorang lelaki yang berkepala besar dipenjarakan. Dahlah kena penjara, ditakdirkan lagi bertemu dua orang yang betul2 menyusahkan orang. Haish, apalah nasib. Apa2pun saya mempersembahkan sebuah kisah buat...